Ikut AiTotYati

23.3.13

KLINIK PERGIGIAN MAWAR PERINGGIT: CABUT GIGI GERAHAM

last cabut gigi geraham tahun 2004.
last cabut gigi depan 2009.

petang semalam Ai dah selamat cabut gigi geraham atas kiri belakang sekali di klinik pergigian mawar sdn bhd di peringgit. alhamdulillah semasa proses mencabut tu Allah permudahkan.

Ai tiba lebih kurang 2.30pm. memang takde sesiapa so terus je masuk. doktor gigi di klinik itu ialah perempuan melayu islam. masuk2 je Ai terus duduk dan doktor gigi start ketuk2 gigi utk cek mana yang sakit. sekali doktor gigiketuk atas geraham atas kiri ada 2 batang yang sakit. tapi yang lebih sakit ialah geraham yang belakang sekali tu. Ai try juga pujuk2 doktor gigi tak boleh ke tampal je. doktor gigi kata klu tampal pun nanti sakit lagi so better cabut je. uwaaaaa Ai dah macam seram sejuk ke ape.

Ai tengok jam dinding klinik 2.45pm. then doktor gigi spray gigi, kemudian doktor gigi suntik dgn ubat gigi kebas. Ai memang selawat tak henti masa tu. Ai juga try rilexkan otot sume. kemudian bila dah injek doktor gigi suh tunggu kat dalam tu je. so Ai duduk dan renung jam dinding sementara Ai nampak doktor gigi sambung baca tafsir Al-Quran.

bila jam dah menunjukkan 3pm, doktor gigi tanya dah kebas ke? Ai mmg rasa lidah mcm kebas dan tempat gigi tu kebas. so doktor gigi nak mulakan prosedur mencabut gigi. kat klinik ni takde goggle tp mujur Ai rabun sikit jadi buat2 tak namapk sekeliling.

doktor gigi sangat baik. doktor gigi baca bismillah dan suruh Ai nganga sikit je. oh masa ni seat telah ditegakkan 90 darjah. Ai rasa ade seseorang pegang kepala semasa doktor gigi tengah cuba untuk tarik gigi geraham tu. doktor gigi tukar playar dua kali. wohooo nampak wooo playar tu besar.

dan last sekali bila dah goyang banyak kali, akhirnya keluarlah gigi tu. doktor gigi pesan jangan usik tempat luka dengan lidah sbb nanti boleh menyebabkan jangkitan pada luka. doktor gigi juga bagi antibiotik dan painkiller.

Ai google cara nak jaga gusi lepas gigi  kena cabut:

1. kena gigit kapas gigi dengan kuat utk hentikan pendarahan. tukar kapas setiap 30minit sekali.
2. elakkan makan makanan pedas dan panas.
3. kumur air garam 3-4kali sehari selepas 24jam cabut utk hindarkan pembentukan bakteria.
4. jangan gosok gigi dan berkumur dengan kuyat. cukup kemam sahaja.

sayangilah gigi anda. gosok gigi dan floss gigi dengan cara yang betul ye

p/s: untuk cabut Ai dicaj RM50 beserta antibiotik dan painkiller serta kapas.

12 comments:

  1. harga cas klinik gigi kat melaka ni mmg masih berbaloi lagi. hope cepat la baik ye gigi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya...lepas cabut geraham ada jahitan pada gusi kan? So tok jahitan tu ada pergi balik tak tok tanggalkan...coz sy dah cabut sebulan tpi jahitan benang masih tak tanggal... actually doc dah pesan suruh datang balik after 2 minggu tok cabutkan jahitan tu..tpi sy phobia sangat..nak beranak pun tak takut mcm ni..

      Delete
    2. Nak tanya...lepas cabut gigi ada jahitan pada gusi kan? Actually sy baru cabut geraham 2 minggu lepas..doc dah pesan suruh datang balik tok bukakan jahitan tu..tpi sy phobia sangat nak pergi..nak beranak pun tak takut mcm ni..rasa2 ok tak kalau tak pergi..benang tu masih melekat kuat kat gusi

      Delete
    3. Nak tanya...lepas cabut geraham ada jahitan pada gusi kan? So tok jahitan tu ada pergi balik tak tok tanggalkan...coz sy dah cabut sebulan tpi jahitan benang masih tak tanggal... actually doc dah pesan suruh datang balik after 2 minggu tok cabutkan jahitan tu..tpi sy phobia sangat..nak beranak pun tak takut mcm ni..

      Delete
    4. Oh Ai x pulak kena jahit. Better buka bng tu.

      Delete
  2. Blh tau klinik tu area mn.. Kindly text me 0169409097. Klinik tu 24 hours ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. area sini
      http://panpages.my/listings/my146945-klinik-pergigian-mawar-sdn-bhd

      Delete
  3. murahnya, gigi geraham i paling bwh sedang keakitan even root canal telah dibuat

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kat sini. berhadapan dengan melaka sentral. sebaris dengan bank (tak ingat bank apa tapi ada bank). klinik ni tingkat atas.

      http://panpages.my/listings/my146945-klinik-pergigian-mawar-sdn-bhd

      Delete