Ikut AiTotYati

1.3.13

POSITIF ITU LEBIH BAGUS

salam readers.

selamat hari jumaat dan selamat masuk bulan masihi yang baru. pejam celik dah 1/3/13 ye hari ini.
sekadar ingin berkongsi rasa diri yang semakin positif. (hoh dulu2 tak positif ke?)

balik kampung sempena cuti tahun baru cina yang lepas, ada kenduri aqiqah untuk anak buah Ai yang baru (anak adik lelaki Ai). kalau ikut kronologi:

Nov 2005- Ai nikah
Jan 2007- isteri Angah bersalin (1st child)
Jan 2008 - isteri Along bersalin (3rd child)
Jan 2013- isteri adik lelaki Ai bersalin

memang dah banyak kali aqiqah dilakukan di rumah mak abah Ai tapi sekalipun belum ada kenduri untuk anak Ai. macam biasa bila kenduri kendara Ai pasti ditebak dengan persoalan, "bila?"

"bila nak ada anak? tu alongnye dah 3 org
bila nak ada anak? tu angahnya nak masuk 2 org.
bila nak ada anak? tu adiknya dah sorang"


macam biasa Ai sengih2 je. cuma kali ni emo2 tu dah takde sebab Ai mengamalkan prinsip menjawab sambil minta orang yang bertanya tu mendoakan Ai. berikut merupakan contoh jawapan Ai,

Insyaallah bulan december ni. acik doakan ye.
Insyaallah bulan 12 ni. akak doakanlah sama.
Insyaallah dah ade cuma tunggu turn nak dibagi pada Ai. tolong doakan saya juga ye.

semuanya dengan Insyaallah. semua perkara akan berlaku dengan izin Allah. yang penting usaha.
kenapa december? yelah Ai dok kira2 cuti tahun baru cina tu kan dah pertengahan februari, so kalau nak 'lekat' mesti lepas next cycle period which is lps cuti thn baru cina. then bersalin december 2013 laaa. hehehehhe

tapi ada sorang kawan mak ni, laserkan Ai kaw2 punye masa nak keluar dari pintu rumah,

"haaa kakaknya bila lagi? takkan nak tunggu lama2. pergilaaaaa cari ubat. tu pergi mekah sana tu. ni dok senyum senyum bukan jadi ape"

respond Ai?
"acik janganla sentap-sentap macam ni. kita kena percaya semua ada hikmahnya. Ai mmg ada usaha tapi takkanla nak bagi tau acik. acik pun ramai anak n cucu yang nak difikirkan. masalah saya ni takpayah acik fikirkan. acik doakan yg baik2 buat Ai ye. Insyaallah, nanti akan ada rezeki Ai. doa2la december ni acik dengar saya bersalin ye"

acik itu diam tak terkata ape.
hihihihi

be positive (^_^)

4 comments:

  1. Hohoho... Acik tu yg sentap eh.... Betul la Ai, bagus jawab cam tu... I like! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai jawab sambil gosok2 bahu acik tu. Ai nk minta doa, bukan dihina. rasanya lagi suka dan gembira kalau orang cakap,

      "tak ape. Insyaallah ada rezeki kamu tu. saya doakan"

      tak gitu?

      Delete
  2. takpe Ai, belum rezeki tu, tapi lulu sentiasa doakan.. insha Allah

    ReplyDelete