Ikut AiTotYati

17.3.10

RUMAH UNTUK DIJUAL




salam kawan-kawan. jika anda berminat nak membeli rumah di melaka. meh le beli. lokasi sangat strategik. terletak di majlis perbandaran hang tuah jaya. dekat sangat dengan JJ, pusat pentadbiran. MITC dan segalanyalah.


meh tgk foto dulu meh.


hahahaha ini pandangan dari bilik keje Ai. usha ikut tingkap je.
mula mula kenalah pandang keladi gergasi ni. hubby yang tanam. dia amik anak pokok dari sekolah praktikalnya tahun 2008. dulu paras lutut je. la ni dah lawan tokey setinggi umah dah. wah sangat very sejuk mata memandangkan?eh cop. nak cerita tentang umah jiran ni ha.



ok ini pandangan sisi juga dari bilik keje Ai. nampaklah sliding door mereka. so jika mereka pandang umah Ai dari umah mereka, akan nampak paten yang samalah. tuan umah dah takde. dah pindah ke johor dah. umah mereka dah siap renovate dah.





ok bahagian direnovate tu, ni ha. mereka buat tambahan bahagian dapur basah, toilet dan bilik stor. pagar kawat tu yang memisahkan tanah kami. tetiba* wahhhh pokok pisang Ai dah berbuah. pokok pisang tu mak Ai yang tanam masa mak kat sini jaga Ai sakit tahun 2008. terima kasih mak!!!! la ni dah banyak kali merasa buah pisang ni. anak2 pisang banyak giler sampai tak terlarat nak jaga. ingat,m jika kita berbudi pada tanah, Insyaallah akan dapat hasilnya :D (pokok kari pun ade senang nak masak kari. eh daun kari kat tesco 2helai 50sen tau. pokok kunyit pun ada. Ai suka masak guna bahan2 yang fresh. well Ai jiwa kampung. tak malu mengaku Ai orang kampung walau tinggal di bandaraya melaka, ecewah :P)



ok ini pandangan dari hadapan gate umah Ai. yang nampak keladi gergasi macam nak mati n rumpunan serai itu adalah kwsn umah Ai. umah jiran tu, bahagian porchnye dah di tile kan. so mmg umah ni cantik. dalam pun dah wat plaster syiling bagai.


ok ini pandangan paling hadapanlah. umah Ai di sebelah kanan gambar tu. interframe sikit pun jadilah. owner nak jual sebab dia dah pindah keje kt johor dan tak akan kembali sini lagi sebab sedara mara semua kat sana. owner dah letak sign untuk dijual kat situ. harga? oooo umah ni harga beli tahun 2007 ialah rm198 ribu. owner renovate habis 30k lebih. tapi owner nak jual pada rege rm220k sahaja. untung tak untung sape yg beli tuh? tapi harga sekarang tak tahulah berapa. sebab ada umah barisan Ai ni jugak dijual dengan harga rm250k. ape? saiz? saiz tanah 40 x 80 kakilah. takkan meter pulak. aduyai :B
owner duduk sekejap je. masa Ai sakit merekalah yang tolong. masa mereka nak pindah Ai sedih giler. dah takde jiran dah. lupa pula nak bagitahu. rumah ini ialah semi-D setingkat. klu kat kl takdenye dapat semi_d rege macam ni. betul tak? dan kawasan umah Ai ini semuanya bumiputera. MCL kekal.

kirenya sape2 yang beli umah i nanti akan jadi jiran Ai lah kan? marilah hidup berjiran :P

5 comments:

  1. huih.. bestnya dapat umah macam ko.. aku minat sungguh umah semi-D tp..sungguh jauh nya la di melaka..hehhehe..

    ReplyDelete
  2. nuril~ meh le. serius mesti best klu jadi jiran ko. aku bosan2 buleh lepak umah ko. aku takde kwn sebaya kt sini. mode: muka minta simpati

    lieya~ takpe ko beli je. nanti aku tlg tengokkan. tengok means tengoklah. hahahahah

    ReplyDelete
  3. embun di tengah malam~ terima kasih singgah. datang lagi ye :D

    ReplyDelete