tiada siapa dapat mengatasi kuasa Allah, kita merancang Allah jua yang menentukan. *gembira
penantian kami selama ini telah membuahkan hasilnya. Alhamdulillah!!!
\
\
\
\
\
pokok nanas kami telah mengeluarkan hasil!!!! sesuatu yang berlaku dengan izin Allah jua. lihat foto di bawah.
jika diteliti terdapat 3mahkota pada satu pokok. sebenarnya ada 4 mahkota tapi buah yang berada di tengah-tengah telah pun masak dan kami makan. buahnya hanyalah sebesar penumbuk orang dewasa tetapi manisnya Masyaallah mcm gula tapi best punye!!!! pokok ini telah ditanam sekitar feb2008 dan baru sahaja mula berbuah tahun 2010. yang kami perasaan pada April 2010 setelah ditegur oleh emak yg kebetulan dtg utk meraikan konvo adik. emak kata pokok nanas kami menarik. hehehehe. sehinggalah kelihatan 4mahkota SERENTAK pada satu sulur nanas. yg tengah-tengah terus membesar manakala 3lagi spt memberi laluan. meh kita tinjau meh.
foto diambil setelah buah yang tengah-tengah dipetik dan dimakan. yummm yummmm
anak panah menunjukkan tempat buah nanas ke-4.
kredit to my hubby yang gigih mengambil gambar. hubby dah jumpa hobi baru. dan semasa Ai menaip entri ini dia outing utk snap foto larian obor Sukma di melaka. 7.30pagi dah keluar rumah. boleh lihat foto hubby yang lain di sini.
Ai melihat kejadian ini sebagai petunjuk dari Allah. bukan apa, nanas itu mengambil masa yang sangat lama utk mengeluarkan hasil. hampir 2tahun utk berbuah. dan buah yang dihasilkan pula serentak 4, manis rasanya. kami kan belum dikurniakan zuriat, Allah belum izinkan lagi. mana tahu mungkin kami akan dapat anak kembar?
amin. (^______________^)
yer aku ingat mase dtg rumah ko, ko kate nenas tu mak ko tanam. blum berbuah2..
ReplyDeleteakhir nya kan.. ;)
hikmah bersabar
betul betul betul.
ReplyDeletesabar itu sebahagian drpd iman (^_^)