Ikut AiTotYati

18.4.13

PENGALAMAN DI LEGOLAND MALAYSIA

Ai dah selamat menjejakkan kaki di legoland malaysia pada 15 april 2013. oh itu mmg hari isnin tetapi merupakan public holiday untuk negeri melaka sempena pengistiharan melaka sebagai bandaraya bersejarah.

Ai ikut rombongan enJekjek. Jek arranged rombongan untuk pelajar2 sekolahnya. fuh mmg ramai yang pergi, tu dia 2bas tau. ade sesetengah cikgu yang ikut naik kereta sebab mereka bawa family. ok untuk normal tiket legoland seperti berikut:



harga tiket legoland
ok seperti yang tertera tiket adult ialah rm140 dan kanak-kanak rm110. tapi sbeab ini rombongan sekolah makanya tiket kanak-kanak ialah rm55 (dpt voucher meal rm15) dan tiket dewasa rm100 (vocher meal rm15 juga). tapi Ai dan Jek guna tiket guru pengiring. hehehhe. dah tu Jek yg handle, haruslah kan? lagi 5 tu pun bagi pada cikgu2 pengiring yang lain cuma kami takde voucher meal. tak kisahlah janji dapat masuk.

legoland ni terletak di Bandar Medina. sebelum masuk legoland ni macam ada kedai2 gut. ade butik carlo rino, ade restaurant secret recipe, ade kedai kek king's recipe, ade kedai minyak wangi, kedai coklat, Tutti Frutti dan banyak lagi. tapi yang banyak sekali ialah kedai makanlah.

kami bertolak dari sekolah jam 6pagi sebab bas lewat!! sepatutnya bertolak jam 5.30pagi. so subuhnya kami di masjid MITC. sepanjang perjalan mmg Ai tidur je sbb pagi tu Ai bangun pukul 3pagi. hahah eksaited mengalahkan bebudak weh.

tiba di Legoland jam 10.30pagi gitu sbb berhenti di R&R machap untuk sarapan pagi. Ai dan Jek terus uruskan tiket sementara guru-guru lain aturkan pelajar. sebelum masuk kami bergambar beramai-ramai depan Legoland malaysia.

nah amik kau sume 89 orang tak termasuk bayi dan kanak-kanak di bawah ketinggian 90 cm. waktu ni memang cuaca panas dan memang dah terasa bahang. kaunter tiket ada di sebalah kanan gamabr dan toilet di sebelah kiri gamabr (tapi xde dalam gambar. hahahah). saje ni untuk kamu imagine dan tahulah mana nak tuju jika masuk Legoland malaysia ni.

heee ni ada kat pintu nak masuk ni.


haaa bila dah masuk ni lah pintu nak masuk tadi (errr sorry ayat jahanam sikit).



pamplet dan tiket masuk legoland
 bila dah masuk perkara pertama yang harus diambil mestilah pamplet legoland. ini untuk memudahkan anda mencari tempat nak main nanti.




budak laki ni nak panjat pagar legoland ni. ade Ai bergambar full dengan patung kanak-kanak ni tapi tengok kat fb Ai jelah ye.





 memang banyak replika bangunan dalam Legoland ni. comel-comel dan Ai mmg kagumlah dengan yang membinanya ni. gambar2 di atas adalah antara replika yang Jek snap gambarnya.



surau turut disediakan. atu ada di depan satu lagi di belakang. tepi surau ni ada replika orang but again, gamabr dlm fb. heeeee


look, there's a female giraffe. hehhehe



ok mula-mula kami main Dino island. naik ridenye lepas tu sampai tempat tinggi then terus jatuh dalam air. hahaha kat sini kami dah basah lencun dah. mujur Ai pake blouse cotton so cepatlah sikit keringnya. masa di sini, sebab khuatir basah maka kami letak barang dalam loker. cuma masa nak book loker tu, Ai tak perasan ade tertulis "change is not given'. loker nk sewa sejam rm4 so Ai bg rm5 pada Jek. lps dah masuk duit baru perasan tulisan tu. mujur masukkan RM5 je. klu masuk rm50? bisa nangis gue.

dah main Dino Island kami pergi ke Lego studios nak tengok movie 4D katanya. memang ngam2 je sampai orang terus nak masuk. yang kamu nampak burung kaka tua tu ialah di luar Lego studio. ade 3movies yang ditayangkan dan setiap satunya berduarasi 45minit. kami tonton movie The spellbreaker. sesuai la untuk kanak2 sebab movie lego dan tiada bersuara ye. Ai hampir nak tiodur dalam tu. hahahahha mula2 plan nk marathon tgk semua movie tapi sebab spellbreaker pun macam lemau maka kami batalkan saja hasrat itu.
ni masa nak masuk tengok 4D movie

kami teruskan perjalanan dalam legoland Malaysia menuju ke  Observation tower. tower ni sebijik macam menara tamingsari melaka. so gambar2 di bawah ini adalah view yang diambil dari observation tower.


view dari observation tower Legoland

view dari observation tower Legoland

view dari observation tower Legoland



turun dari observation Tower, kami masuk ke Build and Test. sini ade kelas untuk buat lego nih.

Build and test

antara binaan dalam build and test

ni tak ingat ape tapi yang ni ade kelas untuk programkan mindstorm tu
gambar di atas ialah tempat di mana ada kelas untuk mindstorm. Ai mean yang kena programkan tu. Jek beria je sign up kelas untuk kelas 2.15pm tapi sudahnya tak masuk pun. hahahhaha.



kami teruskan perjalanan menuju ke The Dragon. The Dragon ni roller coaster sebenarnya tapi Ai tak naik pun. kami cuma ambil gambar di luar sahaja. hihihihi

The Dragon

tu pintu masuk nak naik roller coaster The Dragon


lepas dah habis ni kami teruskan perjalanan untuk cari market restaurant sebab masa ni nk lunch hour. Jek dah arrange kan untuk makan di sini. yg ade voucher meal dpt makan nasi ayam, air ribena dan buah-buahan. kami pula makan set half roasted chicken rm25. set ni ada soup dan juga soft drink. telan jelah ape nak buat, kan?



kami bersyukur cuaca cerah namun bahang kepanasan amat terasa. Ai bawa payung you. serius tak tahan. mungkin sebab pokok2 bllm berapa nak besar dan kawasan sekitar tu adalah bukit yang telah ditarah maka haba memang berkeliaran. lepas lunch pergi solat di surau depan dan kami terus lepak di The Cafe. tempat makan ade banyak dan semuanya ada menu tersendiri. di The Cafe kami makan aiskrim dan red velvet cake. lepak dalam aircond so tak rasalah sangat.
eskrem rege rm12.90. kek red velvet rege rm8


Ai sempat bergambar dengan lego pelancong ni. hehehe. ni depan The Big Shop yang ada menjual cenderamata.


pukul 4pm berkumpul untuk balik tapi ade pelajar yang lewat, 4.30pm baru berkumpul. mujur masa tu Ai dah keluar dari legoland sebab Ai nk tengok2 kedai2 yang ade di depan tu. klu tak mau Ai menyinga kot. jek dan guru2 lain tunggu pelajar tu rasa panas je. hihihiih


ok souvenir ape yang kami bawa pulang?

nampak tak dragon merah tu? tu Jek yang pancing. hehehhe. kami p main pancing2 dragon. hadiah yang kami dapat patutnya medium je tapi yang jaga tu baik hati dia naikkan jadi large sebab kami cuma beza satu mata je. hehehehe

bli frame gambar legoland. yang ni balik umah je Jek terus pasang tak sampai 10 minit kot.
frame gambar harga rm69.95.
bli fridge magnet lego pirates of the caribbean rm24.95, fridge magnet legoland rm14.95.
oh ye, tu botol air legoland tu masa mula2 bli rm25 beserta ice blended strawberry yang sedap.
lepas tu boleh refill di mana2 gerai dengan bayaran rm5 sahaja. tapi kan, bila blk Ai sukat air cuma boleh muat 600ml je. haish mmg untung sungguh la legoland ni. kalau taknak rasa mahal, sila convert kepada Sing dollar ye. sebab masa kami pergi tu 1sing dollar bersamaan dengan RM2.40 ye.

ok itu pengalaman Ai dan Jek di Legoland Malaysia. taktahulah bila nak datang lagi. jek kata tunggu ada anak sendiri kot. heheheh

untuk maklumat lanjut boleh layari website rasmi Legoland Malaysia

sekian (^_^)

5 comments:

  1. Kalau bayar harga tiket penuh rabak juga utk keluarga besar mcm saya ni. Terima kasih di atas penerangan yg detail ni.

    Rasa mcm tak berbaloi aje masuk ke situ ..... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee tu sebab kena convert sing dollar baru rasa macam tak bayar mahal. hahahahha apekah?

      untuk kanak2 sesuai la YB. tp klu anak2 dah besar baik g USS lagi berbaloi-baloi.

      Delete
    2. Kalau nak pergi USS kena kumpul duit banyak lagilah sebelum boleh pergi ..... huhu

      Delete
  2. Saya tumpang rasa je la kot..hehe..klu nk pergi kira xla.. mahal giler kot.. takot saya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu bawa budak2 baru berbaloi. untuk dewasa tak berapa nak digalakkan. heheh

      Delete