Ikut AiTotYati

Showing posts with label jaya jusco. Show all posts
Showing posts with label jaya jusco. Show all posts

9.1.11

1hari 2negeri 3Jaya Jusco

semalam kami g pilah. ada urusan.
lepas je habis terus merayau kat JJ seremban 2.


kat situ ada 1 handbeg Carlo Rino yang Ai berkenan. harganya rm139.00
oh kat JJ seremban2 ni takde butik Carlo Rino ye kwn2. 
lagipun kecik je JJ seremban2 ni bandingkan melakanye.

cadang nak beli tapi Ai pikir takkan kat JJ Melaka n JJ ayer keroh takde.
enJekjek suh amik je tapi bukan dia bayar. Ai bayar sendiri le. tapi Ai tetap berdegil tak mahu beli di situ.


tinggalkan JJ Seremban2. terus merentasi PLUS ke JJ Bandaraya Melaka.
malangnya tiada. dalam JJ takde, di butik Carlo Rino pun takde. Ai hampa.
buat muka sedih ajak enJekjek ke JJ ayer keroh. enJekjek kasihan, dia pun bawa Ai.


sesampainya di sana, butik Carlo Rino tengah dalam renovation.
lagi sekali hampa.
tengok pula kat bahagian handbeg dalam JJ tu. pun tiada.
Ai hampa. enJekjek kata lain kali kalau dah suka bli aje.
bang, bukan Ai takmo bli tapi kena tengok bajet juga.


pagi ini Ai belek analisis belanjawan utk gaji Januari 2011, dah negatif sebenarnya.
kena simpan duit sbb nanti tahun baru cina nak balik kampung
dan ada occasion besar kat umah mertua.



satu hari 3 Jaya Jusco Ai terjah di 2 buah negeri.
tapi dah ditakdirkan memang Allah takmahu bagi Ai beli sbb suh simpan duit. banyak komitmen lain.


(^_^)

27.3.10

ISLAM AGAMA BERADAB, BUKAN BIADAP

siapa yang ajar buleh buat ayat di atas? aduyai... jumpa masa ronda2 kt JJ ayer keroh. itu adalah perkataan atas satu door mat yang dijual. 
"Selamat Dijemput?' hmmm banyak tafsirannya. 
maka Ai juga nak ucap begitu kepada kamu semua.
"SELAMAT DIJEMPUT- Selamat datang ke blog Ai. 
                                           Dijemput membaca  (^_^)




tajuk blog Ai pada hari ini ialah ISLAM AGAMA BERADAB, BUKAN BIADAP. ia adalah kesimpulan yang dapat Ai buat semasa mendengar ceramah maulidurrasul di sekolah. Islam adalah agama yang sangat sempurna. merangkumi semua aspek dalam kehidupan. segala perkara yang kita buat ada doanya. walaupun kite tak tahu doa nak naik kenderaan, bacalah bismillah. kalau tak hafal, lekatkanlah stiker doa naik kenderaan tu. dan kalau tak dapat hafal doa yang panjang-panjang tu bacalah bismillahirrahmanirrahim ye.

masa dengar ceramah tu Ai terfikir, Ai bukan tak tahu tapi kadang-kadang terlupa. ataupun mungkin Ai tahu tapi tak amalkan. ish... Ai dalam proses utk menjadi muslimah sejati. Ai ingin berkongsi sedikit ilmu yang Ai dapat masa sambutan maulidurrasul tempoh hari. Ai catatkan dalam bentuk point sahaja ye sbb sambil dengar sambil mencatat.

a. Rasullullah meninggalkan 2 perkara kepada umatnya iaitu Al-Quran dan Sunnah.

b. 7 sunnah Nabi Muhamad SAW ialah:
     1. menunaikan solat tahajud
     2. membaca Al-Quran
     3. memakmurkan masjid
     4. menunaikan solat Dhuha
     5. bersedekah
     6. menjaga wudu'
     7. membaca istighfar

c. ADAB DENGAN KAWAN
      1. saling memberi nasihat
      2. jujur
      3. memberi salam
      4. bersangka baik
      5. saling menghormati
      6. tidak mengumpat kawan

d. ADAB BERPAKAIAN
      1. membaca bismillah
      2. pakaian itu bersih
      3. jangan berlebihan - maksudnya jangan vogue sangat
      4. memakai pakaian yang sepatutnya- lelaki HARAM menyerupai wanita
      5. menutup aurat - maksudnya tidak nampak warna kulit (kain sekarang banyak mahal tapi    
          telus pandang). wanita mesti menutup keseluruhan badannya kecuali muka & tapak tangan.


e. ADAB MAKAN/MINUM
    1. membasuh tangan
    2. membaca doa
    3. jangan makan dengan gelojoh
    4. minum seteguk demi seteguk
    5. hendaklah duduk - Nabi melarang minum sambil berdiri.
     6. selepas selesai makan/minum hendaklah membasuh tangan dan membaca doa.

f. ADAB MENDAPAT CAHAYA MATA
     1. aqiqah - 2ekor kambing utk baby boy. 1 ekor utk baby girl. sunat pada hari ke-7.
     2. lakukan tahnik - maksudnya bagi madu & air zam-zam pada baby.

g. ADAB UNTUK PARA WANITA
     1. menutup aurat
     2. jangan memakai pakaian penuh tetapi terdedah - rujuk d(5)
     3. tidak boleh duduk berdua-duaan tanpa muhrim.

"SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA IALAH WANITA SOLEHAH"


maafkan Ai jika ada yang kurang. jika ada yang boleh ditambah silakan. ini adalah catatan Ai semasa mendengar ceramah itu.

oh masa sambutan itu, ada gotong-royong memasak. yang masak adalah guru-guru & staf tempat Ai bekerja. dah habis masak, semua orang makan dalam talam. satu talam 4 orang. bukan duduk dalam talam tapi berkongsi makanan. itukan sunnah nabi,. sempatlah Ai snap gambar pelajar yang Ai ajar. Ai duduk di depan dewan (well Ai ajk multimedia yg tetap & berpencen tapi Ai suka kerja ini sbb tak payah kupas bawang- utk info sejak kwen Ai jarang kupas bawang sbb hubby yg kupas. takpun bli yg dah siap je. kupas bawang perlu ddk lama n fokus. Ai tak buleh fokus nanti sakit belakang- kuat tak alasan? :P )

bukan main suka lagi pelajar-pelajar ni masa Ai snap gambar. 4 sekawan yg dok pandang kamera tu adalah kawan baik & pelajar yang 'baik' dalam kelas. oh jangan salah sangka mereka mmg baik cuma mulut macm bertih goreng. sejak  Ai mula mengajar di sini Ai selalu dapat pelajar lelaki yang very talkative tapi they  really make my days (^_^)






foto di atas pula adalah proses mendapatkan mainan baru hubby Ai. selaras dengan moto kami, hidup perlu diteruskan serta nikmatilah ia serta jangan mudah kecewa maka pembelian camera DSLR Nikon D5000 adalah sangat berbaloi. hubby suka snap gambar. sesuailah utk dia. kami beli di JJ bandaraya Melaka kedai Fotokem. harga sangat berpatutan iaitu RM2880 dapat kit dengan AF-S DX 18-55mm, f3.5/5.6G ED VR lens beserta waranti 3 tahun, memory kad 8GB, tripod besar & beg DSLR serta software yg membolehkan kite delete terus foto (maksudnya org tak buleh retrieve foto once dah delete). dalam iklan suratkhabar berita harian bertarikh khamis 25mac2010, dengan harga yang serupa dinyatakan hanya dapat kit dan percuma kad SD 4GB + beg DSLR. jadi silalah berkunjung ke kedai fotokem sekarang juga (eh Ai tak dapat duit promosi ni tapi layanan mesra mereka membuatkan kita tak kecewa). oh mmg tak usha kat kl sebab jauh sangat. if anything happen to that kamera senang nak pegi kedainya.




10.1.10

CERITA SATU RINGGIT

aku keluar dari kereta
aku lihat tiada orang

aku masukkan tiket
aku masukkan jcard
aku masukkan note rm10
tak boleh
aku msukkan note rm50
tak boleh
aku ulang langkah
masukkan notes tu semua
tak mahu juga
aku try nak tekan keluar parking tiket tu
tak boleh

aku panik
aku nak tepon hubby
tapi die tgh on the phone dgn client nye
aku pusing belakang
barisan dah panjang

aiyak
aku pandang belakang aku dan minta tolong lelaki itu
aku cakap

excuse me sir
may i borrow RM1 ?
i'll pay u afterwards

laki cina tu kata
it's ok
just take it

dengan duit pinjam itu
tiket aku lepas
aku segera bergegas ke kereta

buka bekas yg simpan syiling syiling
capai 2 keping syiling 50sen
mata aku melilau carik laki tu

oh aku nampak dia
aku jumpa dia
aku hulurkan syiling itu
dia kata
never mind it's ok
just take it
aku geleng
aku cakap
no sir i just want to borrow
let me return it back
dia hulur tangan
aku terus bagi syiling 2keping itu
dan ucap
thank you sir
sambil berlalu dan tersenyum

oh mesin parking kereta jj seremban 2
kenapalah kau tak nak terima notes aku?

p/s: kejadian ini tidak pernah berlaku di jj ayer keroh.
hahahahahaha. maybe sbb tempat sendiri kot