Ikut AiTotYati

31.7.13

MENU RAMADHAN 1434H TAHUN 2013; PART 3

ada Ai tulis part 1 di sini manakala part 2 di sini

mari sambung part 3 iaitu berbuka puasa dari hari ke-15 hingga hari ke-21.
ini cheesekut. buat utk buka day 15

day 16; bihun goreng sukahati, roti sosej cocktail, air kathira

day 17; gigih kukus puding karamel

day 17; puding karamel

day 17; mee goreng, lemang dan rendang (beli) dan puding karamel


day 19; gigih buat froyo @ frozen yogurt

strawberry Froyo dah jadi

ini gigih buat puding roti marble butterscotch

yeah puding disejukkan nk masuk dlm fridge

ini gigih perap chicken breast nak buat chicken chop

day 19; chicken chop with black pepper sauce, strawberry frozen yogurt, puding roti marble butterscotch dan air teh o limau

day 20; kari ayam dan sayur buncis tumis air, nasi putih


part 3 habis. akan menyusul part 4 pula ye. tunggu raya kot. hehehehe


MENU RAMADHAN 1434H TAHUN 2013; PART 2

PART 1 ada di link ini

part 2 adalah dari 8-14ramadhan ye

buka day 8; sup ayam, telur dadar, sambal kicap, roti sosej cocktail

day 9; gigih buat custard jagung

buka day 9; mee goreng ayam, buah mangga jiran, air hot coklat, tealovera

day 11; roti John Jek yang buat, nasi putih dan keli bersira

day 12; roti john Jek buat, laksa sarawak, air kathira

ini sahur day 14; oats, air milo dan smoothie avocado+susu kambing+ kurma
ok mari sambung part 3 pula ye

24.7.13

RESEPI CHEESEKUT NO BAKE CHEESE CAKE- gambar dah jadi cheesekut

pagi semalam Ai ada buat entry resepi cheesekut. Ai buat masa isnin malam selasa. resepi cheesekut di sini.
jadi petang semalam masa buka puasa Ai dah potong-potong untuk difaraidkan kepada jiran jiran dan Ai,

taraaaaaaaaaaaaaaaa


cheesekut yang belah kiri tu ialah 1/4 bahagian daripada loyang yang semalam. yang kiri tu nak bagi pada jiran sbb tu wrap dgn plastic. yang kanan tu Ai dah potong kecik2.

close up cheesekut. yummeh!!!

harap readers dapat cuba resepi cheesekut atau no bake cheese cake ni.
Ai rasa lagi senang buat cheesekut berbanding kek batik (alal yg guna biskut meri tu).
selamat mencuba.
rasa cheesekut sekali pasti nak lagi. hihihihi

23.7.13

RESEPI CHEESEKUT NO BAKE CHEESE CAKE

salam readers

cheesekut atau no bake cheese cake adalah resepi yang tengah in skrg ni. 
jadi malam tadi Ai try buat. meh Ai share resipi. senang banget




yeah inilah bahan-bahannya

Bahan-bahan:
1 peket biskut deluxe creamcrackers
½ tin susu pekat manis- (Ai letak 1/3 sahaja)
250g  creamcheese (Ai guna Philadelphia, ni satu blok tu)
sedikit susu full cream
sedikit Nestum


Cara-cara:

1. Pukul creamcheese hingga kembang.
2. Masukkan 1/3 tin susu pekat. Putar sekejap. Then masukkan sedikit susu segar (pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau cair). Ketepikan.
3. ambil biskut dan celup dalam susu full cream 
(celup untuk bagi air susu serap dalam biskut tapi jangan lembik sangat ye). Then susun dalam loyang. 
4. Bila dah jadi selapis, ratakan creamcheese di atasnya tadi then tabur nestum.
5. Ulang langkah 3 & 4 hingga penuh loyang.
6. tutup dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
7. potong dan sedia untuk dihidang. (nak senang potong guna pisau plastik, ala pisau kek tu).


nah gambar-gambar.


yaaa ini sudah siap pukul cream cheese dan masukkan susu full cream dengan susu pekat
yaaa mari susun dalam loyang begini. saje guna aluminium foil senang nak kuarkan nanti. kalau lihat kiri dan kanan tu memang Ai lebihkan aluminium foil tu.


haaa layer by layer. masa ni dah lapisan ketiga tak silap. lepas dah buah creamcheese buh nestum



tadaaa ni dah siap. so cover sume dengan creamcheese

lepas tu Ai tutup le dengan aluminium foil tu dan buh dalam peti sejuk

ok petang ni kalau dah jadi Ai potong. 
sok Ai update gambar ye

*nota; setiap layer menggunakan 16 keping biskut. tadi Ai dapat 5 lapisan. hanya ada extra 4 keping je daripada 1 bungkus biskut tu.

20.7.13

JEK KATA Ai DAH BANYAK PAHALA....

alkisahnya minggu lepas Ai suarakan hasrat pada Jek untuk pergi ke masjid berterawih hari-hari.
Ai cakapla nanti dapat banyakkkkkkkkk pahala. Tapi Jek jawab,

"ala ayang kan selalu dapat banyak pahala. ayang puasa, ayang buat air milo/sarsi abang, ayang memasak untuk berbuka, ayang kejut abang sahur, ayang kemas rumah, ayang lipat baju, ayang siram pokok bunga, ayang bla bla bla bla"


yesza Jek sebut semua kerja rumah dan lain2 perkara yang Ai buat tapi Jek tak buat. lepas tu Jek cakap,


"nanti pahala ayang lagi banyak dari pahala abang"


hahahahahha serius Ai nak gelak guling-guling. macam budak kecik.
boleh ek gtu?

19.7.13

ALLAH JEMPUT DIA PULA

bulan lepas Ai ada tulis entry yang Ai kehilangan seorang sahabat baik yang sama2 menuntut di Matrikulasi dalam entry ini

pagi tadi selepas subuh Ai belek2 fb tiba2 nampak status yang ditaggged pada wall arwah. rupanya arwah meninggal kerana serangan sakit jantung. Ai dengan arwah ni kenal gitu2 je sbb satu USM tapi dengan isterinya Ai selalu juga bertegur sapa. kali terakhir Ai jumpa arwah adalah semasa Ai mengikut Jek ke reunion MRSM Balik Pulau pada bulan lepas.

arwah dan isteri masih belum dikurniakan zuriat walau telah bernikah pada Nov 2007. mereka juga TTCians mcm Ai dan Jek. Ai harap semoga isterinya tabah dengan takdir ini. tak dapat Ai bayangkan perasaan isterinya.

kawan-kawan, mohon sedekahkan al_fatihah buat allahyarham Amad Syuhardi b. Kamarudin.

17.7.13

BABY BABY IS BLEKI


gambar was taken on on Monday night.
kelihatan Baby sudah beranak untuk kali ke-2. 
Baby ni kucing jiran Ai. anaknya semua 5 ekor. ada seekor yang hitam. hitam macam Bleki. 
rasa macam nak minta tk bela.

apa kata pembaca?

MENU RAMADHAN 1434H TAHUN 2013; PART 1

awat part 1?

heeee kekonon kan semalam dah 7 hari puasa. 7 hari tu seminggu weh org tau le 
kekonon nak buh la kat sini menu sahur dan berbuka sepanjang ramadhan ni.
yang Ai sangat pasti, hari2 rajin nak masak. nak beli kat param @ pasar ramadhan tu tak berapa nak feel. mungkin sebab berkat Ramadhan. bak kata Jek, Ramadhan adalah bulan kegemarannya sebab Ai rajin nak masak macam-macam. 

baiklah kita mulakan dengan sahur untuk hari pertama:

sahur day 1 -
nasi goreng, air teh o lemon suam dan buah mata kucing



buka day 1;
nasi tomato, ayam masak merah, jelatah nanas + tomato ceri (nanas tanam sendiri) dan air cincau


buka day 2;
nasi ayam, ayam goreng berkicap, nasi impit, kuah lodeh, pisang salai goreng dan air cendol

buka day 4-
ni kat rumah mak Ai. menu ialah nasi puteh, ayam masak kurma, satay ayam, kuih lopez, sayur bening, karipap, lepat pisang, agar2, kuih apam msia, popia basah, air laici, air cendol, air laici kang.


sahur day 6-
oat, buah pic, air milo


buka day 6-
nasi goreng sultan, jemput jagung, sambal pecal, buah mangga, tomato ceri, air kasturi asam boi dan air kopi.



buka day 7-
spagetti meatballs, bubur jagung, air sarsi dan air teh o lemon suam.


 menu buka lagi banyak daripada sahur. biasanya kalau masak lebih Ai akan reheat makanan tu untuk sahur. menu berbuka untuk hari ketiga tidak diabadikan kerana pada masa ini Ai berada di rumah mertua. lagipun ayah mertua dah tegur jangan upload gambar berbuka, nanti anak kesayangan di sarawak menangis. sedangkan Ai upload gambar bazar ramadhan sabak bernam pun kena tegur, inikan pula nak upload gambar makanan. 

ok. itulah menu sepanjang berbuka ini. harapnya lepas ni akan menyusul part 2, part 3 dan part 4.

selamat menjalani ibadah puasa ye (^_^)

16.7.13

MAMU OH MAMU

malam tadi ke mydin dengan hajat nak bli groceries.
parked kete-masuk-capai groceries-beratur nk bayar - Namun.......

depan kami hanya ada 2 org je tapi kami menunggu 30minit kerana....

kerana apa?

keranamu mamu


ha?

mamu la


awat?


masa mamu dok scan barang orang yang tengah bayar tu kami perasan yang mamu dok keluar-masuk-keluar-masukkan barang. sebab tak scan.

barisan sebelah Ai dah berderet2 org setel tapi yang barisan Ai ni sangatlah menguji kesabaran.

mamu ni dah nampak berusia. rambut putih, pake spek, pake tarbus merah.
2-3 kali juga minta mamu minta bantuan partner sebelahnya tapi mcm acuh tak acuh je layan. tak tahulah sbb mamu byk sgt tanya kot.

Ai ambil peket pro diet (cat food) sebanyak 12 peket. tapi mamu p scan kat kotak tu. so terteralah 24peket. mamu tak tahu camne nak key in. so mamu tanya partner sebelah. partner mcm nak marah.

Ai pun mula2 masa mamu lambat entertain customer Ai macam nak marah tapi Ai kenangkan kalau2lah kita tua2 dilayan begitu, ish tak sanggup rasanya. end up rupanya mamu hanya key in 11 peket instead of 12 peket. mujur Ai check harga. kalau tak sian anak2 bulus Ai mkn mknn yg tak dibayar.

pembeli yang mamu dok keluar-masuk-keluar-masuk brg tu pun datang semula semasa Ai nk buat pembayaran. rupanya brg2 dia pun ada yg tak discan. makcik tu dtg balik sbb tak mahulah makan barg yang tidak dibayar.

masa Ai hulur duit pula then mamu nak pulangkan baki, mamu tertutup semula mesin tunai tu. dah dok tekan2 tak mahu terbuka. kalau tak terbuka macam mana nak pulangkan baki duit Ai? mamu tanya partner sebelah tapi tetap buat taktahu. tak baik betulla. tapi yelah mungkin dah banyak kali sangat mamu dok tanya tu yg dia stress tu.

kesimpulan:
harap mamu tak jadi cashier lagi. mungkin lebih baik ditempatkan utk jaga n susun brg2. tapi mungkin tak diletakkan di bhgn jaga n susun brg2 sebab mamu dah tua?

kesian mamu....

15.7.13

KADANG-KADANG SUSAH NAK BAGITAHU SEBAB....... KAU BELUM ADA ANAK SENDIRI

sebenarnya walaupun Ai belum dikurniakan anak lagi tapi Ai banyak membaca ilmu keibubapaan ini.
ahhhhh, dunia tanpa sempadan. yang penting rajin mencari.
jangan hanya tahu buka facebook tapi hanya tahu main laga gula.

bila Ai lihat bayi disua susu formula... niat di hati mahu beritahu si ibu... bagilah susu ibu... banyak khasiatnya

bila Ai lihat bayi kurang 6 bulan disuap biskut bayi.... niat di hati mahu cakap tunggulah 6 bulan dan bagilah puree... resepi banyak di internet... dalam fb pun ade group boleh join

bila Ai lihat bayi kurang 6 bulan disuap sate... rasa seperti mahu berkata... oh sistem penghadaman bayi belum ready...bayi tu ada masa seluruh hidupnya untuk makan sate...

tapi semua itu hanya jeritan di dalam hati.
Ai tiada daya untuk membuka mulut memberitahu itu ini.

takut disangkal... "anak aku bukan anak kau. lagipun kau ada anak ke?"


kawan-kawan TTC pernah rasakah apa yang Ai rasa?
takpelah semoga nanti jika Ai punya zuriat sendiri, Ai boleh buat itu ini seperti yang diimpi


RENDAH JE. BELILAH

*entry ini agak panjang*

selasa minggu lepas Ai ke tempat menuntut ilmu dan kemudian ke selayang. dari selayang nak masuk semula ke highway PLUS ambil masa 2 jam. iye 2 jam. so bila dah dapat meloloskan diri berhenti sekejap di hentian serdang terus pergi restroom. balik ke kereta kelihatan Jek sedang menjawab telefon Ai. kemudian Jek pass telefon kepada Ai semula sambil tanya, "ayang join promosi ape?"

Ai yang kebingungan sambut tepon dan say hello.
mari ikuti perbualan tersebut,

Ai: hello
Ira: assalamualaikum puan Nur. saya nak maklumkan yang Puan merupakan pelanggan bertuah bonuslink yang terpilih untuk mengikuti kempen kami.
(Ai kalau dengar perktaan terpilih-bertuah ni memang dah tak percaya dah. mulut nak je cakap taknak tapi takpe kite dengarkan dulu).

Ai: boleh saya tahu Ira ni dari mana?
Ira: saya dari syarikut insurans dot dot dot bekerjasama dengan bonuslink bla bla bla
(masa ni Ai dah rasa macam pembelit je. mula2 kata dari bonuslink lepas tu kata dari syarikat insurans pula).

Ai: tadi kata dari bonuslink lepas tu bagitahu dari syarikat dot dot dot
Ira: errrr tak puan. bonuslink bekerjasama dengan syarikat kami memilih pelanggan yang bertuah untuk diberikan perlindungan insurans.
(haaa kan Ai dah kata dah. dasar putar alam).

Ira: sebelum tu nak tanya, Puan Nur ni bekerja ke?
Ai: saya tak kerja (betul pe, Ai cuti belajar)

Ira: ooo takpelah kalau begitu biar saya terangkan tentang premium insurans kami. dengan serendah bla bla bla bla kalau puan accident Puan boleh claim hingga 1 juta. kalau dalam satu hari Puan accident 2 kali pun Puan boleh claim juga. jadi Puan boleh claim hingga 2 juta.
(masa ni Ai rasa sangat merapu je. malas dah nak layan sebenarnya. bukan ape, Ai sendiri dah ade medical card sebulan rm 250 so far cukup dan sesuailah dengan pendapatan Ai ni).

Ai: macam nilah Ira, saya sebenarnya dah ada medical card. rasanya tak perlu nak ambil premium yang lain. saya tak mampu nak bayar 2-3 premium sekaligus. dulu pun saya ada 2 premium tapi lepas tu saya stop.
Ira: Puan rugi tak ambil, premium ni rendah je serendah rm 42 sebulan bla bla bla bla

Ai: tadi mula2 kata nak diberikan perlindungan insurans, ni saya pulak kena bayar. awak ni cakap berbelit2. takpelah Ira, saya tak berminat.
Ira: (masih tak putus asa) Puan tak akan jumpa premium serendah ini dengan syarikat insurans lain bla bla bla

Ai: kalau rendah, Ira jelah tolong bayarkan untuk saya. saya ni tak kerja (sambil bergurau)
Ira: Puan, kita cuma nak tolong. premium ni rendah bla bla bla bla

Ai: tulah saya pun nak tolong cik Ira, tak perlu promote pada saya. tolonglah saya ni baru je lepas berada dalam jem selama 2 jam. saya perlukan ruang untuk relaks.
Ira: terus letak gagang.

amboi bagus betul budi bahasa kau kan?
mula2 merayu pujuk bukan main. lepas tu hang up macam tu je?
Ai faham itu mmg pekerjaan mereka tapi sangat pelik celah mana yang depa boleh dapat nombor telefon Ai ni? berhati-hatilah

12.7.13

CARA PERBAHARUI LESEN MEMANDU

semalam Ai ke kaunter pos laju bacahang untuk amik parcel. sesambil nak tunggu encik kaunter ambik parcel dari dalam bilik parcel tu Ai sempat la belek lesen memandu. belek punye belek tengok2 lesen dah expired daaaaa


*10/06/2010 - 09/06/2013*

ehhhh lepas tu teringat semalam dah 10/07/2013. aisey rupanya selama ni selama sebulan Ai dok ulang alik dari rumah ke IPTA tanpa lesen yang sah. mujur tak jadi apa2.

jadi selepas Ai ambil parcel Ai terus ke JPJ melaka.
sampai- parked kereta - masuk pintu- tekan nombor.
masa Ai dapat nombor tu ada lagi 13 org tapi perkhidmatan di sini mmg cekap dan pantas.
Ai tunggu dalam 5minit je kot sebab cuma sempat main candy crush saga tu sekali je.

Ai terus bagi lesen yg dah mati, mykad dan sekeping gambar pasport (mujur dlm wallet mmg letak gmbr pasport sendiri).

Ai nak renew untuk 3tahun tapi Puan kaunter bagitahu minggu depan keluar lesen yang baru seperti mykad. so puan kaunter advise untuk renew setahun je. tapi renew setahun tak dapat sebab birthday Ai april so kalau mati tahun depan lesen tak sampai setahun. jadinya lesen Ai akan mati pada april 2015 lah.

oh tadi hanya perlu bayar RM45 sahaja.
setahun rm30 tapi lesen Ai ni dari 11/7/13 hingga april 2015.

lepas ni dah tak lupalah sebab....

ingat birthday, ingat lesen memandu yang mati. hihihihi

11.7.13

RESEPI NASI TOMATO BERAS HERBAPONNI TAJ MAHAL

salam readers.
selamat berpuasa.

semalam 1st day ramadhan Ai buat nasi goreng untuk sahur dan nasi tomato untuk berbuka.

Ai dan Jek amalkan beras herbaponni taj mahal dah lama. rasanya since 2008 lepas Ai kena slipped disc. itu salah satu cara untuk menurunkan berat badan.

anyone yang first time makan beras herbaponni taj mahal ni mesti akan cakap beras takde rasa.
hahahahah yelah sebab beras ni memang kurang kanji dan sangat sesuai untuk penghidap kencing manis.

resepi adalah daripada pengalaman Ai membuat nasi tomato menggunakan beras herbaponni taj mahal:

bahan-bahan:

2 pot beras taj mahal yang dibasuh dan ditoskan airnya
5 pot air
1 pot susu sejat
* Ai guna pot yang sama untuk sukat air dan susu sejat tu*
*sukatan air mengikut jenis beras. kalau beras guna secawan setengah air maka gunakan 1 cawan air dan setengah cawan susu sejat.

sebiji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 butir cengkih
4 biji buah pelaga
2 susu besar sos cili/ sos tomato
4 sudu besar pes tomato
sedikit planta dan minyak untuk menumis
garam

cara-cara:

1. panaskan minyak dan planta. pastikan planta tu cair sepenuhnya dalam minyak ye.
2. tumis 4 sekawan tu (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga) hingga naik bau.
3. masukkan bawang besar dan tumis hingga naik bau.
4. masukkan bwg putih dan halia. tumis hingga naik bau juga.
5. masukkan sos dan pes tomato. kacau.
6. masukkan beras dan kacau 1-2 minit.
7. pindahkan ke dalam peiruk nasi.
8. masukkan air dan susu sejat. kacau bagi rata.
9. boleh tambah garam jika suka.
10. biarkan periuk nasi membuat tugasnya. in between tu kacau juga nasi nak bagi sume beras kena ramuan.
11. bila dah tukar ke keep warm Ai suka buh kismis dan badam.

taraaa.... selain nasi tomato Ai juga buat ayam masak tomato dan jelatah nanas+tomato ceri. nanas tu kutip tepi rumah je. alhamdulillah rezeki ramadhan. Ai buat air cincau untuk minuman

ini nasi goreng semasa bersahur

petang ni terasa nak buat nasi ayam pula. sebab tu Jek suka sangat ramadhan. selain boleh buat banyak pahala, Jek kata boleh rasa macam-macam resepi yang jarang Ai nak buat sewaktu bulan biasa. eh?

PEROKOK BOLEH MENYEBABKAN ANAK LELAKINYA MANDUL

itu adalah artikel yang ditulis oleh Dr Zubaidi.
jadi kepada perokok tegar sekalian, kalau sayangkan anak lelaki janganlah merokok!!!

artikel penuh boleh baca di sini



ANAK CERMIN IBU BAPA?

apabila anak jiran sebelah yang baru tadika mengutarakan pendapatnya,


budak comel: acik, kenapa acik takde anak lagi? kesian acik asyik main dengan anak2 kucing aje.

aku: senyum sambil pandang maid dia. (ala budak yg tanya. no heart feeling. dah imun pun dgn soalan mcm ni) 

maid: Allah belum nak bagi acik tu lagi.

aku: Insyaallah, nanti aliya doakan acik ye.

Insyaallah, mana tahu rezeki ramadhan. doa itu senjata org mukmin (^_^)



karangan di atas ada Ai kongsi dalam fb tapi......Ai dah delete. sebab ade gak kwn lama yang mulut laser tulis, 
"nanti dah ada anak jangan mengeluh pulak"

kalau ikut hati Ai nak je jawab, "bukan ke akak yang selalu mengeluh?"
tapi Ai tak jawab pun.

dan ada few komen yang buat Ai agak sakit hati.
so better delete.

*kadang2 kesian dengan mereka yang baru terdedah dunia tanpa sempadan dan sosial networking ni*


8.7.13

SAMSUNG GALAXY GRAND QUATTRO

minggu lepas pada 28/6/2013 Ai dah bli SIII mini La Fleur.
sabtu 6/7/13 Ai pi bli samsung galaxy grand pulak.

yang sebenarnya nak carikan MIL SIII mini La Fleur (dual processor) mcm Ai punye tapi salesman tu cucuk Ai, tambah rm100 boleh dapat quad processor. gile taknak.

then Ai bagitau Jek (masa tu di first lego League di UCSI). Jek call his father tapi FIL bajet nak SIII mini La Fleur je. so Ai pun dapat idea. what if Ai jual SIII mini La Fleur Ai ni pada FIL. Ai rasa FIL untung sangat  sebab Ai bagi terus micro sd card 8Gb (RM49) dan casing yang Ai bli (RM40). Ai bli SIII mini La Fleur dengan harga RM899 tapi sebab dah pakai seminggu Ai tolak kepada FIL dengan harga RM750 je. (cerdik tak Ai?)

lepas tu Ai pi bli samsung galaxy grand dengan harga RM999, tambah sd card 8Gb (RM49) dan free leather casing (RM89).


I'm so happpy dapat bli samsung galaxy grand. oklah tu dengan bajet yang Ai ade. nak bli laju2 sangat pun note 10.1 tu ade dah.

ape bestnya samsung galaxy grand quattro ni?
baca sini


7.7.13

BAJU RAYA TAHUN INI

baru nak puasa tapi baju raya dah siap?

hahahahha maafkanle Ai ye. 2pasang baju raya dah siap masa bulan 3 hari tu tapi dah terpakai pula ke majlis kenduri kahwin. semenjak dua menjak badan mengecut ni banyak baju lama dah tak boleh pakai. dah banyak yang diwariskan kepada anak saudara yang sekarang berada dalam tingkatan 1.

jadi akibatnya Ai terpaksa cari baju raya yang baru.
dan baju raya baru dah tiba masa jumaat yang lepas.

tadaaaaa

baju Raya Ai
hehhehe kalau yang hantu shopping pasti tahu dari mana Ai bli ni. sorry la buh baju atas lantai sebab masa ni tengah test handset baru dan Ai hantar gmabr ni pada Jek yang tiada di Melaka (sekarang Jek masih di First Lego League Competition).

Jek kata tahun ni tema kaler oren. belasah la labu.
aisey baju raya Jek belum bli lagi daaa.

kot2 tak sempat jengah blog, Ai nak ucapkan selamat menyambut ramadan. semoga ramadhan kali ini membawa seribu makna buat kita (^_^)

2.7.13

SMOOTHIE AVOCADO, AVOCADO SMOOTHIE

salam readers.

saje nak kongsi sarapan Ai tiap2 pagi. dah 3bulan kot amalkan ni selain masih meneruskan consume herbalife di waktu malam. resepi ni dapat daripada Jay Farhana. dia juga TTcian dulu tapi bulan 5 yang lepas dah melahirkan baby boy.


bhn2 utk avocado smoothie;

setgh biji avocado yang masak. faedah avocado baca sini dan sini
(kalau bli yang mentah, cuma perlu letakkan avocado pada suhu bilik. Insyaallah esoknya akan lembut. almaklum malaysia ni kan panas).

1 peket serbuk susu kmbg (setakat ni Ai dah pernah blend dgn susu kambing Hiraq, Anugerah dan Karihome-yg ni imported dari new zealand).

2 biji kurma (3biji pun boleh)

250 ml air (kalau suka sejjuk boleh guna air sejuk. Ai salu guna air pada suhu bilik sahaja).


blend dan minum


selamat mencuba!!!!