Ikut AiTotYati

30.9.10

CERITA LUCU: RAYA PART 2

sepi sangat blog Ai ni. meh nak kongsi cerita gelak guling-guling.

hari isnin 13september 2010 dah kena balik ke melaka sbb selasa dah kena sekolah. oleh kerana dah terlalu sarat dengan segala jenis rendang, masak manis, ketupat, nasi impit, laksa dan segala macam jenis makanan rakyat malaysia ni maka kami decide nakbeli makanan sambil pandu lalu je.

dipendekkan cerita kami pun lalu le kat satu pandu lalu. beli dan kemudian parking di satu R&R. oleh kerana beli double cheese burger maka kebiasaannya Ai akan tanggalkan gigi palsu utk makan supaya tidak melekat di langit lelangit. oh Ai mmg pakai gigi palsu hanya utk sebatang gigi sahaja sbb bridge gigi tu dah patah. macam tu le yg dr kata.

 errr gigi Ai takdelah comel sangat macam yang encik G tunjuk ni. hehhehe



jadi Ai pun tanggalkan dan balut dengan kertas tisu. buh atas dashboard dalam kereta.
lepas siap mentedarah makan Ai pun kuar kereta sambil bawa segala jenis sampah dan terus basuh tangan.

sambil basuh tangan memang suka nak usha muka sendiri sambil kasi clear mulut.

sengih opsss tengok gigi takde. tapi terus je ke kereta.


en Jekjek nak start enjin kereta. tetiba barulah Ai perasan.


gelabah

gelabah

membayangkan esok pergi sekolah tanpa gigi sambil pelajar ketawa sengih sengih





hayokkkkk mana gigi Ai?


cepat2 keluar dari kereta menuju ke tempat hujau.





gelabah selongkar tong sampah. mujur kat belah atas je



andai kata makcik cleaner dah kumpulkan sampah tu camne?


kesian, eh sekian (^_^)

2 comments: