Ikut AiTotYati

28.8.09

PAPITUSULEM

"laporan barnes bertujuan untuk....."

itu adalah contoh soalan PTK semalam. selalu baca tapi aku lupa pula. sedangkan dalam link soalan PTK tu ada tanya. banyak lagi soalan yang aku dah jawab betul kemudian aku padam!!! jawapan untuk Dasar Sosial Negara sepatutnya III dan IV tapi aku padam aku wat I dan IV. uwaaaa adakah aku akan mengulang semula? entahle labu. ada rezeki ada. takde jawab semula. hubby aku lagi selamba, "ada ke dasar sosial negara?" (ceh nampak sangat tak tau?- eleh padahal aku pun dulu tatau wujud DSN tu sehinggalah aku amik PTK, huhu)

jadi selesai PTK hubby amik aku dan kami terus ke pets house bli ikan2 yg akan menjaga umah kami sepeningggalan kami balik kg (note: la ni dok menaip kt umah mertua) . saje aku round kat area kucing dan saje tanya price anak kucing.

"tauke, harga anak kucing ni berapa?"

"RM700"

terkedu jap aku dengar jawapan itu sedangkan kucing tu buleh je kalau aku nak kutip tepi2 jalan yang berkeliaran tu. maka aku tak hairanlah kalau kucing jiran depan umah tu RM5K (kalau kucing je RM5k ko agak2 la berapa harga perabot die? - ceh mengumpat pulak di bulan puasa - hahahhaha aku kan ade sindrom-tak-buleh-puasa ;P )

dah siap beli ikan sume kami pun ke mydin.

pilih barang-amik barang-bayar harga barang-balik umah-kemas barang-masuk dalam kereta-kunci umah-kunci pagar-masuk kereta-kereta bergerak sejauh 500m dah.

"abang dah tutup paip air? "

"ala abang lupa"

jadi dengan skill mahir hubby reverse je kereta (sgt malas nak u-turn)

-paip air pun ditutup- masuk kereta dan bergerak semula.

dah keluar tol ayer keroh dan dah melepasi R&R ayer keroh aku dok teringat kain pasang yg nak hantar tempah kt kg yang aku terlupa nk masukkan dalam kereta. tapi aku diam aje. takut nak bersuara (orang kata- jika dah keluar umah n patah balik - petanda tidak elok - ini orang kata - semua kuasa Allah).

tiba-tiba hujan lebat turun tatkala nak sampai exit simpang ampat. dan tetiba wiper 206 aku tersangkut di antara satu sama lain. dalam hujan yang renyai2 itu hubby cuba betulkan. tapi wiper bahagian driver tetap tak buleh bergerak. kaku macam batu (atau mungkin wiper kesejukan sebab hujan? )

oleh kerana wiper itu degil maka hubby amik keputusan untuk patah balik ke melaka untuk ke pusat servis. kami berpatah balik untuk kali kedua. sampai di pusat servis, mekanik pun buatlah ape2 yang patut. aku lak pergi ke opisnye. aku nak cek nape konplem yang aku buat 4bulan dulu masih belum diselesaikan. oh komplen itu pasal lampu kereta aku. patut kereta baru lampunya berkilat tapi lampu kereta aku macam kabur-kabur sikit. amoi tu kata nanti dia nak cek repot dulu (haaa masa ni aku dah %$#@*& kat amoi tu. bukan ape setiap kali datang tiap kali tulah nak kena tanya n tiap kali tu die akan jawab, "esok manager baru ada nanti baru tunggu die. (apekah?)
so tunggu jelah hari ini die akan call. jika tak call next week aku akan datang cna lagi.

selepas selesai kami pulang semula ke rumah.

hubby kata, "mujur ayang tak cakap dengan jiran kita dah tolak balik kampung. kalau tak kena gelak je,"

iye, masa nak bertolak tadi aku memang nak mesej jiran2 aku tapi ntah mengapa aku malas (biasanya aku akn mesej maklumkan kami pulang ke kampung). so untuk kali kedua aku harus berhadapan dengan pintu pagar dan pintu umah yang memang susah nak dibuka. hubby solat asar dan aku amik brg2 yang terlupa nak bawa tadi (tengok hikmah wiper rosak aku dapat amik kain pasang yang terlupa nak bawa tadi - jika tidak takde baju rayalah aku. huhuhuuh)

kami memulakan perjalanan dengan doa agar kali ini dipermudahkan dan dielakkan dari segala perkara-perkara yang tidak diingini.

sewaktu menuju ke kampung terdapat 2 kemalangan.
"kemalangan pertama membabitkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang terbalik di jalan bertentangan manakala kemalangan kedua melibatkan kancil dan sebuah kereta (aku tak ingat kereta ape daa...). kancil di sini bukan binatang tapi kereta kancil ex850 ye. oh tidak pasti manual atau auto. sekian dari bilik berita"

weh weh nanti dulu. apa kaitan papitusulem dengan entri aku nih?

oh oh itu adalah satu nama tempat yang aku nampak pada signboard setiap kali nak pulang ke kampung. dan hingga sekarang walaupun aku dah berusia 28 tahun nama tempat itu masih menjadi misteri. aku taktahu adakah ia pantai, kebun atau istana atau ape sahaja. tak kisahlah labu. yg penting alhamdulillah kami selamat tiba jam 9.15mlm di umah mertua ku. wei ibu mertua ku bukan macam ibu mertua kassim selamat. ibu mertuaku amat memahami kami

7 comments:

  1. salam

    yati... saya dah tanyakan pakcik gugel... dia kata macam ni ha..

    "Homestay Papitusulem adalah singkatan atau akronim bagi Parit Tujuh Sungai Leman (Parit Pitu Sungai Leman – dalam bahasa Jawa). Ini yang menjadi keunikan homestay ini di mana rata-rata masyarakatnya adalah dari keturunan Jawa.

    Terletak kira-kira 120 kilometer dari Kuala Lumpur, ia merupakan antara destinasi yang terawal yang akan dilalui dari arah Klang/ Shah Alam. Pekan Sekinchan merupakan pekan terdekat dengannya."

    Kalau ia bukan papitusulem yang itu, sila salahkan pakcik gugel sebab dia tak bgtau saya, itu papitusalem yang yati selalu nampak sign dia atau bukan.

    http://www.mdsb.gov.my/106

    ReplyDelete
  2. haha! kaktie!!~

    PAPITUSULEM means

    PA ~ parit
    PITU ~ tujuh *jawa*
    SULEM ~ sulaiman

    so papitusulem adelah parit tujuh sulaiman *ayah yg cakap,if tx betol ayahlah yg tipu* agagaga!


    mungkin wiper itu kesejukan. menggigil-gigil. tapi dia takot nak bagi tau tuan dia, so dia bg signal je :)

    ReplyDelete
  3. yesh! first commentor..
    nampak sangat dah jd habit bukak blog ko!
    -even aku sudah tau separuh citer entry ni hahaha...

    ReplyDelete
  4. salam,
    irtiyah~ terima kasih atas info. hahaha selama ini saya tak terfikir pun nak tanya pakcik gugel. sebab tak sangka ada dalam gugel.hihihihi

    adik natc (ceh ceh perasan)~ ya betul tu papitisulem iaialh homestay parit 7!!!

    ayanli run~ dah alang2 bukak blog aku sudi2knlah klik kat nufnang tu. bantulah aku yg harus bayar ptptn ini. hahahaha

    ReplyDelete
  5. SALAM YATI..
    tq sudi singgah kat irfainlove.blogspot.com.
    tadi melilau akak cari yg mana satu blog utama sbb ada 3blog semuanya.hehe,sib baik jumpa.
    emm org kata x baik patah balik umah kalau kita nak ke satu2 tpt,tp kalau dah terlupa barang penting atau lupa tutup suis takkan nak wat bodo je .ye tak?

    from:happyirfa.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. salam akak.
    tq juga sudi jengah blog saya. hehehhe. blog yg lain itu nak testing je. eheheheh.

    betul tu. haruslah patah balik utk benda2 yg penting, kan?

    ReplyDelete
  7. hahahahaha..! aku sebelum ni pun pernah gak tertanya2 nama papitusulem.. hahaha.. nasib ramai translator ramai.. kalo tak aku pun peninga gak..hahahaha..! bestnya ko ye.. bercuti di kampung..takpe takpe..mulai akhir tahun ni.. aku akan dapat beraya sepuas2nya..huhuhu.. ha lagik satu soalan.. baju nak jadik pengapit dh sedia ke belum..? huhuhu

    ReplyDelete