Ikut AiTotYati

31.3.11

BUKAN KEK SECRET RECiPe BIASA


sila terliur dengan kotak di atas. saje kasi posing ala gaya nak terbang. maklum jelah nak terbang masuk mulut, kan?


yaaa semua org boleh bli. tapi kek ni Ai tak beli. mana dapat?
ni pelajar Ai bagi. meh intai kek tu:

ucapan kek tu memang panjang lebar. meh kalau tak berapa nk jelas Ai tuliskan di sini:

"terima kasih diucapkan kpd cikgu AiTotYati (ni pelajar tulis nama penuh Ai) krn sudi mengajar dan memberi ilmu kepada saya sehingga berjaya mendapat 'A' dlm mata pelajaran Applied Science SPM 2010. terima kasih cikgu. ikhlas dari: Abu Syazwan b. Abu Samah 5EE2/2010"



pelajar ni datang jam 11.30 pagi tadi. terkejut Ai. maklum le klu nak kata kek birthday masih terlalu awal (errr sila maklum ye birthday Ai 5 April depan. kalau nk hantar bunga or present boleh emel Ai. nanti Ai kasi alamat. ahahahahahaha)


Ai tak pernah mengharapkan balasa. cukup dengan keputusan cemerlang yang diperolehi oleh mereka. pelajar ni memang tak pernah dapat B apatah lagi A dalam sebarang ujian. memang syukur sangat2 berkat selalu kena motivasi dan pelajar ini juga timbul kesedaran maka beliau berjaya memperolehi 3A. mungkin bagi kamu apa nak dihairankan dengan 3A sedangkan lagi ramai pelajar yg cemerlang. Ai bangga dengan pencapaian beliau kerana beliau masuk ke tingakatan 4 dengan keputusan PMR yang sekadar 'cukup makan'. senang cerita, masuk tanpa sebarang A tapi keluar dengan SPM ada 3A. tak ke bagus tu?


alhamdulillah kek dah selamat masuk perut Ai dan enJekjek.

kamu nak?

8 comments: