Ikut AiTotYati

16.3.10

DISKAUN HEBAT!!!




well walaupun cuti sekolah my hubby tetap ade kelas tambahan di sekolahnya. Ai aje yg senang lenang di rumah. eh eh senang ape. bangun pagi lepas gosok gigi mandi solat subuhi (eh subuh) kena buat bekpes. dan sejak mula cuti sekolah setiap pagi mesti ai buat jemput bilis beserta air milo. yaaaaaa air milo :P (Ai curti start dari ahad sbb sabtu Ai ade kursus di MMU selama satu hari. so cuti Ai short 1 hari. bile nak ganti? :B )


hari ini Ai plan nak ke JJ. sales hebat wohhhh. hahahaha. harus ambil peluang tatkala hubby takde. dah btahu kt hubby nak ke JJ so hubby kasi je. ceh sebenarnya Ai nak ke JJ utk bertemu dgn seseorang.


jadi sebelum Ai ke JJ, kena gi Maybank dulu. oh Ai gi simpan duit. nak masukkan kat mesen otomatik tu. setelah Ai parked kereta di belakang bangunan maybank, Ai nampak ini:

syok tengok, kat sini dah letak tiang ni.
sebab ape Ai seronok? sebab selalu malaun malaun tak paham bhs akan parking di sini. so nak lalu pun susah. dan biasanya Ai akan berjalan menyelit je antara kereta org tu dgn dinding (ini kes nak test slim lagi ke idak... hahahahah)


tapi tadi... lepas 25 minit menunggu baru buleh masukkan duit. sebab ape? sebab ada van safeguard kat luar. oh kakitangannya sedang bertungkus lumus keluarkan duit dari ATM. sambil tunggu sambil berangan. kan best klu notes RM yang banyak2 tu Ai yg punye. buleh shopping sampai tak muat bonet kereta. tapi cepat2 lamunan tu terhenti sebab Ai nampak senapang patah yg dipegang oleh pakcik safeguard. so sesambil wait kat luar tu sempat le snap foto. tapi dok kena usha dgn pakcik safeguard. so batalkan jelah niat tu. akibatnya dapatlah foto di bawah :P

nampak tak tangan pakcik safeguard tengah pegang pintu tu? tangan dia sebelah lagi tengah pegang senapang patah. maafkan Ai pakcik sebab snap foto tangan je (yelah nak tangkap foto lain pakcik sudah jeling-jeling :P)

so setelah berjaya bank in duit Ai meneruskan perjalanan ke JJ. dan segala urusan di JJ berjaya diselesaikan jam 12.25pm. oh ape Ai dapat masa keluar hari ini?
*





*




*












Ai dapat saman. saman masa nak bank in duit tuh. yelah mana tahu nak kena tunggu sampai 25minit gtu. biasa nya jika ai buat urusan tu cuma 5minit. sebab keluar kereta, jalan, masuk bank, beratur, tot tet tot tet dah sampe balik kt kereta. so sebab kawan Ai kata jika bayar dalam masa 24jam kompaun akan dikurangkan maka dengan hati yang paksa rela Ai g ke MBMB. oh senang je urusannya.

mula-mula g ke kaunter pertanyaan. beritahu nak bayar kompaun parking. then dia akan bagi borang hijau. isi dan pergi ambil nombor giliran. oh borang hijau tu ade di bawah borang kompaun tu.



ok ini borang hijaunya. alamak lepas amik guna handset tak nampak hijaulah pula. cuma perlu isikan nama, alamat, nomnbor telefon dan tandatangan.


seperti yang tertera Ai dapat nombor 1301. cuma tunggu 5 minit sbb orang tak ramai. sampai dikaunter, Ai hulur note rm50. sekali orang tu pulangkan RM45. aik, bukan patutnye baki RM20 ke? ai kena kompaun rm30 sebab tak letak tiket parking (padanmuka Ai heh :B)


oh rupanya jika kita terus bayar kompaun dalam masa 24jam maka denda akan dikurang menjadi RM5 sahaja. haaaa RM5 sahaja. kan diskaun hebat tu :P diskaun sehingga 90%!!!! tak percaya kamu orang buleh kiralah. hehehehe

(eleh tu bajet Ai nk story mory psl sales JJ ke. kamu salah. hahahahaha)









sekadar gambar tempelan. foto dirakam masa on the way nak balik umah dari MBMB lepas Ai bayar saman parking. rakyat m'sia memang suka dengan perkataan DiLARANG ni. letak DILARANG lagilah dibuatnya. ish, jika kereta calar balar barulah padan muka mereka ye? untuk pengetahuan, jalan ni one way. dan jika nak berselisih harus satu kereta berhenti utk beri laluan. so biasanya jika Ai terserempak dengan manusia dari arah bertentangan Ai takmo ke tepi sbb this is my way. sape suh ko lawan arah. jadi kamu harus ke tepi. heheheheheh. Ai tak keji cuma nak menguji. peace




6 comments:

  1. larang sama ngan suruh.,...hehehhee

    ReplyDelete
  2. hamboih.. untung dapat diskaun arini.. kalau tak melayang je $$$..huhuhu

    ReplyDelete
  3. hahahaha tau takpe wahai aku lieya :P

    ReplyDelete
  4. Tot, last few weeks Que datang Melaka tapi tak sempat jumpa yan pun. Depa gi jejalan kat banda hilir - Ahad kena saman. Dgn kompiusnya hubby Que tanya, yan melaka ahad pun kena bayar ke?

    Tulahkan...MPMBB, hari ahad kena bayar. then tak nak buat sign banyak2 kata kena bayar, dimana nak beli gores & menang tuh. dahlar ramai pelancong hari ahad.

    melepas lah Que nak dpt saman rm5. :P

    ReplyDelete
  5. melaka mmg pelik. sian kt pelancong. mmg sape2 yg tak biasa pasti akan kena saman.

    betul, MMPMBB mesti perbanyakkan lagi sign kat mana nk bli tiket gores dan menang tu.

    sian Que. hbs tu saman tu dia bayarkah?

    ReplyDelete