Ikut AiTotYati

Showing posts with label prolapsed invertebral disc. Show all posts
Showing posts with label prolapsed invertebral disc. Show all posts

14.11.09

CAKERA TULANG BELAKANG TERKELUAR

kosmo online hari ini telah menerbitkan artikel bertajuk "HIMPITAN SARAF"

wah patutnya entri ini aku letak kat blog lagi satu tu. tapi takpe saje nak buat review. buat kawan2 atau pembaca yang masih kurang jelas tentang PID ini. setelah dibahasa melayukan istilah prolapsed invertebral disc ni, istilahnya ialah CAKERA TULANG BELAKANG TERKELUAR.

seram? ngeri? terkejut? nyilu tetiba di belakang tulang belakang anda? kalau anda rasa ngeri lagilah aku ni yg menjadi penghidapnye. meh aku petik sikit dari kosmo 14 nov 2009:

"Bagi kategori Extradural, ia berlaku akibat penyakit di luar selaput saraf tunjang seperti Spondylosis, cakera (disk) tulang belakang terkeluar (PID), keretakan tulang belakang akibat kemalangan serta ketumbuhan.

“Bagi kategori ini, himpitan terjadi di kawasan luar saraf tunjang. Ini secara tidak langsung akan mengganggu bahagian saraf yang mengawal deria sentuh serta saraf motor,” ujarnya.

Bukan sekadar itu, rasa kebas atau sakit akan timbul dan menjadi lebih teruk apabila melakukan kerja-kerja harian seperti membongkok, mengangkat barang atau keadaan posisi tubuh yang salah.

Tidak terhad di kawasan pinggul dan belakang paha, kesakitan turut merebak di anggota tubuh yang lain atau radiculopathy turut mengganggu keselesaan pesakit.

“Ada keadaan tertentu, pesakit boleh menjadi lumpuh akibat himpitan pada saraf ini,” jelasnya.

Di samping itu juga, kebas pada anggota kaki ini menyerang tidak kira masa. Malah, dalam keadaan tubuh sedang berehat, kebas ini masih terasa.

--> tang lumpuh tu aku dah rasa dah. aku hanya mampu terbaring. nak angkat punggung tak buleh. bila try bergerak memang amat sangat sakit tak terkata Allah je tahu.

Penggantian cakera

Mengenai rawatan, Azmi menjelaskan ia bergantung kepada jenis penyakit dan kerosakan yang berlaku sehingga menghimpit saraf tunjang dan ekor saraf.

“Sekiranya ia melibatkan kehadiran tumor, pembedahan perlu dilakukan bagi membuangnya. Sekiranya ia melibatkan cakera tulang belakang yang terkeluar, pembedahan bagi mengeluarkan bahagian cakera tersebut dan penggantian cakera boleh dilakukan,” katanya.

Tambahnya, ubat penahan sakit dan teknik Traction atau regangan tulang belakang turut dilakukan dalam sesetengah kes PID yang boleh mengurangkan tekanan terhadap akar saraf.

---> ubat penahan sakit ntah berapa banyak yg masuk dalam badan aku ni. bukan setakat pil, 3kali aku admit kat pantai, jenis cecair tu yg disuntik masuk pada tangan aku dengan kuantiti 0.8 ml/jam. kalau tak salah aku satu tiub tu tahan 6jam. admit hari tu masuk 4botol. kire jelah berapa ml painkiller yg masuk dalam sistem badan aku. traction tu aku selalu buat bila time fisioterapi selain hotpack dan juga back exersice yg aku kena buat.

Lanjutan daripada pemeriksaan fizikal, pesakit perlu menjalani ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) di bahagian tulang belakang bagi meneliti secara terperinci struktur saraf tunjang, akar saraf dan anatomi tisu sekelilingnya dengan lebih jelas.

Selain daripada itu, ujian X-ray dan CT Scan juga boleh dilakukan bagi mengetahui keadaan tulang belakang yang secara semulajadi berfungsi melindungi saraf tunjang pesakit.

--> MRI toksah cakaplah, tiap kali masuk tiap kali tulah aku wat. cuma 3rd time admitted tu aku refuse to do MRI. memang nampak bengang muka drLAT tu. yelah tak dapatlah duit kan?

aku akan cerita lebih lanjut dalam blog lagi satu tu. so kawan2 dah dapat tak ape sebenarnya PID?

iklan: JAGALAH KESIHATANMU. JAGALAH POSTUR MU. JANGAN PANDANG REMEH KERANA JIKA DAH KENA IA MENGGANGGU KUALITI HIDUPMU.

12.11.09

MITHALI SEMUANYA!

baru je dapat bangun macam dah terlepas dari kandang. hahahahhaha.. bila kite sakit kita akan banyak mengingati Allah. uishhh masa sakit je ke? maksud aku.... aku banyak muhasabah diri sewaktu terlantar sepi mengenang nasib diri.

masa sakit jika nak cepat sembuh kena berfikiran positif. mujur aku di kelilingi oleh insan2 yg sentiasa mengambil berat!!! saya ingin tujukan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada:

1. hubby yang banyak menjaga aku (iyer termasuk ke toilet- masak bubur- buat semua kerja rumah-suap makan-dan semualah!!! - saya dengan bangganya nak anugerahkan SUAMI MITHALI kpd EN. HUBBY yg banyak berkorban tenaga, wang ringgit etc etc)

2. mak abah - mencari air penawar, bacakan yassin, doakan aku, masakkan makanan aku, mandikan aku dan segalanya - aku nak bagi anugerah IBU BAPA MITHALI

3. mak ayah - melupakan kesibukan bekerja demi melawat aku yg sakit. memberikan sokongan moral dan mendoakan aku - aku nak bagi anugerah MERTUA MITHALI!

4. adik beradik - yg rela berkorban melepaskan mak abah mak ayah datang ke umah menjaga aku tatkala hubby pergi bekerja. sian adik nak stpm mak takde kt umah.- aku nak bagi anugerah ADIK BERADIK MITHALI!

5. kawan seperjuangn - buat nuril, ra, akuza, kza, kpah, syikn terima kasih menziarahi aku di hopital tempohari. kAna, knad, meor, meena, azhar, manaf yg sudi sms beri moral support. jiran tetangga acik Mala, acik Shima, kak mawar, kak mala yg menziarahi aku - nak bagi anugerah RAKAN/JIRAN MITHALI!

maaf jika ada yg aku tak tersebut di sini.

mungkin ada yg belum tahu, 081109 yg lalu aku admitted lagi di HPAK kerana prolapsed invertebral disc. itu kali ke3 aku masuk wad kerana PID. tahun lepas sekali. tahun ni 2kali. memula masuk 4H3m. kali kedua masuk 3H2M dan yg terbaru ni aku masuk 2H1M je. tak sanggup dah aku nak terima painkiller sebanyak2 nyer. nantilah aku ceritakan semuanya.

note: aku buat entri ini selama 3jam. kejap2 bangun, jalan n baring nak elak belakang aku daripada sakit. kawan2 sila amalkan postur yg betul semasa melakukn semua aktiviti gerak kerja ok!

27.10.09

BLOG BARU

aku create satu blog baru khas utk PID yang sedang aku alami sekarang. orang tengok aku normal tapi bila aku berjalan akan ramailah orang yang tegur aku dan kata,

"hai lemah longlai je"

jadi aku jawab dengan senyuman je. jauh dalam sudut hati aku simpan betapa sakitnya paha dan belakang aku. aku bukan seorang yang suka nak minta simpati tapi tadi dalam meeting utk hari keluarga aku terpaksa bersuara.

taip banyak pun buat aku sakit hati aje. biarkan ia berlalu. ini link blog PID aku.