Ikut AiTotYati

2.3.10

SAYA.....

saya bersyukur kerana:

1. dilahirkan sebagai seorang Islam
2. dibesarkan oleh mak abah
3. berkahwin dengan en jek
4. menjadi menantu mak ayah
5. menjadi seorang guru
6. bekerja di s_-_-
7. tidak menjadi lalang



kadang kadang kite terlupa dan akan tertanya,
"kenapa aku tak macam si anu anu?"
"kenapa aku tak dapat anak macam si anu anu tu?"
"kenapa mesti asyik aku aje? apa2 program aku lagi?"



eh kita pulak.
sebenarnya aku tu (ceh cubaan utk mengheret korang masuk dlm situasi aku pula)


bila emosi aku naik turun graf tak stabil maka jiwa akan dihembus2 dan ditiup syaitan untuk sentiasa berfikiran negatif. jadi banyakkan istighfar.


jadi aku cuba. sentiasa cuba utk berfikiran positif. dan selalunya positif. sebab tu moto blog aku,
"fikir banyak, cakap kurang"


tiba-tiba siang tadi berkesempatan berbual dengan seorang teman sekerja.
di akhir perbualan sebelum aku meninggalkannya beliau berkata,


"Ti, betul orang cakap. kau muka baby face tapi pemikiran lebih matang"


aku diam membisu, membatu. senyum dan berlalu.

mungkin cara aku dibesarkan dan kehidupan yang telah dilalui selama 28tahun menyebabkan aku begini. tapi sejauh mana matang aku pun kadang2 ke'childish'an aku terserlah.

entah. yang rapat dengan aku sahaja tahu :D

5 comments:

  1. salam

    baru i tahu u ada babyface.. kalau i.. hehe

    ReplyDelete
  2. wslm,

    hahahah tang mana ntah baby face pn saya tak tahu. saya anggapkan teman sekerja tu nak membodek sbb die tengah pujuk saya utk join sesuatu. hahaha

    well, i tak tergugat nyah...hhehehe

    ReplyDelete
  3. senarai kesyukuran. i like!

    bulan ni aku tak update lagi senarai tu;
    aku plan nk post genap setahun aku start tulis senarai kesyukuran tu hihi

    tapi betul, bila kita tulis senarai kesyukuran itu, insyaAllah kita tidak tergugat dengan emosi celaru kita

    patut, senarai kesyukuran dijadikan pelali dikala PMS menjelma hihiks

    gosh! aku patut buat entry meh..
    sory2 tuan rumah

    ReplyDelete
  4. Yeh.. aku tau...:)

    Aku bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan..:)

    ReplyDelete
  5. babeface youuuuuuu....

    hang macam cili Tabasco.
    super power ayat tuh...

    p/s: masih layan lagu alleycats?

    ReplyDelete