Ikut AiTotYati

12.3.13

UNDI MACAM DAH TAK RAHSIA JE

kawan2 FB Ai tau le semalam Ai post status ni. 
gini ceritanya:


dapat panggilan daripada nombor 0108115498. 
panggilan dari BN sabak bernam nk buat survey pasal pilihanraya. mula kena jawab 4 soalan dan jawab ya atau tidak sahaja. sebarang pendapat tidak dilayan.

1. wajarkah PTPTN dimansuhkan?
2. adakah BN akan menang di parlimen sabak bernam?
3. adakah puashati dengan corak pemerintahan PKR di selangor?
4. adakah BN akan menang dlm PRU ke-13 di Malaysia?

Ai jawab kesemua soalan dengan jwpn TIDAK!! 

ni macam nak buat survey Ai nak undi sape je. bukankah undi itu rahsia?

yang pelik tu, cik Farah yang call tu siap boleh sebut nama penuh Ai tu. 
ape deme ni beli maklumat pelanggan ke? memang Ai sangat terkejut sebab mula-mula dia kata nak buat survey pasal PTPTN tapi lepas tu ditambah dengan survey pasal PRU-13. Ai pun dengan hati yang 'malas-malas ayam' pun jawab. 

ok di bawah ini adalah reason kenapa Ai jawab semuanya TIDAK.

 mmg tak salah survey. 
bg Ai mmg tak wajar mansuh ptptn sbb klu bg free education nanti tak dihargai.
 jwpn no 2&4 tidak so that jentera BN akan lebih bekerja keras. 
tidak no 3 sbb mmg tak puas hati so kalau PKR btl nk bertapak lama kenalah usaha juga. jwpn tidak itu diharap dapat memperkuatkan jentera masing masing


lagipun Ai memang tak selesa dengan cara survey begini seolah-olah nak tahu parti mana yang akan Ai pangkah. Ai bukanlah pro kerajaan atau pro pembangkang. Ai membaca berita kedua-dua belah pihak. sebab Ai agak tak berapa suka bila hal politik dibincangkan dalam keluarga sama ada oleh mak Ai ataupun bapa mertua Ai. sangat tak selesa!

0 komen terulung:

Post a Comment