Ikut AiTotYati

15.7.13

KADANG-KADANG SUSAH NAK BAGITAHU SEBAB....... KAU BELUM ADA ANAK SENDIRI

sebenarnya walaupun Ai belum dikurniakan anak lagi tapi Ai banyak membaca ilmu keibubapaan ini.
ahhhhh, dunia tanpa sempadan. yang penting rajin mencari.
jangan hanya tahu buka facebook tapi hanya tahu main laga gula.

bila Ai lihat bayi disua susu formula... niat di hati mahu beritahu si ibu... bagilah susu ibu... banyak khasiatnya

bila Ai lihat bayi kurang 6 bulan disuap biskut bayi.... niat di hati mahu cakap tunggulah 6 bulan dan bagilah puree... resepi banyak di internet... dalam fb pun ade group boleh join

bila Ai lihat bayi kurang 6 bulan disuap sate... rasa seperti mahu berkata... oh sistem penghadaman bayi belum ready...bayi tu ada masa seluruh hidupnya untuk makan sate...

tapi semua itu hanya jeritan di dalam hati.
Ai tiada daya untuk membuka mulut memberitahu itu ini.

takut disangkal... "anak aku bukan anak kau. lagipun kau ada anak ke?"


kawan-kawan TTC pernah rasakah apa yang Ai rasa?
takpelah semoga nanti jika Ai punya zuriat sendiri, Ai boleh buat itu ini seperti yang diimpi


6 comments:

  1. salam kenal dr germany.. insyaAllah semoga Allah kabulkan hasrat Ai untuk dapat anak, lagi2 di bulan mulia ni..mmg betul apa u cakap, meibi ibu2 ni sibuk bekerja so tak ambik berat bab2 tu..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi jauhnya dari germany. salam kenal dan terima kasih sudi membaca blog Ai.

      Insyaallah smg termakbul doa itu.
      aamiin

      Delete
  2. Allah Ai.. siannye..

    Diam ajelah. NAnti ditegur kena marah plak. Tapi, tegur makbed, makbed tak marah k. hehehehhee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan, diam je la.
      heheheh Insyaallah makBed tak buat gtu sbb Mak Bed kan supermommy

      Delete
  3. mmg kdg kala rasa gatai mulut nak tegur
    tp nanti dikata 'jaga kain awak sendiri'
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Ai sian kt baby tu. membaca jambatan ilmu dan meluaskan pengetahuan

      Delete