wah patutnya entri ini aku letak kat blog lagi satu tu. tapi takpe saje nak buat review. buat kawan2 atau pembaca yang masih kurang jelas tentang PID ini. setelah dibahasa melayukan istilah prolapsed invertebral disc ni, istilahnya ialah CAKERA TULANG BELAKANG TERKELUAR.
seram? ngeri? terkejut? nyilu tetiba di belakang tulang belakang anda? kalau anda rasa ngeri lagilah aku ni yg menjadi penghidapnye. meh aku petik sikit dari kosmo 14 nov 2009:
"Bagi kategori Extradural, ia berlaku akibat penyakit di luar selaput saraf tunjang seperti Spondylosis, cakera (disk) tulang belakang terkeluar (PID), keretakan tulang belakang akibat kemalangan serta ketumbuhan.
“Bagi kategori ini, himpitan terjadi di kawasan luar saraf tunjang. Ini secara tidak langsung akan mengganggu bahagian saraf yang mengawal deria sentuh serta saraf motor,” ujarnya.Bukan sekadar itu, rasa kebas atau sakit akan timbul dan menjadi lebih teruk apabila melakukan kerja-kerja harian seperti membongkok, mengangkat barang atau keadaan posisi tubuh yang salah.
Tidak terhad di kawasan pinggul dan belakang paha, kesakitan turut merebak di anggota tubuh yang lain atau radiculopathy turut mengganggu keselesaan pesakit.
“Ada keadaan tertentu, pesakit boleh menjadi lumpuh akibat himpitan pada saraf ini,” jelasnya.
Di samping itu juga, kebas pada anggota kaki ini menyerang tidak kira masa. Malah, dalam keadaan tubuh sedang berehat, kebas ini masih terasa.--> tang lumpuh tu aku dah rasa dah. aku hanya mampu terbaring. nak angkat punggung tak buleh. bila try bergerak memang amat sangat sakit tak terkata Allah je tahu.
Penggantian cakera
Mengenai rawatan, Azmi menjelaskan ia bergantung kepada jenis penyakit dan kerosakan yang berlaku sehingga menghimpit saraf tunjang dan ekor saraf.
“Sekiranya ia melibatkan kehadiran tumor, pembedahan perlu dilakukan bagi membuangnya. Sekiranya ia melibatkan cakera tulang belakang yang terkeluar, pembedahan bagi mengeluarkan bahagian cakera tersebut dan penggantian cakera boleh dilakukan,” katanya.
Tambahnya, ubat penahan sakit dan teknik Traction atau regangan tulang belakang turut dilakukan dalam sesetengah kes PID yang boleh mengurangkan tekanan terhadap akar saraf.---> ubat penahan sakit ntah berapa banyak yg masuk dalam badan aku ni. bukan setakat pil, 3kali aku admit kat pantai, jenis cecair tu yg disuntik masuk pada tangan aku dengan kuantiti 0.8 ml/jam. kalau tak salah aku satu tiub tu tahan 6jam. admit hari tu masuk 4botol. kire jelah berapa ml painkiller yg masuk dalam sistem badan aku. traction tu aku selalu buat bila time fisioterapi selain hotpack dan juga back exersice yg aku kena buat.
Lanjutan daripada pemeriksaan fizikal, pesakit perlu menjalani ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) di bahagian tulang belakang bagi meneliti secara terperinci struktur saraf tunjang, akar saraf dan anatomi tisu sekelilingnya dengan lebih jelas.
Selain daripada itu, ujian X-ray dan CT Scan juga boleh dilakukan bagi mengetahui keadaan tulang belakang yang secara semulajadi berfungsi melindungi saraf tunjang pesakit.--> MRI toksah cakaplah, tiap kali masuk tiap kali tulah aku wat. cuma 3rd time admitted tu aku refuse to do MRI. memang nampak bengang muka drLAT tu. yelah tak dapatlah duit kan?
aku akan cerita lebih lanjut dalam blog lagi satu tu. so kawan2 dah dapat tak ape sebenarnya PID?
iklan: JAGALAH KESIHATANMU. JAGALAH POSTUR MU. JANGAN PANDANG REMEH KERANA JIKA DAH KENA IA MENGGANGGU KUALITI HIDUPMU.
salam
ReplyDeleteberat mata membaca, berat lagi bahu memikul kan? aku harap dikau tabah menempuh ujian ini. Semoga Allah beri kesembuhan padamu berkat usaha murnimu sebagai pendidik generasi akan datang. Amin.
wslm irtiyah,
ReplyDeleteterima kasih atas doamu itu. amin :D
entry yg amat berguna utk saya. saya lebey faham kini cikgu..
ReplyDeletesaya sentiasa doakan kan kesejahteraan yg terbaik buat mu cikgu.
lagi info tentang tulang belakang kat sini - Masalah Cakera Tulang Belakang
ReplyDeletenuril~ boleh baca selanjutnya di link yg ditinggalkan oleh armouris tu.
ReplyDeletearmouris~ terima kasih!!!
Mgkn dah trlmbt nk komen tapi apa pn nk tanya gak adakah PID awk dh ok? Sbb sya pn PID gak dari L3/L4, L5/S1, T9/T10, C5/C6 so harap dpt kongsi skit ye sbb dh 11 thn mcm ni je tiada perubahan
ReplyDeleteklu nak kongsi ape yg saya buat utk exercise, saya cuma berani swimming je sbb Dr advise tu je yg selamat. yg lain2 mcm nk main badminton ke, cycling ke Dr tak galakkan takut berulang lagi.
Deleteoh lagi sekarang saya mmg jaga btl postur dan skrg saya sedang berusaha menurunkan berat badan. skrg dh trn 10kg :D
kalau agak2 rasa sakit kt belakang cepat2 saya buh hot pack sbb dah 3kali admitted ni mmg saya sgt berhati2 la.
rata2 saya jumpa org yg hidap PID ni, mmg tak sembuh cuma mengambil langkah berjaga2 spt tak angkat berat2 gtu.
Nak tanya gak awk dh brape taun sakit & Slipped bahagian yg mana? Treatment kat mana? Mslh skang kan sya dh buat mcm2 ltak hot pack, Steroid Injection, facet joint smua x berhasil...
ReplyDeleteDr plak..setiap kali jmpa appointmnt asyik srh mkn ubat je dan skang sya asyik bergantung ngan Tramadol, Celebrex dan Neurontin shj
saya pun pengidap slip disc, terpaksa tereima hakikat dan pasrah, sebelum ni saya seorang yang aktif dan lasak , sekarang saya hanya tinggal satu sukan jer yang saya boleh buat iaitu swimming (freestyle only bagus utk saya menguatkan otot)butterfly bahaya utk saya. Berjalan dan swimming amat bagus untuk pgidap sakit seperti ini kjerana dapat menguatkan otot, relak n lepak atau rehat adalah musuh untuk penyakit ini kerana jika anda semakin gemuk anda akan menambah risiko..
ReplyDeletejom kita kongsi cerita pasal slip disc ni di blog saya
Deletehttp://manentertainment.blogspot.com/2012/06/disc-prolapse-atau-cakera-tergelincir.html
Saya pun slipped disk L3,L4,L5,S1 sejak 2011 dan sekarang alhamdulillah 80% sihat selepas ambil Suntikan Radiofrequency dengan Dr.Nizar Abdul Jalil di HUSM Kubang Kerian,Kelantan.Untuk maklumat lanjut sila call 01939803389.
ReplyDelete