Ikut AiTotYati

18.9.10

TEMASIK BARU YANG SENTOSA

sebelum cerita ini semakin tenggelam dan dilupakan, marilah kita sama2 recap percutian aku bersama en jek dan cik adik bongsu aku.

kami ke temasik baru!!!! ala pergi ke Pulau yang aman sentosa tu. Pulau Sentosa la.. ala yg ade dlm iklan tu yang guna lagu 'mencece mencece mencece.... '  Pulau Sentosa Singapura. hehehehe pergi masa bulan Jun 2010. to be exact pada 28 Jun 2010 hari Isnin.

sudahlah Ai oiiiiii, sudah jangan mencece lagi. kau dahlah nak hapdet blog susah bukan main, ni dah ade mood ko mencece benda lain pulak. ok here we go!!

6.50 pagi kami dah terpacul kat summit batu pahat. summit adelah tempat berkumpul. pagi itu hujan turun dengan sangat lebat. kami bertolak dari melaka jam 4pagi. ye 4 pagi kwn2. sampe kt masjid batu pahat terus solat dan tukar pakaian. hehehehe. sesambil tunggu bas sampai kami makan le nugget yg Ai goreng masa celik2 mata jam 3pagi tu.


masa ni dah kat tambak johor dah.
sume tengah beratur tunggu giliran kenderaan.


sesambil tu tengokle signal ape yg ade kt tambak johor tu. wohooo ade SingTel, SGP M1-3GSM & Starhub. line tepon singapore mmg sume kena start dengan huruf S ke? kalau 3S? saya sayang singapore. tak tak Ai cintakan tanah Malaysia ok!!!




sampai je kat Pulau sentosa tu terus je nak serbu universal studio. tapi tiket dah sold out. alahai melepas. takpelah. banyak gak destinasi lain yang boleh dilawati. hubby pun gi ke information kaunter. dan di situ kami beli pakej tour. kebetulan ade promosi makanya dapatlah tiket masuk ke 4 buah tempat dengan harga 36.90 dollar singapore seorang. antara tempat yang dilawati ialah Images of Singapore (muzium singapore ni), Merlion (ala tugu ghupe singa tu), Segway Fun ride (mmg very fun) dan 4D magix (movie). jom ikuti catatan perjalanan kami di Singapore.


dengan hubby depan universal studio.
smileeeee!!!


walaupun nak pergi banyak destinasi tapi pengangkutan mmg takde masalah. kami naik LRT ni.
very conveniance. kalau anda ade sakit tulang belakang macam ai tak perlu risau utk berjalan jauh.


tempat pertama yg kami lawati ialah Merlion tower. yg kamu nampak zink tinggi tu sbb tempat ni tgh dalam renovation. rugi rugi. try gak intai2 sebalik zink u tapi tak nampak le. Ai kan ketot. kehkeh. kat sini, lps dah menjangok dengan tower ni kami masuk ke dalam tower. naik ke tingkat 10. sblm naik tu ade sedikit tayangan tentang bagaimana merlion ni wujud.
merlion = mermaid + lion. sbb tu kamu nampak merlion ni kepala singa badan ikan duyung. maknanya ialah prosperity gtu.

 bila dah naik ke tingkat 10 tu pemandangan mmg subhanallah. superb!!! tingkat 10 tu kami keluar kat beranda yg ade gigi taring 2 tu. syiokkk.. dan masa dah turun tu kami masukkanlah token yg dapat masa mula2 masuk tadi. oooh adek ai n hubby dapat kipas. ai pula dapat mousepad. ala gambo kipas n mouse pad takde lak. sume pun nak tayang. kehkeh


ni salah satu waterfall buatan yg ade.
sejuk je mata memandang.



yang ni pula ialah sebelum masuk nk tengok tayangan psl merlion tu. 
kami jakun kagum jap sbb ade brg2 tertentu yg glow in the dark. ekekeke termasuklah baju Ai ok. :P



budak dah lenguh pinggang mmg mcm ni le. tgk ade zink lagi. sedang ubahsuai!!!



yang ini pula dalam images of singapore. kira  muzium merekalah. 
ape yg pasti. semua tempat nk masuk mesti ade tayangan. paling tak boleh blah masa muzium keeper tu kata ade 3 bangsa di singapore iaitu cina, india & indonesia. eh ai dah pelik dah. bukankah melayu singapore tu kebanyakannya dari malaysia. mmg takde mention langsung tentang singapore keluar dari malaysia. dan muzium ini menceritakan tentang asal usul singapore. kalau org yg tak tahu sejarah mmg akan telan bulat2lah fakta ni. pada pendapat Ai, muzium sinagpore ni jauhhhhhhhhhhhhh lebih moden drpd mana2 muzium yg ade di malaysia. orang2 yg keje di muzium sila tak note ok.


nampak tak foto tu? 
di tengah2 tu ade wanita. tapi itu adalah imej dari lcd. kire mcm hologram. 
iye aku kagum. dan mereka bukan sekadar gunakan skrin putih tapi foto2 org yg kamu nampak di atas tu semuanya akan bercakap. dan layar kapal tu menjadi skrin. mmg menarik dan tak bosan.


keluar dari tayangan tu. Ai ingatkan dah habis. ghupanya perjalanan baru nk bermula. 
serius muzium ni mmg panjang gile. dari awal penubuhan, dan semua2lah. kan bagus kalau malaysia pun ade mcm ni. sbb tu ai kata jika anda tidak tahu singapore adalah negara yg keluar dari malaysia anda akan telan bulat2 fakta bhw singapore tu muncul dgn sendirinya.



ini kumpulan teater mereka.
chomels ok.



dalam muzium.



 
hehehheh ai takde keje. cium sikit.. kehkeh




cermin antik


tak dapat naik real kabel car, naik le yg mock punyer....



ini kami berjalan nk ke segway fun ride



inilah pemandangan yg kami lihat. 
di sana juga mereka tidak menebang pokok2 yg berusia. 
sbb di tgh2 muzium tu tetiba ade pokok. hmmmm




belakang merlion tower


safety first



cik adik try dulu




turn ai pula.
mmg best naik segway funride ni.
very lah aman noksss




 
last sekali foto sinilah



dan menjelang dinihari kami pun pulang ke malaysia



oh lupa lak. kami tengok wayang pirates masa kt 4D magix. ia dipanggil 4D kerana kalau ade air terpecik maka penonton pun akan rasa percikan air. kalau melayang maka seat pun akan huru-hara. tapi best!!!!

dan di sana kami tak makan tengahari pun. halal food mmg takde!!! mujur masa pagi tu kami dah mkn nasi lemak n kami ade bawa air mineral botol besar. tapi sbb perut dh lapar kami bli gak roti. itupun yg ade tanda halal lagi ye. sbb ejen yg kami ikut ni bagi kupon makan 10 dollar singapore tapi kt dalam kasino. hampeh tak? Allah masih nak pelihara kami. mmg masa nk masuk tu guard tahan. mujur mujur. ai pulak mmg takmo nk masuk. bak kata guard tu, sbb tu muslim singapore keje kt luar je. takde yg keje di dalam. hmmmmmm

solat pula kami buat solat jamak ta'hir. kt situ takde surau langsung. lainkali bawa kompas n sejadah siap2. huhuuuu.  dan utk bersuci, Ai mmg dah siap2 bw botol air mineral yg kecik tu. tandas mereka langsung takde pili air. kalau kamu pernah ke tropicana city kat damnsara kalau tak silap, mcm tu le tandasnye. geli tau mcm manalah mereka beristinjak. pake tisu je? ai tak sanggup. kamu sanggup?


kesian, eh sekian (^_^)

4 comments:

  1. Salam

    Gambar 'hehehheh ai takde keje.' nakal ehhhh...

    ReplyDelete
  2. wslm,

    hahahah sekali sekala.

    ngeee (^_^)

    ReplyDelete
  3. kekeke.. pandai cover muka nampak..kekeke

    ReplyDelete
  4. lieya, haruslah cover sbb ade stalker. huhuhuh

    ReplyDelete