Ikut AiTotYati

Showing posts with label ramadhan 1432H. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 1432H. Show all posts

14.8.11

MEE BLACK PEPPER WITH BEEF, JEMPUT BILIS BERKARI DENGAN AIR KATIRA@KATHIRA: 14 RAMADHAN 1432H

air katira atau air kathira?
tatau mana satu nak eja. air ini telah dibuat sendiri oleh enJekjek
 selalu kami beli je tapi enJekjek bertekad nak buat sendiri. dengan berbekalkan sedikit modal maka terhasillah 4liter air katira. sampai tak larat nk minum masa buka. hehehheh




 
our entree ialah mee black pepper with beef. perghhhh sedap. resepi tu Ai tengok kat program Ketuk Ketuk Ramadhan yang dihoskan oleh sheila Rusly. cara nak buatnye senang sangat. next entry Ai share resepi ya.





air oh air. sungguh sedap diminum begitu saje. oh air katira adalah gabungan katira (getah anggur), selasih, kembang semangkuk, air ice cream soda, susu cair dan air gula serta sedikit pewarna hijau.




juadah berbuka keseluruhannya pada hari ini.
burp alhamdulillah







7.8.11

7 RAMADHAN 1432H: Vanilla Cheese Muffins


malam tadi g tengok movie Captain America di MBO.

sblm tu ade 20minit lagi sebelum movie start jam 10mlm. kami pun masuk parkson.
tetiba enJekjek nampak satu loyang tu. tanya loyang pe. Ai btau le tu loyang nak wat muffin.
Ai cakap ke enJekjek kalau nk suh Ai buat muffin silalah belikan ye. owh rege pun just nice RM15.90. so enJekjek pun belikan. hahahha. best best!!
(hasrat nk buat muffins mmg ade tapi malas yaa amat. hihihi. so ini adalah 1st attempt Ai buat muffins)


sudahnye pagi tadi Ai paksa enJekjek Google resepi muffins.
dan bergegaslah kami sekali lagi ke umah pak menakan mencari barang nk buat muffins.mana lagi pak menakan, mydin le...

ok bahan-bahan nk buat muffins



 lepas tu ape buat?


 yaaaa ayak 4 cawan tepung MFM tu dgn 4 sudu besar baking powder. 
ayak macam main salji. hihihiihi





kemudian buh 2cwn gula dan gaulkan. lps tu dlm bekas lain pecahkan 2biji telur gred D (ni saiz kecik), 2 cwn susu segar, 8 sudu besar majerin yg dah dicairkan, 1 sudu besar essen vanila dan 1sudu teh garam. guna whisk dan kacau sampai larut.


lepas tu campurkan segala tepung mepung yg dah digaulkan tu dgn bhn2 cecair tadi. 
kacau sampai dia mesra je. jgn lama2.
 buh dalam acuan, cepat!!!'

isi jangan tak isi.


lepas tu?

hidup tak sempurna tanpa cheese.
apa lagi, parutkan cheddar cheese dan buh dlm adunan tu tadi mcm ni


buh dalam oven suhu 180 darjah celcius selama 20minit je ye. 
jgn lebey2 nanti keras tak best.

panas ooo dlm oven elba tuh


siap sudah......



owh untuk adunan ni Ai dapat hasilkan 22 biji muffins. 
6biji bagi Pn Hajah Eton, 3biji bagi Pn Mala dan bakinya kami makan berdua
(jiran2 lain sume takde blk kg)


sila layan video time lapse yang enJekjek buat ni entitle Vanilla Cheese Muffins



selamat makan (^_^)

6 RAMADHAN 1432H

sebab dah bli barang, ok mari kite memasak.
rini menu buka simple2 je

wholemeal bread ade lebih. Ai belasah buat roti sosej gulung. heheheh



memasak haruslah sinki penuh, kan?



sup ayam sudah. ni kes nak habiskan daun sup dlm peti. hihihi

close up skit. merah, kuning, hijau... biru je takde



Danbo nak menyelit gak


sila sengetkan kepala anda. heheheh






dah habis makan dah semalam. heheheh
(sorry ye kawan2, entry ni dah buat smlm tapi entah mengapa tak boleh nk upload gambar lak. rini baru boleh)