Ikut AiTotYati

27.3.10

ISLAM AGAMA BERADAB, BUKAN BIADAP

siapa yang ajar buleh buat ayat di atas? aduyai... jumpa masa ronda2 kt JJ ayer keroh. itu adalah perkataan atas satu door mat yang dijual. 
"Selamat Dijemput?' hmmm banyak tafsirannya. 
maka Ai juga nak ucap begitu kepada kamu semua.
"SELAMAT DIJEMPUT- Selamat datang ke blog Ai. 
                                           Dijemput membaca  (^_^)




tajuk blog Ai pada hari ini ialah ISLAM AGAMA BERADAB, BUKAN BIADAP. ia adalah kesimpulan yang dapat Ai buat semasa mendengar ceramah maulidurrasul di sekolah. Islam adalah agama yang sangat sempurna. merangkumi semua aspek dalam kehidupan. segala perkara yang kita buat ada doanya. walaupun kite tak tahu doa nak naik kenderaan, bacalah bismillah. kalau tak hafal, lekatkanlah stiker doa naik kenderaan tu. dan kalau tak dapat hafal doa yang panjang-panjang tu bacalah bismillahirrahmanirrahim ye.

masa dengar ceramah tu Ai terfikir, Ai bukan tak tahu tapi kadang-kadang terlupa. ataupun mungkin Ai tahu tapi tak amalkan. ish... Ai dalam proses utk menjadi muslimah sejati. Ai ingin berkongsi sedikit ilmu yang Ai dapat masa sambutan maulidurrasul tempoh hari. Ai catatkan dalam bentuk point sahaja ye sbb sambil dengar sambil mencatat.

a. Rasullullah meninggalkan 2 perkara kepada umatnya iaitu Al-Quran dan Sunnah.

b. 7 sunnah Nabi Muhamad SAW ialah:
     1. menunaikan solat tahajud
     2. membaca Al-Quran
     3. memakmurkan masjid
     4. menunaikan solat Dhuha
     5. bersedekah
     6. menjaga wudu'
     7. membaca istighfar

c. ADAB DENGAN KAWAN
      1. saling memberi nasihat
      2. jujur
      3. memberi salam
      4. bersangka baik
      5. saling menghormati
      6. tidak mengumpat kawan

d. ADAB BERPAKAIAN
      1. membaca bismillah
      2. pakaian itu bersih
      3. jangan berlebihan - maksudnya jangan vogue sangat
      4. memakai pakaian yang sepatutnya- lelaki HARAM menyerupai wanita
      5. menutup aurat - maksudnya tidak nampak warna kulit (kain sekarang banyak mahal tapi    
          telus pandang). wanita mesti menutup keseluruhan badannya kecuali muka & tapak tangan.


e. ADAB MAKAN/MINUM
    1. membasuh tangan
    2. membaca doa
    3. jangan makan dengan gelojoh
    4. minum seteguk demi seteguk
    5. hendaklah duduk - Nabi melarang minum sambil berdiri.
     6. selepas selesai makan/minum hendaklah membasuh tangan dan membaca doa.

f. ADAB MENDAPAT CAHAYA MATA
     1. aqiqah - 2ekor kambing utk baby boy. 1 ekor utk baby girl. sunat pada hari ke-7.
     2. lakukan tahnik - maksudnya bagi madu & air zam-zam pada baby.

g. ADAB UNTUK PARA WANITA
     1. menutup aurat
     2. jangan memakai pakaian penuh tetapi terdedah - rujuk d(5)
     3. tidak boleh duduk berdua-duaan tanpa muhrim.

"SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA IALAH WANITA SOLEHAH"


maafkan Ai jika ada yang kurang. jika ada yang boleh ditambah silakan. ini adalah catatan Ai semasa mendengar ceramah itu.

oh masa sambutan itu, ada gotong-royong memasak. yang masak adalah guru-guru & staf tempat Ai bekerja. dah habis masak, semua orang makan dalam talam. satu talam 4 orang. bukan duduk dalam talam tapi berkongsi makanan. itukan sunnah nabi,. sempatlah Ai snap gambar pelajar yang Ai ajar. Ai duduk di depan dewan (well Ai ajk multimedia yg tetap & berpencen tapi Ai suka kerja ini sbb tak payah kupas bawang- utk info sejak kwen Ai jarang kupas bawang sbb hubby yg kupas. takpun bli yg dah siap je. kupas bawang perlu ddk lama n fokus. Ai tak buleh fokus nanti sakit belakang- kuat tak alasan? :P )

bukan main suka lagi pelajar-pelajar ni masa Ai snap gambar. 4 sekawan yg dok pandang kamera tu adalah kawan baik & pelajar yang 'baik' dalam kelas. oh jangan salah sangka mereka mmg baik cuma mulut macm bertih goreng. sejak  Ai mula mengajar di sini Ai selalu dapat pelajar lelaki yang very talkative tapi they  really make my days (^_^)






foto di atas pula adalah proses mendapatkan mainan baru hubby Ai. selaras dengan moto kami, hidup perlu diteruskan serta nikmatilah ia serta jangan mudah kecewa maka pembelian camera DSLR Nikon D5000 adalah sangat berbaloi. hubby suka snap gambar. sesuailah utk dia. kami beli di JJ bandaraya Melaka kedai Fotokem. harga sangat berpatutan iaitu RM2880 dapat kit dengan AF-S DX 18-55mm, f3.5/5.6G ED VR lens beserta waranti 3 tahun, memory kad 8GB, tripod besar & beg DSLR serta software yg membolehkan kite delete terus foto (maksudnya org tak buleh retrieve foto once dah delete). dalam iklan suratkhabar berita harian bertarikh khamis 25mac2010, dengan harga yang serupa dinyatakan hanya dapat kit dan percuma kad SD 4GB + beg DSLR. jadi silalah berkunjung ke kedai fotokem sekarang juga (eh Ai tak dapat duit promosi ni tapi layanan mesra mereka membuatkan kita tak kecewa). oh mmg tak usha kat kl sebab jauh sangat. if anything happen to that kamera senang nak pegi kedainya.




6 comments:

  1. embun di tengah malam,

    marilah kita amalkan, Insyaallah :D

    ReplyDelete
  2. memang bagus..terima kasih yatie..tapi..akak nak save and print..bolih ye...nak bagi orang lain baca..kongsi info..

    ReplyDelete
  3. kak erna,

    boleh boleh silakan. boleh sahaja dipanjangkan. perkara yang baik harus disebarkan :D

    ReplyDelete
  4. ti... banyak betul blog ko ti... aku nk klik mana satu pun tak tau... he he.




    .

    ReplyDelete
  5. pn tasek~ haruslah klik yg paling banyak entry (^_____^)

    ReplyDelete