Ikut AiTotYati

24.10.09

BUNGA BUNGA MATAHARI

gambar 1



gambar 2



gambar 3


gambar 4


gambar 5


Terbitnya sinar mentari
Saban hari
Mengejut mimpi
Dari lena
Riang kenari
Di cemara
Mengusik sukma

Bunga-bunga matahari

Anggun mekar
Di taman sari
Warna jingga
Suntingan hati
Bagai tanda
Kasih bersemi

Hangatnya sinaran

Walau getir ku tempuh dugaan
Menyahut wawasan
Ku pohonkan segunung harapan

Bangkitkan citramu insan
Dalam diam menyambung warisan

Sekilas sinar mentari

Melewati di senja menanti



tuan-tuan & puan-puan hendaklah jgn jeles meliht bunga matahari itu. hehehehehehehe. hubby yang tanam sebab dia kata nak gantikan pokok bunga yang dia 'teracun' dulu. dulu tu tak ingat bila. tak payah nak pergi jepun nun tu nak tengok bunga matahari. kata suami saya. sepatutnya ada 5 kuntum yang mekar tapi bunga yang kiri sekali tu dah kuncup gitu. maka takdelah ditangkap gambarnya.

ok mari saya describekan gambar-gambar itu mengikut urutannya.

gambar 1 : itu pokok bunga matahari yang ketiga. hubby tanam 8 pokok semuanya. hubby tanam dari biji benih yang beli kat mydin tempohari. ala yg dah dikeringkan tu. itu adalah gambar bunga matahari yang masih belum kembang lagi.

gambar 2: bunga matahari itu terletak di pagar. saje nak tayang rumput orang sebelah. hahaha

gambar 3 & gambar 4: itu adalah upclose bunga matahari itu. 2kuntum dari pokok yang berbeza. yang dikelilingi oleh kelopak bunga matahari itu ialah koci namanya. sooo yang korang dok makan buah kuaci tu kan dari bunga matahari(ye ke?). oleh kerana saya tidak ada kamera yng canggih manggih maka tak nampaklah semut-semut yang merayap pada bunga itu (maklum je la eden guna handset je sony ericson s500i yg dibeli pd dec 07- skrg hset itu sudah rm599 je... cessssssssss)

gambar 5: tadaaaaaaaaaaaaaaa... itu semua adalah barisan pokok2 bunga matahari. semua ada 8 pokoks (hahahaha plural weh) tapi yg diambil gambar hanya 6 aje. kereta, motorsikal, pokok bunga, pagar, paip yg kamu nampak itu ialah jiran rumah sebelah saya. jiran sebelah saya masih single mingle bujang (eh terpromosi plak :P). rumah beliau ade rumput yang hijau, rumput yang hijau oh rumput yang hijau. rumah kami takde rumput yang hijau tu sebab kami letak batu (konon2 tak mau rumput tumbuh tapi rumput oh rumput kenapa kamu tumbuh?)


kenapa saya suka bunga matahari?
saya suka sebab warnanya ceria!!!!!! hati riang gembira melihatnya. serius best gile. masa pagi nak pergi ke sekolah bunga2 tu kuncup lagi. bila balik dari sekolah jam 5.00 petang gitu (ape? cikgu balik jam 5pm?) bunga-bunga tu dah kembang menawan. terasa seperti disambut dengan riang!!! sebenarnya saya suka nak berkebun tetapi sebab sakit PID maka dr tak galakkan saya lakukan kerja-kerja berat yang mungkin buleh mengancam pergerakan saya pada masa akan datang.

jadi... apa bunga kegemaran kamu? ehhhhh... jadi tag pulak. tak kira nak tag juga.hhahaha saya nak minta insa-insan di bawah jawab tag ini:

1. irtiyah
2. nuril
3. akubudaksabak
4. cik panda (emi.... kamu le)
5. cik hantu milo (yerrr nathirah kamu le)
6. pn luna (sue jangan buat-buat tak ingat pula yer)
7. pn akuza (haaaa kawan depan meja jangan buat-buat tak baca yer.... hihihihih)
8. dan sesiapa yang baca entri ini seterusnya rasa rajin nak jawab tag dipersilakan

kamu cuma perlu link kan blog saya, masukkan gambar bunga kegemaran kamu dan ceritakan sebab-sebab kamu menyukai bunga tersebut. mudah bukan? hehehehehehe

sekian, terima kasih.

yang menjalankan tugas,
SAYA YANG SUKA BUNGA MATAHARI


9 comments:

  1. salam

    amboi... mentang2 ada bunya yang chantekkkk dia buat tag pulak ye? hehe

    insyaAllah akan diusahakan. hehe

    ReplyDelete
  2. hehe mcm best jer nak buar citer jugak laa.. tapi takde gambar bunga kegemaran sebab susah nak cari.. bunga yang tumbuh atas gunung and warna warni.. ada ka? heee

    ReplyDelete
  3. salam,
    iritiyah~ hehehe matacehhhhhhh! :D

    lutfi_7~ maka anda pun kena tag!!!

    eyena ~ buat jangan tak buat. hehehe :D

    ReplyDelete
  4. hehe.. aku mcm tk mace je entry ni, entah... tataw!!

    ReplyDelete
  5. aku bukan minah bunga lorr..

    ReplyDelete
  6. kaktie!!!

    shanteknyeeeeee..
    mau3!!~
    alorhh..

    cute la munge2 tue..
    sayer nak satu.
    nanti pos eh :D

    okeyyy2!

    akan jawab tag nanti.

    ReplyDelete
  7. nathirah~ terima kasey!!! (gaya alleycats) hehehe

    ReplyDelete
  8. weh..mengikut GPK aku yang amat bagus tu.. cikgu kene keje 8 jam.. tp sebab ko balik kol 5.. tu kira ko wat ot la..ot tak berbayar..hhihihih.. bunga taik ayam ada tak..? muahahha

    ReplyDelete