Ikut AiTotYati

5.4.12

SELAMAT HARI LAHIR KE-13 & MISI MUSTAHIL ENJEKJEK

iye , usia Ai genap '13' tahun pada hari ini.
hahahaha sila percaya!!!

well i'm officially '13' years old rite now. motif sweet-'13'?
ala saje la sbb dulu masa Ai 13 years old takde blog nak tulis sini. hihihiihi
yelah yelah, i'm 31 years old rite now :D

banyak memori yg amat manis berlaku pd hari ini:

1. enJekjek hantar sms tepat 12 malam 5 april 2012 (tapi Ai hanya balas pd jam 5pagi sbb mlm tu dah lena nooo. pagi rabu tu lps subuh terus drive dr melaka ke tpt menuntut ilmu & menghadiri kuliah amat meletihkan). iye dan byk mesej drpd kwn2, adek beradek & students.

2. tanpa Ai ketahui, ghupanya enJekjek buat coklat cupcakes utk Ai!!! serius enJekjek baking. dia upload gmbr dlm fb tapi hide dr Ai. ni gambar yg Ai cilok dr fb setelah enJekjek tak sorokkan dr Ai.
enJekjek bukan setakat kukus cupcakes ni. beliau sanggup hantar ke tempat pengajian Ai!!! serius!!! 


ceritanya:
petang tadi Ai habis kelas awal sikit. sepatutnya tamat jam 6 petang tapi sbb suami Prof tu tak sihat so jam 5.30 pm kami dah habis kuliah. so Ai terus balik ke bilik. plan utk swimming di pool terpaksa ditunda memandangkan Ai sangat malas pd hari ini. hihihi. ehhh dah ke laut ni. ok sambung semula. 

enJekjek hanya memaklumkan kehadirannya di asrama Ai lagi 15minit beliau nak sampai. 
antara nak percaya dengan tidak, tapi kenalah percaya. apa lagi mencicitlah Ai mandi dan bersiap bagai. yelah takkan nak jumpa encik suami tak mandi kot? kenalah wangi2 kan?

bila enJekjek sampai, beliau terus hulurkan sebekas tupperware berisi cupcakes!!! ade 6biji kesemuanya. sedap!!!

ok memandangkan enjekjek datang all the way from melaka so Ai decided to bring him to Wadihana Islamic steakhouse. google je buleh jumpa info pasal wadihana ni. gambar foods sume ada dlm s2 enJekjek. Ai dah tak toleh kiri kanan, ngap je. hihihihihi. yang buat kami kagum sebab masa tu dah masuk waktu maghrib (kami tiba sebelum maghrib). then staff mereka solat berjemaah. kami boleh nampak sbb surau mereka tingkap kaca.

Ai sangat terharu dengan kesungguhan enJekjek. Ai tahu beliau sangat sibuk dalam bulan Mac & April ni. dan sewaktu entry ini ditulis, beliau baru sahaja selamat tiba di MITC melaka utk menyimpan barang2 pameran beliau. ye sekarang ade karnival pendidikan melaka di MITC dari 5-8 april 2012. jika Ai tak silap, ada juga pameran buku antarabangsa di melaka. 

Ai mmg tak jangka enJekjek akan datang sbb esok tengahari Ai akan pulang semula ke melaka selepas bengkel tambahan pula mmg beliau tengah busy like bees. hihihi. I LOVE YOU la abang!! (kalau nk kira lagi lama enJekjek travel drpd spent masa dgn Ai. tapi mmg terharulah. sukar utk diungkapkan dgn kata2)


3. my BFF si nuril bagi present voucer buku MPH!!! wow boleh shopping buku you alls. bagi awal sehari plak tu. malu Ai tau *shy
coach herbalife Ai pi buh present kt hud kereta. hihiihihi terkejut gaklah. coach bagi protein bar herbalife. tq coach!!!

4. kawan2 sekelas mengucapkan hepi birthday beramai2. siap panggil birthday girl lagi. hihihi sogan Ai. almaklumlah dah lama meninggalkan arena sambutan birthday ni. hihihi

5. nak lagi best, lecturer tak percaya Ai ni sweet-'13'.
ayat beliau: "you don't look like a woman in age 31"
hahahah prof mmg Ai like lah!!! terus rasa mcm nk jadikan beliau favourite lecturer. kihkih.
 normallah kan wanita ni mmg in denial sikit kalau bab2 umur ni. hahahaha



sekian, kenangan manis Ai di hari lahir ke-'13' ini
:D


4 comments: