Ikut AiTotYati

Showing posts with label PRU 13. Show all posts
Showing posts with label PRU 13. Show all posts

6.5.13

5 MEI 2013 BUKAN SAHAJA PILIHANRAYA KE-13 TETAPI.....

tetapi Ai telah tersekat dalam jem selama 2 jam 15 minit berdekatan exit ayer keroh arah selatan kerana ade kemalangan yang melibatkan 2 buah bas dengan 9 kereta!!!


panjanggggggggggggggggggg barisan

bas terbalik yang telah dialihkan

memang mencabar kesabaran betul semalam. yelah dahle balik kampung mengundi, kemudian bergegas balik melaka sebab hari ni Jek kerja. berita tentang kemalanagn ni ada di sini Ai rasa jika tak kerana pilihanraya ke-13 berita ni dah jadi tajuk utama akhbar pada hari ini sama seperti kemalangan pada 10.10.10.


cendol durian borhan yang kami singgah masa on the way balik melaka. rasanya sedap, tak manis sangat atau tawar

ok cukup tentang kemalangan, nah tengok sedikit gambar PRU 13 di kampung Ai


herman tino pun bertanding

bunga raya adalah lambang herman tino
dacing BN. roket PAS tak sempat snap sebab dah hijau

meriah giler banner n poster di kampung Ai




12.3.13

UNDI MACAM DAH TAK RAHSIA JE

kawan2 FB Ai tau le semalam Ai post status ni. 
gini ceritanya:


dapat panggilan daripada nombor 0108115498. 
panggilan dari BN sabak bernam nk buat survey pasal pilihanraya. mula kena jawab 4 soalan dan jawab ya atau tidak sahaja. sebarang pendapat tidak dilayan.

1. wajarkah PTPTN dimansuhkan?
2. adakah BN akan menang di parlimen sabak bernam?
3. adakah puashati dengan corak pemerintahan PKR di selangor?
4. adakah BN akan menang dlm PRU ke-13 di Malaysia?

Ai jawab kesemua soalan dengan jwpn TIDAK!! 

ni macam nak buat survey Ai nak undi sape je. bukankah undi itu rahsia?

yang pelik tu, cik Farah yang call tu siap boleh sebut nama penuh Ai tu. 
ape deme ni beli maklumat pelanggan ke? memang Ai sangat terkejut sebab mula-mula dia kata nak buat survey pasal PTPTN tapi lepas tu ditambah dengan survey pasal PRU-13. Ai pun dengan hati yang 'malas-malas ayam' pun jawab. 

ok di bawah ini adalah reason kenapa Ai jawab semuanya TIDAK.

 mmg tak salah survey. 
bg Ai mmg tak wajar mansuh ptptn sbb klu bg free education nanti tak dihargai.
 jwpn no 2&4 tidak so that jentera BN akan lebih bekerja keras. 
tidak no 3 sbb mmg tak puas hati so kalau PKR btl nk bertapak lama kenalah usaha juga. jwpn tidak itu diharap dapat memperkuatkan jentera masing masing


lagipun Ai memang tak selesa dengan cara survey begini seolah-olah nak tahu parti mana yang akan Ai pangkah. Ai bukanlah pro kerajaan atau pro pembangkang. Ai membaca berita kedua-dua belah pihak. sebab Ai agak tak berapa suka bila hal politik dibincangkan dalam keluarga sama ada oleh mak Ai ataupun bapa mertua Ai. sangat tak selesa!