salam readers.
cheesekut atau no bake cheese cake adalah resepi yang tengah in skrg ni.
jadi malam tadi Ai try buat. meh Ai share resipi. senang banget
![]() |
| yeah inilah bahan-bahannya |
Bahan-bahan:
1 peket biskut deluxe creamcrackers
½ tin susu pekat manis- (Ai letak 1/3 sahaja)
250g creamcheese (Ai guna Philadelphia, ni satu blok tu)
sedikit susu full cream
sedikit susu full cream
sedikit Nestum
Cara-cara:
1. Pukul creamcheese hingga kembang.
2. Masukkan 1/3 tin susu pekat. Putar sekejap. Then
masukkan sedikit susu segar (pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau cair). Ketepikan.
3. ambil biskut dan celup dalam susu full cream (celup untuk bagi air susu serap dalam biskut tapi jangan lembik sangat ye). Then susun dalam loyang.
3. ambil biskut dan celup dalam susu full cream (celup untuk bagi air susu serap dalam biskut tapi jangan lembik sangat ye). Then susun dalam loyang.
4. Bila dah jadi selapis, ratakan creamcheese di atasnya tadi then tabur nestum.
5. Ulang langkah 3 & 4 hingga penuh loyang.
6. tutup dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
7. potong dan sedia untuk dihidang. (nak senang potong guna pisau plastik, ala pisau kek tu).
nah gambar-gambar.
![]() |
| yaaa ini sudah siap pukul cream cheese dan masukkan susu full cream dengan susu pekat |
![]() |
| yaaa mari susun dalam loyang begini. saje guna aluminium foil senang nak kuarkan nanti. kalau lihat kiri dan kanan tu memang Ai lebihkan aluminium foil tu. |
![]() |
| haaa layer by layer. masa ni dah lapisan ketiga tak silap. lepas dah buah creamcheese buh nestum |
![]() |
| tadaaa ni dah siap. so cover sume dengan creamcheese |
![]() |
| lepas tu Ai tutup le dengan aluminium foil tu dan buh dalam peti sejuk |
ok petang ni kalau dah jadi Ai potong.
sok Ai update gambar ye
*nota; setiap layer menggunakan 16 keping biskut. tadi Ai dapat 5 lapisan. hanya ada extra 4 keping je daripada 1 bungkus biskut tu.





