Ikut AiTotYati

20.10.13

"SAYA BUKAN NAK MENGATA"

"Sy bkn nak mengata tp kita blh berusaha & mencuba .. insyaallah mana tahu ada rezeki kwn2 yg blom pernah merasa nikmat ini .."

ayat di atas Ai C&P daripada newsfeed facebook. adakah maksudnya memang kawan Ai ni suka nak mengata? nak jual produk tapi ayat tak kena. rasa-rasanya TTCian macam Ai nak beli ke?

nampaknya lepas ni mmg kena hide forever update daripada kawan Ai yang sorang ni. mengenalinyanya secara peribadi dia memang mulut laser. pernah kena 'tembak' dengan dia gara-gara anaknya dah 5 orang dan Ai pula anak sorang pun tiada. kawan Ai ni dia jual produk kesihatan wanita. selain letak di wall dia ada juga pm Ai dalam fb tapi Ai tak layan pun, malas. lagipun Ai bukanlah rapat dengan dia. dalam group whatsapp sokmo cite pasal anak dia itu anak dia ini tanpa memikirkan hati kawan2 yang mungkin belum berkahwin dan punya anak.

ok cukup sudah Ai buangkan rasa jengkel di hati.
jom fokus menulis tesis.

selamat berhujung minggu buat rakan-rakan dan untuk kedah, terengganu, kelantan selamat bekerja.
(^_^)

10 comments:

  1. apa maksud dia by 'sy bukan nak mengata' tu??
    annoy!

    ReplyDelete
  2. Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. tqvm sudi singgah. ok akan ke sana :D

      Delete
  3. hm..ayat marketing paling OUT, kalau jay pun takkose nak membeli nye. perli sbg modal nak jual barang..hm. Kalau niat nak membantu boleh, tapi approach cara mcm tu mmg betul kate akak. Tak kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl kata Jay, mmg sgt OUT. dan mmg takkosser nk bli.

      Delete
  4. salam

    pada saya la kan... produk2 kesuburan ni... tak perlu nak marketing sangat. tunjuk list atau gambar produk, bagi testimoni.. (secara open tak perlu pm.. pm.. call..call.. nak nak face to face)

    kalau benda tu ada testimoni dan memang kita sedang cari produk.. memang laku je.

    tak payah nak pujuk2.. sakit pulak hati kite ni haaaa

    ReplyDelete
  5. Terang terang mengaku nak mengata. Hihi.

    ReplyDelete
  6. ada jgk org mcm nie yer...terlebih perihatin sgt lar..

    ReplyDelete
  7. i kalo org promote lebih2 mmg malas nk layan. my prinsip senang, kalau i nak, i carik...u x promote pun x pe... huhuhuhuhu...

    ReplyDelete