Ikut AiTotYati

16.11.09

CEH EMO BETUL!!!

handset ku berbunyi,

"lagu explosive by bond yg aku dah edit guna sound forge"--> sila imagine sendiri. group bond tatau? gi google sekarang....

ape? eh lagu nur kasih yg kite dah edit tu... utk hubby kite je...hehehehhe

tertera di skrin nombor yg aku tak kenali. hati kata jangan angkat. otak fikir angkatlah.

so aku pun tekan butang hijau di handset aku (habis takkan tekan button handset korang kot?).

aku: hello
orang sana: cikgu.. helllo. cikgu

aku: iyer saye... (dan aku cam suara itu) eh syamil amri ke? (even tak g sekolah lebih seminggu
aku tetap kenal suara mereka)
syamil: cikgu, iye saya ni. kami semua rinduuuu cikgu. cikgu tak dtg sekolah ke? cikgu kursus
ke? kenapa lama sangat cikgu kursus?

aku:( terkedu jap sbb byk benor ayat tanya dalam satu pertanyaan). cikgu dapat mc lah syamil.
syamil: sakit cikgu dtg semula ke? (sayup2 di belakang aku terdengar kwn2nye dok kata... tulah
ko punye pasal kan cikgu dah sakit lagi). cikgu saya mewakili pelajar 5KFL minta maaf
dgn cikgu ye. kami tahu kami selalu sakitkan hati cikgu, nakal. halalkan ilmu yg cikgu beri
ye.

aku: (part ni aku dah start nk menitik air mata dah) iyer cikgu halalkan semua ilmu. cikgu dah
maafkan semua kesalahan kamu. walaupun kamu nakal cikgu tak pernah dendam.
syamil: cikgu, irfan menangis cikgu (masa ini aku baru perasan yg syamil pasang loudspeaker).
maka memang dapatlah aku dengar suara2 kanak2 ribena yg nakal2 tu). cikgu, kalau
dah sihat datanglah sekolah tengok kami. kami semua rindu kat cikguuuuu... budak2 5bb,
5ppu, 5auto semua rinduuuuu kat cikgu.

irfan : cikgu dah buat baju raya?
aku: (sumpah nak gelak guling2 time irfan tanya bab baju raya. haish macam budak kecik je nak
siapkan baju raya baru. hehehehe) takdelah cikgu pakai je baju raya aidilfitri.

irfan: ok ye cikgu. kami semua doakan cikguuuuuuuuuuuuuu. cikgu jaga diri tau (aik mcm
pompuan)
aku: ok. kamu pun sama. jaga diri. jgn nakal2. buat yg terbaik. jgn tidur masa jawab spm ye.
salam.



kesimpulan
aku emo kah? ceh emo betul. iye mmg aku emo tanpa sedar ade mutiara jernih mengalir di pipi. eleh cakap jelah aku nangis habis cerita. seingat aku, hanya fitri yg ada nombor telefon aku. tapi nampaknye ramai dah dapat nombor aku. sebab lepas syamil telefon menderu2 sms dari pelajar2 lain masuk. semua mendoakan agar aku cepat sembuh. dan kalau ada pelajar2 aku yg secara tidak sengaja terjumpa blog ini, cikgu nak kamu tahu bahawa tiada cikgu yg nak melihat pelajarnya kecundang. cikgu juga tak pernah dendam dengan kenakalan atau kelaseran kamu tu. semoga cemerlang dalam spm 09!!!

4 comments:

  1. serious sebak!! huhu aku baru nak jadi bakal cikgu.. kdg2 takut..tapi bila difikirkan..

    indah sebenarnya kehidupan seorg guru.. huh tak sabar nak jadi cikgu dah..heee

    ReplyDelete
  2. salam

    Kat sek tadi, majlis restu SPM. Saya tak turut dalam majlis kebetulan tak ajar tingkatan 5. Tapi masih kena hadapi saat2 emo tu. Macam2 rasa timbul sebelum tu. Bila dah lepas.. rasa lega!.

    ReplyDelete
  3. that's the beauty of being TEACHER! >__<

    ReplyDelete
  4. Aku baca pun aku dh sebak.. masa bebudak aku nak upsr aritu aku dok kursus.. tak dapat nak wish kat diorg.. esok dh nak kuar result.. walopun aku cuma ajar diorg pemulihan matematik..tp aku pun tumpang berdebar..

    ReplyDelete