Ikut AiTotYati

Showing posts with label resepi no bake cheese cake. Show all posts
Showing posts with label resepi no bake cheese cake. Show all posts

24.7.13

RESEPI CHEESEKUT NO BAKE CHEESE CAKE- gambar dah jadi cheesekut

pagi semalam Ai ada buat entry resepi cheesekut. Ai buat masa isnin malam selasa. resepi cheesekut di sini.
jadi petang semalam masa buka puasa Ai dah potong-potong untuk difaraidkan kepada jiran jiran dan Ai,

taraaaaaaaaaaaaaaaa


cheesekut yang belah kiri tu ialah 1/4 bahagian daripada loyang yang semalam. yang kiri tu nak bagi pada jiran sbb tu wrap dgn plastic. yang kanan tu Ai dah potong kecik2.

close up cheesekut. yummeh!!!

harap readers dapat cuba resepi cheesekut atau no bake cheese cake ni.
Ai rasa lagi senang buat cheesekut berbanding kek batik (alal yg guna biskut meri tu).
selamat mencuba.
rasa cheesekut sekali pasti nak lagi. hihihihi

23.7.13

RESEPI CHEESEKUT NO BAKE CHEESE CAKE

salam readers

cheesekut atau no bake cheese cake adalah resepi yang tengah in skrg ni. 
jadi malam tadi Ai try buat. meh Ai share resipi. senang banget




yeah inilah bahan-bahannya

Bahan-bahan:
1 peket biskut deluxe creamcrackers
½ tin susu pekat manis- (Ai letak 1/3 sahaja)
250g  creamcheese (Ai guna Philadelphia, ni satu blok tu)
sedikit susu full cream
sedikit Nestum


Cara-cara:

1. Pukul creamcheese hingga kembang.
2. Masukkan 1/3 tin susu pekat. Putar sekejap. Then masukkan sedikit susu segar (pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau cair). Ketepikan.
3. ambil biskut dan celup dalam susu full cream 
(celup untuk bagi air susu serap dalam biskut tapi jangan lembik sangat ye). Then susun dalam loyang. 
4. Bila dah jadi selapis, ratakan creamcheese di atasnya tadi then tabur nestum.
5. Ulang langkah 3 & 4 hingga penuh loyang.
6. tutup dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
7. potong dan sedia untuk dihidang. (nak senang potong guna pisau plastik, ala pisau kek tu).


nah gambar-gambar.


yaaa ini sudah siap pukul cream cheese dan masukkan susu full cream dengan susu pekat
yaaa mari susun dalam loyang begini. saje guna aluminium foil senang nak kuarkan nanti. kalau lihat kiri dan kanan tu memang Ai lebihkan aluminium foil tu.


haaa layer by layer. masa ni dah lapisan ketiga tak silap. lepas dah buah creamcheese buh nestum



tadaaa ni dah siap. so cover sume dengan creamcheese

lepas tu Ai tutup le dengan aluminium foil tu dan buh dalam peti sejuk

ok petang ni kalau dah jadi Ai potong. 
sok Ai update gambar ye

*nota; setiap layer menggunakan 16 keping biskut. tadi Ai dapat 5 lapisan. hanya ada extra 4 keping je daripada 1 bungkus biskut tu.