Ikut AiTotYati

18.11.09

COVER LAH SIKIT

jam 11pagi. aku capai telefon utk batalkan satu appointment spy orang di sana dapat buatkan yg baru.

tut tut.. tut tut... (ini bunyi line telefon hujung sana)

sana: hello unit fisioterapi **************
aku: hello, boleh saya bercakap dengan Pn ******* (ok nama dirahsiakan demi keselamatan)

sana: oh sebentar ye
aku: ok

ketika inilah aku dengar orang di sana tanya pada kawan2 di sana bertanya mana perginya orang itu. dan tiba-tiba ada seorang melaung "** takde, dia keluar MINUM LAGI"

sana: hello, dia takdelah. dia KELUAR.
aku: KELUAR ? (ceh konon2 buat macam tak dengarlah kan perbualan mereka tu?) keluar ke mana ye? tengok site ke?

sana: tak pastilah. tapi dah lama jugaklah.
aku: oh ye ke. takpelah, AGAK-AGAK PUKUL BERAPA DIA BALIK MINUM YE? (hahahah sengaja aku stress kan word minum tu)

sana: aaa? ( ok mcm terkedu sikit kot). tak pastilah. lagi 5 minit kot.
aku: takpelah ye. terima kasih ye.

hahahahaha. sudah pukul 11pagi tapi masih minum lagikah?
oh, mari berfikiran positif bahawa pagi-pagi tadi orang itu belum sempat minum lagi.

bilalah perkhidmatan kerajaan ni nak dipertingkatkan?
(uiks, jangan terasa jika kamu tak buat ye)



4 comments:

  1. biasa la tu.. tp biasa yang keje2 camtu je.. kalo cikgu..mau kena pelangkong..

    ReplyDelete
  2. kekekekekkk tulah sape suh jadi cikgu? hahahaha

    ReplyDelete
  3. Kalau taknak jadik cikgu.. jadik suri rumah... (ayat GPK1 aku)

    ReplyDelete
  4. perghhh dasat tul ayat gpk1 ko. go lieya go!! nanti dah kwen ko stay sabak or pindah?

    ReplyDelete