Ikut AiTotYati

12.11.09

MITHALI SEMUANYA!

baru je dapat bangun macam dah terlepas dari kandang. hahahahhaha.. bila kite sakit kita akan banyak mengingati Allah. uishhh masa sakit je ke? maksud aku.... aku banyak muhasabah diri sewaktu terlantar sepi mengenang nasib diri.

masa sakit jika nak cepat sembuh kena berfikiran positif. mujur aku di kelilingi oleh insan2 yg sentiasa mengambil berat!!! saya ingin tujukan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada:

1. hubby yang banyak menjaga aku (iyer termasuk ke toilet- masak bubur- buat semua kerja rumah-suap makan-dan semualah!!! - saya dengan bangganya nak anugerahkan SUAMI MITHALI kpd EN. HUBBY yg banyak berkorban tenaga, wang ringgit etc etc)

2. mak abah - mencari air penawar, bacakan yassin, doakan aku, masakkan makanan aku, mandikan aku dan segalanya - aku nak bagi anugerah IBU BAPA MITHALI

3. mak ayah - melupakan kesibukan bekerja demi melawat aku yg sakit. memberikan sokongan moral dan mendoakan aku - aku nak bagi anugerah MERTUA MITHALI!

4. adik beradik - yg rela berkorban melepaskan mak abah mak ayah datang ke umah menjaga aku tatkala hubby pergi bekerja. sian adik nak stpm mak takde kt umah.- aku nak bagi anugerah ADIK BERADIK MITHALI!

5. kawan seperjuangn - buat nuril, ra, akuza, kza, kpah, syikn terima kasih menziarahi aku di hopital tempohari. kAna, knad, meor, meena, azhar, manaf yg sudi sms beri moral support. jiran tetangga acik Mala, acik Shima, kak mawar, kak mala yg menziarahi aku - nak bagi anugerah RAKAN/JIRAN MITHALI!

maaf jika ada yg aku tak tersebut di sini.

mungkin ada yg belum tahu, 081109 yg lalu aku admitted lagi di HPAK kerana prolapsed invertebral disc. itu kali ke3 aku masuk wad kerana PID. tahun lepas sekali. tahun ni 2kali. memula masuk 4H3m. kali kedua masuk 3H2M dan yg terbaru ni aku masuk 2H1M je. tak sanggup dah aku nak terima painkiller sebanyak2 nyer. nantilah aku ceritakan semuanya.

note: aku buat entri ini selama 3jam. kejap2 bangun, jalan n baring nak elak belakang aku daripada sakit. kawan2 sila amalkan postur yg betul semasa melakukn semua aktiviti gerak kerja ok!

4 comments:

  1. memg mithali pn adik kat umah tu...
    smp demam2 die sbb kene tinggal mak..
    ari2 makn nasi goreng gan bubur..

    ReplyDelete
  2. amboi sampai mithali awards.
    kami buat ikhlas yg mampu..
    harini hari ko, esok luse hari kami. tak sapa yg tahu.. kan kita sentiasa dituntut beringatlah sementara kita sihat kan? ;)

    ReplyDelete
  3. fique~ alamak cik abg dia dah mare daaa.... hehehe

    nuril~ tak kira aku nak bagi gak. aku nak menghargai org2 rapat selagi hayat masih ada. style kt m'sia ni, dah takde baru nak hargai..heheheh

    ReplyDelete
  4. hehehe.. tk marah la..
    syafiq doakan akak cepat sembuh..
    lame xnmpk akak,
    xbrani jumpe, nnt kne sembur..
    huahaha..

    ReplyDelete