Ikut AiTotYati

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

31.7.13

MENU RAMADHAN 1434H TAHUN 2013; PART 3

ada Ai tulis part 1 di sini manakala part 2 di sini

mari sambung part 3 iaitu berbuka puasa dari hari ke-15 hingga hari ke-21.
ini cheesekut. buat utk buka day 15

day 16; bihun goreng sukahati, roti sosej cocktail, air kathira

day 17; gigih kukus puding karamel

day 17; puding karamel

day 17; mee goreng, lemang dan rendang (beli) dan puding karamel


day 19; gigih buat froyo @ frozen yogurt

strawberry Froyo dah jadi

ini gigih buat puding roti marble butterscotch

yeah puding disejukkan nk masuk dlm fridge

ini gigih perap chicken breast nak buat chicken chop

day 19; chicken chop with black pepper sauce, strawberry frozen yogurt, puding roti marble butterscotch dan air teh o limau

day 20; kari ayam dan sayur buncis tumis air, nasi putih


part 3 habis. akan menyusul part 4 pula ye. tunggu raya kot. hehehehe


MENU RAMADHAN 1434H TAHUN 2013; PART 2

PART 1 ada di link ini

part 2 adalah dari 8-14ramadhan ye

buka day 8; sup ayam, telur dadar, sambal kicap, roti sosej cocktail

day 9; gigih buat custard jagung

buka day 9; mee goreng ayam, buah mangga jiran, air hot coklat, tealovera

day 11; roti John Jek yang buat, nasi putih dan keli bersira

day 12; roti john Jek buat, laksa sarawak, air kathira

ini sahur day 14; oats, air milo dan smoothie avocado+susu kambing+ kurma
ok mari sambung part 3 pula ye

24.7.13

RESEPI CHEESEKUT NO BAKE CHEESE CAKE- gambar dah jadi cheesekut

pagi semalam Ai ada buat entry resepi cheesekut. Ai buat masa isnin malam selasa. resepi cheesekut di sini.
jadi petang semalam masa buka puasa Ai dah potong-potong untuk difaraidkan kepada jiran jiran dan Ai,

taraaaaaaaaaaaaaaaa


cheesekut yang belah kiri tu ialah 1/4 bahagian daripada loyang yang semalam. yang kiri tu nak bagi pada jiran sbb tu wrap dgn plastic. yang kanan tu Ai dah potong kecik2.

close up cheesekut. yummeh!!!

harap readers dapat cuba resepi cheesekut atau no bake cheese cake ni.
Ai rasa lagi senang buat cheesekut berbanding kek batik (alal yg guna biskut meri tu).
selamat mencuba.
rasa cheesekut sekali pasti nak lagi. hihihihi

23.7.13

RESEPI CHEESEKUT NO BAKE CHEESE CAKE

salam readers. 

cheesekut atau no bake cheese cake adalah resepi yang tengah in skrg ni. 
jadi malam tadi Ai try buat. meh Ai share resipi. senang banget




yeah inilah bahan-bahannya

Bahan-bahan:
1 peket biskut deluxe creamcrackers
½ tin susu pekat manis- (Ai letak 1/3 sahaja)
250g  creamcheese (Ai guna Philadelphia, ni satu blok tu)
sedikit susu full cream
sedikit Nestum


Cara-cara:

1. Pukul creamcheese hingga kembang.
2. Masukkan 1/3 tin susu pekat. Putar sekejap. Then masukkan sedikit susu segar (pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau cair). Ketepikan.
3. ambil biskut dan celup dalam susu full cream 
(celup untuk bagi air susu serap dalam biskut tapi jangan lembik sangat ye). Then susun dalam loyang. 
4. Bila dah jadi selapis, ratakan creamcheese di atasnya tadi then tabur nestum.
5. Ulang langkah 3 & 4 hingga penuh loyang.
6. tutup dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
7. potong dan sedia untuk dihidang. (nak senang potong guna pisau plastik, ala pisau kek tu).


nah gambar-gambar.


yaaa ini sudah siap pukul cream cheese dan masukkan susu full cream dengan susu pekat
yaaa mari susun dalam loyang begini. saje guna aluminium foil senang nak kuarkan nanti. kalau lihat kiri dan kanan tu memang Ai lebihkan aluminium foil tu.


haaa layer by layer. masa ni dah lapisan ketiga tak silap. lepas dah buah creamcheese buh nestum



tadaaa ni dah siap. so cover sume dengan creamcheese

lepas tu Ai tutup le dengan aluminium foil tu dan buh dalam peti sejuk

ok petang ni kalau dah jadi Ai potong. 
sok Ai update gambar ye

*nota; setiap layer menggunakan 16 keping biskut. tadi Ai dapat 5 lapisan. hanya ada extra 4 keping je daripada 1 bungkus biskut tu.

17.7.13

MENU RAMADHAN 1434H TAHUN 2013; PART 1

awat part 1?

heeee kekonon kan semalam dah 7 hari puasa. 7 hari tu seminggu weh org tau le 
kekonon nak buh la kat sini menu sahur dan berbuka sepanjang ramadhan ni.
yang Ai sangat pasti, hari2 rajin nak masak. nak beli kat param @ pasar ramadhan tu tak berapa nak feel. mungkin sebab berkat Ramadhan. bak kata Jek, Ramadhan adalah bulan kegemarannya sebab Ai rajin nak masak macam-macam. 

baiklah kita mulakan dengan sahur untuk hari pertama:

sahur day 1 -
nasi goreng, air teh o lemon suam dan buah mata kucing



buka day 1;
nasi tomato, ayam masak merah, jelatah nanas + tomato ceri (nanas tanam sendiri) dan air cincau


buka day 2;
nasi ayam, ayam goreng berkicap, nasi impit, kuah lodeh, pisang salai goreng dan air cendol

buka day 4-
ni kat rumah mak Ai. menu ialah nasi puteh, ayam masak kurma, satay ayam, kuih lopez, sayur bening, karipap, lepat pisang, agar2, kuih apam msia, popia basah, air laici, air cendol, air laici kang.


sahur day 6-
oat, buah pic, air milo


buka day 6-
nasi goreng sultan, jemput jagung, sambal pecal, buah mangga, tomato ceri, air kasturi asam boi dan air kopi.



buka day 7-
spagetti meatballs, bubur jagung, air sarsi dan air teh o lemon suam.


 menu buka lagi banyak daripada sahur. biasanya kalau masak lebih Ai akan reheat makanan tu untuk sahur. menu berbuka untuk hari ketiga tidak diabadikan kerana pada masa ini Ai berada di rumah mertua. lagipun ayah mertua dah tegur jangan upload gambar berbuka, nanti anak kesayangan di sarawak menangis. sedangkan Ai upload gambar bazar ramadhan sabak bernam pun kena tegur, inikan pula nak upload gambar makanan. 

ok. itulah menu sepanjang berbuka ini. harapnya lepas ni akan menyusul part 2, part 3 dan part 4.

selamat menjalani ibadah puasa ye (^_^)

11.7.13

RESEPI NASI TOMATO BERAS HERBAPONNI TAJ MAHAL

salam readers.
selamat berpuasa.

semalam 1st day ramadhan Ai buat nasi goreng untuk sahur dan nasi tomato untuk berbuka.

Ai dan Jek amalkan beras herbaponni taj mahal dah lama. rasanya since 2008 lepas Ai kena slipped disc. itu salah satu cara untuk menurunkan berat badan.

anyone yang first time makan beras herbaponni taj mahal ni mesti akan cakap beras takde rasa.
hahahahah yelah sebab beras ni memang kurang kanji dan sangat sesuai untuk penghidap kencing manis.

resepi adalah daripada pengalaman Ai membuat nasi tomato menggunakan beras herbaponni taj mahal:

bahan-bahan:

2 pot beras taj mahal yang dibasuh dan ditoskan airnya
5 pot air
1 pot susu sejat
* Ai guna pot yang sama untuk sukat air dan susu sejat tu*
*sukatan air mengikut jenis beras. kalau beras guna secawan setengah air maka gunakan 1 cawan air dan setengah cawan susu sejat.

sebiji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 butir cengkih
4 biji buah pelaga
2 susu besar sos cili/ sos tomato
4 sudu besar pes tomato
sedikit planta dan minyak untuk menumis
garam

cara-cara:

1. panaskan minyak dan planta. pastikan planta tu cair sepenuhnya dalam minyak ye.
2. tumis 4 sekawan tu (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga) hingga naik bau.
3. masukkan bawang besar dan tumis hingga naik bau.
4. masukkan bwg putih dan halia. tumis hingga naik bau juga.
5. masukkan sos dan pes tomato. kacau.
6. masukkan beras dan kacau 1-2 minit.
7. pindahkan ke dalam peiruk nasi.
8. masukkan air dan susu sejat. kacau bagi rata.
9. boleh tambah garam jika suka.
10. biarkan periuk nasi membuat tugasnya. in between tu kacau juga nasi nak bagi sume beras kena ramuan.
11. bila dah tukar ke keep warm Ai suka buh kismis dan badam.

taraaa.... selain nasi tomato Ai juga buat ayam masak tomato dan jelatah nanas+tomato ceri. nanas tu kutip tepi rumah je. alhamdulillah rezeki ramadhan. Ai buat air cincau untuk minuman

ini nasi goreng semasa bersahur

petang ni terasa nak buat nasi ayam pula. sebab tu Jek suka sangat ramadhan. selain boleh buat banyak pahala, Jek kata boleh rasa macam-macam resepi yang jarang Ai nak buat sewaktu bulan biasa. eh?

2.7.13

SMOOTHIE AVOCADO, AVOCADO SMOOTHIE

salam readers.

saje nak kongsi sarapan Ai tiap2 pagi. dah 3bulan kot amalkan ni selain masih meneruskan consume herbalife di waktu malam. resepi ni dapat daripada Jay Farhana. dia juga TTcian dulu tapi bulan 5 yang lepas dah melahirkan baby boy.


bhn2 utk avocado smoothie;

setgh biji avocado yang masak. faedah avocado baca sini dan sini
(kalau bli yang mentah, cuma perlu letakkan avocado pada suhu bilik. Insyaallah esoknya akan lembut. almaklum malaysia ni kan panas).

1 peket serbuk susu kmbg (setakat ni Ai dah pernah blend dgn susu kambing Hiraq, Anugerah dan Karihome-yg ni imported dari new zealand).

2 biji kurma (3biji pun boleh)

250 ml air (kalau suka sejjuk boleh guna air sejuk. Ai salu guna air pada suhu bilik sahaja).


blend dan minum


selamat mencuba!!!!

23.4.13

RESEPI TUTTI FRUTTI ICE CREAM YOGURT

Jenuh cari resepi ni mana Ai letak.
rupanya dalam fb cuma pi bubuh kat caption gambar dgn kat komen je.
carik2 dlm note takde. carik2 dlm blog pun tak jumpa.
so buh kt sini nx time nak buat senang.



bahan-bahan:

1 bekas yougurt perisa asli
1 tin susu pekat (Ai guna 3/4 tin sahaja)
2 sudu besar madu
3/4 cawan susu segar
250g strawberries

cara membuatnya:
1. mix semua bahan dalam satu bekas dan kacau. nak blend terus pun boleh.
2. then bekukan selama 3jam.
3. kemudian keluarkan dan blend lagi.
4. then masukkan semula dlm freezer slps 3jam keluarkan dan blend semula.

sukati nak blend berapa kali utk dapatkan tekstur mcm Tutti frutti tu.
yg eskrem ni enJekjek bg nama TOTti fruti. hahahhah

masukkan semua bahan dalam satu bekas

sejukkan, ni dah blend sekali

yogurt aiskrim sedia untuk dimakan


p/s: ini entry auto published

1.4.13

RESEPI CUPCAKES COKLAT KUKUS @ kek cawan coklat kukus

resepi ini  pada mulanya dijumpai oleh enJekjek pada tahun lepas. iye enJekjek buat sempena birthday Ai tahun lepas. tahun lepas I was not at home. still duduk hostel study master (eh skrg pn tgh study pe). cerita tentang tu ada di sini

so inilah resepinya:

bahan A:
150g minyak masak
180g susu cair
200g gula kastor
220g susu pekat
1 sudu teh coklat emulco

bahan B:
50g serbuk koko (vochelle/ van houten)
 90g tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

bahan C:
3 biji telur dipukul kembang

cara buat:
1. panaskan bahan A tp jangan sampai didih. ketepikan.
2. ayak bahan B.
3. pukul kembang bahan C. bila bahan C dah kembang masukkan bahan A dan kacau rata.
4. setelah itu masukkan bahan B dan pukul rata dengan mixer.
5. biarkan adunan selama 20 minit sambil panaskan pengukus.
6. masukkan adunan dlm bekas cupcakes. boleh tabur coklat cips.
7. kukus selama 20 minit.

p/s: jika buat saiz mcm Ai buat tu boleh dapat 24biji kek cawan. kalau rajin boleh buh coklat ganache ye. takpun makan dengan eskrem vanilla.
yummy yummy

buh eskrem vanilla atasnya sedap

inilah rupanya bila dah masak.

senang sangat nak buatnya. cubalah!!!


10.8.12

Pecal

Kau tak diiktiraf anak jawa klu x reti mkn pecal. Tp bonus klu reti buat sambal pecal. Ehem:)



17.2.12

KEK COKLAT FUDGE YOGURT

resepi asal daripada http://www.jintanmanis.com/kek/448-kekcoklatfudgeyogurt
maceh kpd blog jintan manis!!!

yang Ai paparkan di sini adalah setelah bereksperimen sbyk 2kali ye.
Ai mmg suka group kan bhn2 tu spy senang nk tgk mana dkena campur dengan mana n mana nk dikerjakan dulu.

Bahan-bahannya:

bahan A (ayak 2kali bagi halus wokeh)

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 cawan serbuk koko

bahan B (pukul hingga kembang)
3/4 cawan gula
3 biji telur

bahan C(masak hingga cair dan sejukkan-kaedah double boiler).
1/2 cawan mentega
1/2 bar ( 150gram) coklat masakan

bahan D
1 cawan air suam
1/2 cawan natural yogurt ( plain yogurt)
 beberapa titik esen vanila


Cara-caranya
1.cairkan bahan C & ayak bahan A. ketepikan.
2. Dengan menggunakan mixer, pukul bahan B.
memula pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula bahan A yang telah siap diayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, plain yogurt serta coklat masakan dan mentega yang telah dicairkan tadi, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan & acuan bulat atau petak ber ukuran 18cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan bakar pada suhu 160 darjah selama 50 minit(Ai guna oven elba, guna api bawah je).
dah masak sejukkan atas redai.
5. untuk hiasan, toppingkan dengan cooking coklat  dan hias ikut kreativiti.

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula.
masak guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk.



close up sikit


 ni le rupa loyang kek Ai


takde double boiler? Ai pun takde  so Ai masak air dalam kuali. then coklat mentega tu sume buh dlm periuk kecil dan masak dlm kuali tu.

selamat mencuba!!!

9.2.12

projek makan

Assignment Ai pd hari ini.

If menjadi Ai share recipe ya

;)


Published with Blogger-droid v2.0.4