Ikut AiTotYati

12.8.09

DEMAM & KEPANASAN


kita mulakan dengan gambar di atas. kami telah menjamu selera di sushi king pada ahad petang. sesaja hubby nak belanja memandang kedua-dua kami tak larat nak masak (tapi larat nak jalan ok..hahahah). ada satu onagi yang aku sangat suka. dah amik dan makan 2 pinggan then baru perasan onagi itu ialah eel, yang disalut dengan roti dan digoreng. bila aku baca eel tu tak semena-mena aku kegelian. bukan bermaksud ape2 cuma aku dok bayangkan belut-belut bergelimpangn dalam bekas. tak kisahlah janji sedap. terima kasih kepada hubby sebab belanja sushi. selalu hubby take away je hari tu feel lebih sikit jadi kami makan kat situ depan conveyer belt yang membawa onagi-onagi yang sedap. nyum nyum



isnin 10 ogos 2009
aku bangun pagi dengan keadaan badan yang tak berapa nak sihat. tekak rasa perit yang amat-amat dan kepala pening. rasa nak MC tapi aku katakan pada diri sendiri aku harus kuat. hubby dahle memang demam dan batuk. takkan aku nak melemahkan diri sendiri kot. hubby janji nak hantar aku ke sekolah tapi nampaknya aku harus drive sendiri sebab hubby bangun time aku dah nak bertolak ke sekolah.

di sekolah aku tak daya nak naik ke makmal sains. aku arahkan pelajar ke makmal siber je. di makmal siber aku onkan semua aircond. tapi kadang-kadang aku rasa panas yang amat. kadang-kadang seram sejuk. aku minum sebanyak-banyak air putih sampai habis air yang aku bawa dari rumah. dan aku asyik ulang-alik ke tandas.

masa aku di sekolah, hubby tepon bagitau yang doktor di poliklinik ayer keroh tu minta proof suhu badan. sebab suhu hubby tinggi bila malam dan 2 mlm berturut-turut keluar darah dari hidungnya (orang jawa kata mimisen). selalu keluar darah dari hidung sebab panas badan. jadi hubby decided beli termometer. dan aku pesan beli yang digital punye. senang sikit nak baca. owh kenapa hubby harus beli termometer? sila baca di sini.
so itulah termometer yang hubby beli di guardian dengan harga rm13.00. lebih baik beli termometer daripada membelanjakan rm10 utk telekom sebulan ataupun rm12 utk pakej mustika sebulan!!!

bila aku sampai di rumah petang itu jam 3.40 pm, aku segera mengambil bacaan suhu badan aku. aku letakkan termometer di bawah lidah. dan bacaan di termometer menunjukkan 38.0 darjah celcius!!! aku surf internet cari bacaan badan yang normal.

merujuk kepada wikipedia, bacaan normal suhu badan ialah di antara 36.8 - 37.5 darjah celcius. jadi aku buat kesimpulan aku demam (ceh kesimpulan sendiri plak). so aku segera mandi untuk menyejukkan badan dan amik paracetamol. aku tido.

bangun tido jam 6.30pm aku ambil dinner(yg hubby sediakan). jam 7.30pm aku ambil lagi bacaan turun kepada 36.8 darjah celcius. should be oklah. tapi jam 10.30 malam aku ambil lagi bacaan 37.1 darjah celcius. semua bacaan masih dalam julat normal suhu badan. tapi aku tak dapat tidur malam tu. seram sejuk. hidung berair, tekak perit dan batuk kung kang kung kang. aku dok lawan batuk dengan hubby sayang. hubby batuk. aku batuk. macam ayam kokok lawan itik (itik ape ek? kuek kot?)

selasa 11ogos2009
hubby kejutkan aku dari tidur dan ambil bacaan suhu. amek kau 38.6 darjah celcius. suhu normal sepatutnya 37.5. dan terlebih 1.1 darjah celcius. aku gagahkan diri bangun solat subuh. hubby amik ais dan letak kat kepala macam masa aku wat time dia demam. aku minta tlg hubby telefon sekolah utk bagitau aku demam. hubby bagi aku bubur dan panadol soluble. aku makan dan minum dan sambung tidur lagi.

jam 10 pagi hubby kejutkan aku dan ambil bacaan suhu (wah mentang-mentang ada digital termometer asyik amik suhu je ek?). demam tak surut cuma turun 0.1 je menjadi 38.5 darjah celcius. aku bangun mandi (orang kata if demam jangan mandi- anggapan itu salah sebab mandi adalah satu proses membebaskan haba). dengan kepala yang mamai-mamai aku sarungkan sweater dan tudung. owh tak lupa seluar trek (hampir nak keluar dengan seluar pendek- bayangkan bertudung, bersweater tapi seluar pendek nyonya cina-hahahahaha). sampai di klinik bukit beruang tak ramai orang hanya ada 2 org pesakit sedang menunggu turn dipanggil dr.

tapi dalam tak ramai orang tu, tetiba ada satu emergency case. pelajar MMU terlanggar cermin bilik air sewaktu mandi dan cermin pecah berderai. budak cina tu datang klinik dengan keadaan berdarah-darah dihantar oleh penyelia asrama MMU. lagilah kepala aku pening nak muntah tengok darah. hubby yang kenal dengan penyelia pelajar tu pun bersembang. owh hostel mmu tutup setahun so pelajr-pelajar ditempatkan di water city resort. tapi pelajar2 tu akan dipindahkan keluar dalam masa terdekat. habis cerita pasal mmu.

aku masuk jumpa dr. dr tanya bila aku stat demam. dr cek tekak n segala. dr kata mmg merah menyala tekak tapi lungs sume ok. dr suh aku kuarantin diri sendiri. dr tanya aku dapat dari sekolah ke demam ni? aku cakaple hubby aku pn demam. then dia buat lawak,

"aisey, how are u going to kuarantin urself? ur husband also infected?"

"boleh je, i ddk kat living hall dia ddk kat kitchen la," hahahah aku melawak balik dengan dr.

dr pesan datang semula klinik if demam tak kebah dalam masa 2 hari. owh apakah H1N1? tidak minta dijauhkan. so dengan senang hati dr bg aku mc 2 hari (11-12 ogos 2009) beserta bekalan ubat-ubatan seperti ubat batuk, ubat sakit tekak, ubat selsema dan ubat demam.


dari klinik hubby hantar aku balik jam 10.30 am kerana hubby nak ke jayajusco bli groceries. (owh nape hubby tak pergi sekolah? sekolah hubby tutup krn kena kuarantin dr 10-16 ogos 2009 kerana H1N1).

sebelum hubby ke jj, hubby bg aku mkn ubat. tinggalkan aku dengan tv terpasang. aku terus lalok dan terlena di couch.(owh aku bukan couch potato ok)

aku terjaga jam 2.30 petang. wah ade bau harum dalam rumah. rupanya hubby masakkan sup ayam, bubur dan gorengkan bilis buat isteri tersayang nih. aku makan tak hengatlah. tak toleh kiri kanan( watpe tengok kiri kanan makanan depan mata beb!! ) lapar macam masuk marathon. sebab masa aku bangun tidur berpeluh sakan!!! habis lencun. maka aku taulah badan aku sedang healing.

lepas makan, aku telan ubat dan lagi sekali aku gone lagi di tempat yang sama. jam 6.30pm baru aku terjaga. hubby tanya aku nk makan ke tak? (haruslah kami bulat mcm tu). aku ckp nk solat dulu. dan hubby teruskan dengan kerja memindahkan kaktus yg dibeli dari cameron 2 bulan lepas.

kul 7-8pm ada ulangan leverage. tengah syok menonton tetiba jam 7.45 pm blek out. alemak aiiii. tgh syok layan tv blek out lak.

mcm biasa bila blek out maka pelajar2 utem yg duduk kt asrama utem sebelah taman kami tu pun terjerit-jerit macam org hilang akal. antara dialog yang dapat aku dengar,

"woiiii bodoh aku tengah beraklah!!!"

"boikot utem"

"haram jadah bodoh nak mampus"

"tolong tolong aku tak nampak!!!"

dan banyak lagi dialog yang tidak mencerminkan langsung sahsiah pelajar-pelajar utem. mereka menjerit mcm orang hilang akal. dan tak lama lepas tu aku dengar bunyi mercun meletup2. sumpah mcm ada demonstrasi jalanan. dan aku dengar suara setiausaha, AJK taman aku sedang marah kepada mereka. yg paling kuat suara acik ****, cikgu ****** dan en *****.

"diamlah. bawa-bawa bersabar!"

"main mercun tu buat ape. nak bunuh orang ke?"

dan macam - macam lagi dialog.

lepas 30minit barulah keadaan reda. tu pun lepas semua student Utem tu keluar dari asrama mereka. jam 9.30mlm polis peronda datang meronda. owh kawasan kami mmg polis selalu ronda. sewaktu kereta peronda tu berlegar-legar, aku dengar suara ini dari asrama UTeM,

"abang polis, tolonggggggggggggggg"

"polis, tolong saya tolonggggg"

aku tahu itu suara pelajar-pelajar lelaki Utem yang sengaja wat gedik-gedik. haiyo mcm dah takde keje lain je.

hubby telefon TNB utk laporkan kerosakan. sbb dah lebih 2 jam bekalan elektrik tak pulih maka hubby telefon lagi sekali. TNB kata ada 13 pencawang yang rosak. so amik masa sikit. owh banyak betul yg rosak. huhuhu. nasiblah. aku yg mabuk ubat terus je terlelap. time nak terlelap tu aku dengar bunyi handset yang dah low bateri dan terus je out sama mcm tuannya. dah tak kira panas ke sejuk ke nyamuk banyak ke tak. tau2 terjaga jam 1.30am elektrik dah ade. aku terus sambung tidur sampai pagi.


rabu 120gos2009



so pagi tadi aku breakfast dengan bubur plus susu pekat. pelik? takdelah. itu memang menu sakit aku. aku hanya suka nak mkn dgn susu pekat. memang dulu masa mula2 kwen hubby pun pelik nape aku mkn dgn susu. senang je jwpn aku,

"mak dah didik dengan susu, nak wat camno"

so now hubby pun dah pandai mkn dengan susu pekat. sedap!!!! makan bubur nasi dengan kicap or ayam tu sume aku belajar dari pasar malam.

itulah biskut yang aku dok mengidam dari lastweek. bila dah demam ni barulah hubby jumpa itupun kat petronas. kat jj, mydin takde. huhuhuhu padahal dulu banyak je. fuh rasa lega dapat mkn biskut mazola nih.

dan pagi ini aku gigih menaip melawan lalok disebabkan ubat batuk. mengantuk tapi nak menaip. kan sengal namanya tuh.


owh tiga gambar di atas adalah gambar anak buah aku. januari tahun depan akan berusia 3 tahun. sangat suka tengok kartun dan sgt senang menjaganya. tak suka kacau orang. asyik ajak aku dan hubby main golf set dgn die je. bila dia dah hit bola golf dan melencong ke mana2, sebuk suh kami carik ball dalam pelat dia,

"chek ball, chek ball" (baca dengan nada budak kecik pelat)
maksudnya cari bola, cari bola.

ok cukup menaip. aku nk tido. kepala dah berat penangan segala jenis ubat-ubatan tuh.

6 comments:

  1. wah wah wah, dah jadi orang melaka dah ek.

    hoepfully by now dah sihat2 belaka.

    anyway- omurice (fried garlic rice + disalut telor mcm pattaya top with unagi super yummy) hang should try nanti.

    kisses,
    geng lama
    yan
    xkmk/usm

    ReplyDelete
  2. salam yan,
    wah lama benar kita tidak ketemu. bila balik melak rogerlah aku. boleh jemput datang umah kamek.

    ReplyDelete
  3. uish demam gak ke..hmm xpe2..saling menjaga diri msg2..huhu..get well soon..

    ReplyDelete
  4. errr yat, ko tak buat yg darling akk suruh tu kan?? hehe... maaf la ye atas gurau senda darling akk yg trlampau tu...

    ade ke tulis mcm tu kat org dlm ksusahan... tk patut btl,

    tp akk dh cubit perut dia bg pihak ko yat... geram aku!!!!

    ReplyDelete
  5. akak,
    owh tidak mengapa. tp cdgn tu menarik juga. cuma sbb dua-dua demam je tak buat. klu tak mesti kami dah keluar rumah mlm tu.jalan-jalan cari angin. hehehe

    tima kasih atas cubitan sayang akak tu. hehehe

    ReplyDelete