*entry ini agak panjang*
selasa minggu lepas Ai ke tempat menuntut ilmu dan kemudian ke selayang. dari selayang nak masuk semula ke highway PLUS ambil masa 2 jam. iye 2 jam. so bila dah dapat meloloskan diri berhenti sekejap di hentian serdang terus pergi restroom. balik ke kereta kelihatan Jek sedang menjawab telefon Ai. kemudian Jek pass telefon kepada Ai semula sambil tanya, "ayang join promosi ape?"
Ai yang kebingungan sambut tepon dan say hello.
mari ikuti perbualan tersebut,
Ai: hello
Ira: assalamualaikum puan Nur. saya nak maklumkan yang Puan merupakan pelanggan bertuah bonuslink yang terpilih untuk mengikuti kempen kami.
(Ai kalau dengar perktaan terpilih-bertuah ni memang dah tak percaya dah. mulut nak je cakap taknak tapi takpe kite dengarkan dulu).
Ai: boleh saya tahu Ira ni dari mana?
Ira: saya dari syarikut insurans dot dot dot bekerjasama dengan bonuslink bla bla bla
(masa ni Ai dah rasa macam pembelit je. mula2 kata dari bonuslink lepas tu kata dari syarikat insurans pula).
Ai: tadi kata dari bonuslink lepas tu bagitahu dari syarikat dot dot dot
Ira: errrr tak puan. bonuslink bekerjasama dengan syarikat kami memilih pelanggan yang bertuah untuk diberikan perlindungan insurans.
(haaa kan Ai dah kata dah. dasar putar alam).
Ira: sebelum tu nak tanya, Puan Nur ni bekerja ke?
Ai: saya tak kerja (betul pe, Ai cuti belajar)
Ira: ooo takpelah kalau begitu biar saya terangkan tentang premium insurans kami. dengan serendah bla bla bla bla kalau puan accident Puan boleh claim hingga 1 juta. kalau dalam satu hari Puan accident 2 kali pun Puan boleh claim juga. jadi Puan boleh claim hingga 2 juta.
(masa ni Ai rasa sangat merapu je. malas dah nak layan sebenarnya. bukan ape, Ai sendiri dah ade medical card sebulan rm 250 so far cukup dan sesuailah dengan pendapatan Ai ni).
Ai: macam nilah Ira, saya sebenarnya dah ada medical card. rasanya tak perlu nak ambil premium yang lain. saya tak mampu nak bayar 2-3 premium sekaligus. dulu pun saya ada 2 premium tapi lepas tu saya stop.
Ira: Puan rugi tak ambil, premium ni rendah je serendah rm 42 sebulan bla bla bla bla
Ai: tadi mula2 kata nak diberikan perlindungan insurans, ni saya pulak kena bayar. awak ni cakap berbelit2. takpelah Ira, saya tak berminat.
Ira: (masih tak putus asa) Puan tak akan jumpa premium serendah ini dengan syarikat insurans lain bla bla bla
Ai: kalau rendah, Ira jelah tolong bayarkan untuk saya. saya ni tak kerja (sambil bergurau)
Ira: Puan, kita cuma nak tolong. premium ni rendah bla bla bla bla
Ai: tulah saya pun nak tolong cik Ira, tak perlu promote pada saya. tolonglah saya ni baru je lepas berada dalam jem selama 2 jam. saya perlukan ruang untuk relaks.
Ira: terus letak gagang.
amboi bagus betul budi bahasa kau kan?
mula2 merayu pujuk bukan main. lepas tu hang up macam tu je?
Ai faham itu mmg pekerjaan mereka tapi sangat pelik celah mana yang depa boleh dapat nombor telefon Ai ni? berhati-hatilah