Ikut AiTotYati

10.3.10

DATIN WANNA BE

tak tak. aku bukan nak cerita tentang drama tu.


sejak dari awal tahun setiap hari rabu aku akan pergi kelas berenang. kalau rajin dan sempat buat tutorial pada hari jumaat. dan tadi sebab dah bosan belajar benda yang sama (ceh ceh bajet dah pandai ni), aku pandai pandai sendiri belajar terapung secara terlentang dan berenang gaya bebas.

sebenarnya bukan nak cerita pasal aku. aku tak faham kenapa ada orang mesti pakai barang kemas waktu swimming. di tangan, leher. aku jugak pakai barang kemas tapi bila nak pergi berenang aku tanggalkan. nak dijadikan cerita, sebab aku dah pandai float terlentang (biasa meniarap gitu) maka beberapa orang yang lebih tua dan berpangkat dari aku minta aku ajarkan mereka cara-cara nak float dan buat kuak dada.

dan mereka fed up sebab asyik tenggelam atau tidak menjadi. dan disebabkan mulut aku ada insuran prudential yang mahal tu dengan tak sengaja aku tercakap,

"akak tenggelam sebab banyak sangat barang kemas tu"


ops maafkanlah aku. aku cakap sebab aku nampak. betul-betul banyak. bukan seurat dua ok. tapi memang macam dalam cerita mami jarum.

dan tadi baru aku tahu status akak-akak itu adalah datin.


ops lagi skali maafkan saye :P

5 comments:

  1. o.k dimaafkan..he he..kadang2 memang secara otomatik, kita tegur..akak penah kena marah..sebab tu..bukan benda tak betul pun..yang kita tegur ni, benda betull

    ReplyDelete
  2. gile dowh berenang dgn emas..ehh ntah2 tu emas harta karun die jumpa dlm pool tu..next time akak swimming make sure dive smpi bwh..kot de jumpe gak..huuhuhu

    ReplyDelete
  3. hahahaha.. sound direct je.. wkakaka.. padan muka.. takkan la berenang nak pakai barang kemas nok...kekeke..

    ReplyDelete
  4. hahahaha.. sound direct je.. wkakaka.. padan muka.. takkan la berenang nak pakai barang kemas nok...kekeke..

    ReplyDelete