Ikut AiTotYati

16.11.09

BUTAKAH APEKAH? SABARLAH.....

entry ini berbaur mancis hangit!!!!

jam 11.00am sedang aku buat fisioterapi tetiba satu sms masuk. oh bila kulihat namanya, kupikir kayangan mahu bertanya khabar. lalu sms kubuka...

"salam. maklumkan guru melalui sms sekolah mesyuarat guru hari ini jam 2ptg. tk"


wah.....kali ini aku memang dah tak boleh nak tahan kadar kekecewaan aku. bendahara kayangan ni buta ke atau hati batu? sebab-sebab aku utk kecewa:

1. aku macam hamba kuli batak ape kejadah kat situ tapi bila masa aku sakit ada kayangan tanya khabar? ada? tak harap pun ziarah tapi tanyalah khabar!!!!

2. aku stil on mc yg diberikan oleh dr --> maksudnya aku haruslah berehat di rumah!!!! aku takkan dapat mc lama jika sakit PID aku ni tak kronik. faham?

3. ini kali ke2 aku admit di hospital(tahun ini... tahun lepas sekali) tapi ada kayangan kisah? mampos tak kisah!!! sekurang-kurangnya tanyalah khabar jika anda tak buleh nak menziarahi aku semasa sakit.

walaupun aku kecewa yg amat sangat tapi selaku org yg waras aku tepon dia utk beritahu agar dia buat sendiri. ape takkan buta IT sgt kot?

aku: salam ****
lemau: eh awak tolong buatkan sms tu.

aku: saya stil mc lah ****. kan saya mc hingga hbs cuti sekolah. apa kata **** buat sendiri macam hari tu? pergi ke website www.********** kalau ada masalah telefon saya.
lemau: haaa yelah saya try buat.

dahle aku yg telefon. tanya khabar aku pn tidak. macam takde hati perut aje!!! bayangkan masa sakit2 ni depa mcm tak kish je aku sakit ke ape ke. agaknye aku kena pakai kerusi roda baru consider sakit kot?

ada satu lagi tragedi berlaku masa minggu lepas. begini ceritanya:

rabu jam 10.58pm aku terima message 121 maklumkan aku ade voicemail(ala pesanan suaralah). talian digi pada hari itu mmg sedikit sengal. outgoing call dgn incoming call mmg ade problem. so aku telefon 121 dan dengar pesanan yang ditinggalkan:

"assalamualaikum *******yanti (wtf? nama aku pun salah sebut!!!!)
kalau sihatke ape ke call saya semula. urgent!!!"

itulah bunyi pesanan suara yg ditinggalkan. tu si lemau gila pangkat yg ke2. aku malas nak telefon semula org tu sbb masa tu aku dah tertidur. kiranya kehadiran voicemail tu mengejutkan aku dari tidur yg lena.

esoknya khamis pagi2 lagi jam 7.25am aku terima panggilan dari *****. aku angkat. dan macam diagak ia berkenaan dengan satu majlis yg akan berlangsung pd hari itu. mujur sipemanggil (bukan silemau gila pangkat2 tu yg tepon) ada berbudi bahasa. tanya khabar aku dan minta maaf kerana mengganggu. jadi sejuklah hati aku. dan aku pun dgn rela hati nak menolongnya. aku gagahkan diri membantunya dn dijadikan cerita jam 8.30am sipemanggil tiba di rumah dan brg itu mak aku yg tolong paskan.


kesimpulan
ORANG YG SEDANG SAKIT HATINYA MEMANG SENSITIF. JADI BERBUDI BAHASALAH!

3 comments:

  1. dasyat juak si lemau tu eh.. huhu susah jugak kan ada org tak memahami camtue.. sabar jew eh..tak payah layan lemau.. dia dah lemau mmg camtu..

    wargh.. i plak emosi...eheh.. jga kesihatan elok2 jgn fikir pasal beliau tu buat tambah sakit jew taw.. ok take care!!

    ReplyDelete
  2. eyena~ tulah.... biskut lemau tak sedap....kan janet kan? eh tetiba janet lak... :P
    tq ya!

    ReplyDelete
  3. lemau sungguh yat, sy yang kat kem pun dia usha soh anta sms psl meeting tu... giler gabang pe, mne sy nk OL time ceramah tu... maaf la ye trpaksa foward kat awak sms tu, sy dh susa kn awak je...

    ReplyDelete