1. dilahirkan sebagai seorang Islam
2.
3. berkahwin dengan en jek
4. menjadi menantu mak ayah
5. menjadi seorang guru
6. bekerja di s_-_-
7. tidak menjadi lalang
kadang kadang kite terlupa dan akan tertanya,
"kenapa aku tak macam si anu anu?"
"kenapa aku tak dapat anak macam si anu anu tu?"
"kenapa mesti asyik aku aje? apa2 program aku lagi?"
eh kita pulak.
sebenarnya aku tu (ceh cubaan utk mengheret korang masuk dlm situasi aku pula)
bila emosi aku naik turun graf tak stabil maka jiwa akan dihembus2 dan ditiup syaitan untuk sentiasa berfikiran negatif. jadi banyakkan istighfar.
jadi aku cuba. sentiasa cuba utk berfikiran positif. dan selalunya positif. sebab tu moto blog aku,
"fikir banyak, cakap kurang"
tiba-tiba siang tadi berkesempatan berbual dengan seorang teman sekerja.
di akhir perbualan sebelum aku meninggalkannya beliau berkata,
"Ti, betul orang cakap. kau muka baby face tapi pemikiran lebih matang"
aku diam membisu, membatu. senyum dan berlalu.
mungkin cara aku dibesarkan dan kehidupan yang telah dilalui selama 28tahun menyebabkan aku begini. tapi sejauh mana matang aku pun kadang2 ke'childish'an aku terserlah.
entah. yang rapat dengan aku sahaja tahu :D