Ikut AiTotYati

21.6.10

MEREKA ATAU HANYA DIA?

tadi ke poliklinik ayer keroh sebab nak minta pengesahan medical check up adik Ai.

sebelum itu segala urusan medical check up telah diselesaikan di klinik amal & surgeri dan hospital pantai (utk Xray shj krn klinik tiada kemudahan itu) dengan bayaran RM65. ye sangat murah dan mudah dan cepat dan pantas. walaupun klinik swasta tapi service tip top!! terpaksa ke klinik swasta krn adik akan pulang jumaat ini. selain itu telah dinyatakan dalam buku panduan kemasukan UMS (universiti malaysia sabah) bhw pelajar boleh membuat medical check up di klinik/hospital swasta dan kemudian hendaklah membuat pengesahan di klinik/hospital kerajaan.

berbalik kepada situasi di poliklinik itu, di bawah disertakan dialog yang sebiji punye yg berlaku di kaunter pendaftaran (front desk). takde tambah MSG.

Ai      : assalamualaikum puan. adik saya nak buat pengesahan medical check up.
Pn S  : (takde dialog. sambil muncung mulut hulur tangan nak amik Xray drpd adik Ai). tarikh buat bile?

Ai        : baru siap tadi. kami terus ke sini.
Pn S    : buat kat klinik mana?

Ai        : klinik Amal (singkatan utk klinik amal & surgeri tu)
Pn S   : HAAAAA YELAH. KLINIK AMAL DAPAT DUIT. KITA YANG BUAT PENGESAHAN!!!      *sambil buat muka kerek.

Ai dan adik dah terkedu masa ini. speechless. patut ke dia cakap macam tu.

Pn S  : bila nak pergi ni?
Ai      : jumaat ni.
Pn S  : datang khamis. sori kami tak boleh bagi kad kuning (merujuk pd kad temujanji klinik yg biasa tu) sbb kamu tak ikut prosedur. orang lain semua buat medical check up kamu nk buat pengesahan aje.
Ai       : datang hari khamis tu pagi ye? nak daftar di mana?
Pn S   : pergi kaunter sebelah ni. kalau akak tu (rujuk pd org yg tgh dok tulis2 di kaunter tu) tak paham. suruh  panggil akak (rujuk pada diri dia).
Ai       : ooo ye ke? nama akak? *sambil aku cuba nak tgk name tag dia.
Pn S    : Salbiah.
Ai       : terima kasih ye Pn salbiah. * saje nak kasi dia dgr yg aku dah hafal nama dia.

jadi kami pun berlalu dari situ. Ai terus memandu ke poliklinik peringgit. dan takde masalah pun nak dapatkan pengesahan.

kenapalah mereka ni nak menyusahkan perkara yang senang? Ai bawa adik Ai buat medical check up di klinik swasta sbb nak menjimatkan masa. kalau kamu pernah buat medical check up di klinik  or poliklinik kerajaan pasti kamu tahu betapa panjangnya prosedur mereka. betapa lamanya. sebab dulu masa nak pengesahan jawatan pun Ai buat medical check up di poliklinik ayer keroh tu mengambil masa 3minggu. ye 3minggu!!!! sbb Ai dah ade pengalaman maka takdelah nk bawa adik ke situ. biarlah keluarkan duit lebih sikit tapi medical check up buleh diselesaikan dlm masa sehari. ye sehari!!! sebenarnya tak sampai sehari tetapi hanya 2jam setengah!!! Xray dan check air kencing dan segala rabun tak rabun tu dan pemeriksaan dada. patutnya puan salbiah tu bersyukur sekuyrang-kurangnya Ai & adik Ai telah membantu doktor dan petugas hospital yg lain dalam mengurangkan beban kerja mereka. jadi mereka buleh check pesakit yg lain.

atau mungkinkah puan salbiah tu nak tunjuk kuasa?

Ai ai tak baik buruk sangka.
*tak puas hati je

info utk pelajar yg nak cepat buat medical check up. ini pengalaman Ai di klinik amal & surgeri tadi.

9.15am   : daftar nama
9.30am    : dapat borang utk Xray di hospital pantai
9.50am    : tiba di hospital pantai.dapat nombor
10.10am : nombor dipanggil. Xray diambil.
11.10am: xray siap. filem buleh diambil.
11.30am: tiba semula di klinik amal & surgeri. kencing & buat pemeriksaan.
11.47am: nama dipanggil, bayar RM65 dan keluar dari klinik.
11.57pm: segera ke poliklinik utk pengesahan.

iye, tak sampai 3jam dah siap, kan? efisien tak?

ok meh sambung sikit diary ni

12.05pm : tiba di poliklinik ayer keroh
12.09pm: keluar dgn hati yg panas dan speed ke poliklinik peringgit
12.15pm: tiba dan terus mendapatkan nombor di poliklinik peringgit
1.05pm : nombor dipanggil tapi nurse kata, "awak datang semula jam 2pm ye. pengesahan aje kan?'
1.15pm : tiba di JJ ayer keroh utk lunch (lapo weh dr pagi tak mkn)
2.00pm : selesai makan dan solat segera bertolak ke poliklinik semula.
2.20pm: tiba di poliklinik
2.26pm: dapat mesej dr adeik Ai mengatakan kena wait kejap. patient nombor 5097 dah ade dlm bilik no 19

main mesej dgn adek
main mesej dgn adek

3.15pm: dapat mesej dr adek yg mcm dh give up. die nk buat pengesahan di kampung je. Ai dah pelik. so Ai carik port parking then keluar dr kereta. masuk ke dlm klinik dan tu dia. rupanya adik Ai dok menunggu di luar bilik no 19 dlm keadaan mencangkung. ada lagi patient tgh berdiri dan lain2. muka adik Ai dah merah padam sbb poliklinik tu takde aircond. soba jolah. kuatkan smgt adek. kasi mesej2 hepi pd die. usik2.. hehehe

3.40pm: dr panggil masuk bilik no. 19

3.50pm: adik Ai keluar dr bilik no 19 dan kami senyjm lebar sbb misi berjaya alau ketiak berlengas. mujur dah solat kt JJ.segera pecut ke rumah dan drop adik Ai di rumah. Ai pula pecut ke sekolah sbb ada kelas tambahan utk pelajar.

4.15pm: tiba di sekolah. carik pelajar. masuk kelas dan mengajar.

5.00pm: kelas tamat. cuci kereta RM4 isi myk RM81.00 dan pulang.

5.30pm: masuk umah bau sup yg best sbb adek masak. yey!!! tq adek

ok penat dah. tapi tetap geram dgn pn salbiah. kenapa mesti nak susahkan perkara yg senang?

jawab jgn tak jwb

1 comment:

  1. Pemalas je tu.. tak pun tgh dtg bulan MAKCIK Salbiah tu..hihi

    ReplyDelete