Ikut AiTotYati

Showing posts with label ulasan filem. Show all posts
Showing posts with label ulasan filem. Show all posts

21.5.11

Nur Kasih....... yang kasihan

kasihan sebab MBO gi delay sejam setengah movie tu. patutnya 3.30 ptg dah boleh masuk cinema tapi delay sejam setengah makanya jam 5pm baru dapat masuk panggung dan tonton.

kat luar cinema tu dah mcm nak ade rusuhan.

bak kata enJekjek,
"mana tak penuh MBO ni ayang, makcik2 yang minat Nur kasih semua turun padang"


berapa bintang?

3bintang sudah


-_-"

5.12.10

AKU TAK BODOH. KAU BODOH?

tadi g MBO cinemas kat melaka mall menonton filem aku tak bodoh. antara sebab Ai teringin nak www.tonton.com.my tonton adalah krn adanya adibah nor. kebetulan petang tadi melihat the making of aku tak bodoh di astro ria. tu yg tetiba je trs mengajak encik suami pergi ke MBO cinemas melaka mall. hihihi

 sumber foto daripada sini
tima kasih ye



ye Ai peminat adibah nor. bukan macam tubelawak yang minat cik lisa surihani. kehkeh. suka kak adibah nor yg selalu berlakon dgn bersahaja. oh selain tu ade amy mastura. dan sbb utama ialah kerana filem ini adaptasi daripada karya  Jack Neo iaitu I'm not stupid too. tak tahu? klik sini untuk mengetahui lebih lanjut.


Ai shuke cerita ni. ye cerita melayu yang menggunakan pelakon biasa biasa tanpa dedah sini sana. dialog yang digunakan sangat memberi kesan. macam dialog anak menerangkan pada ayahnye mengapa dia mencuri di kantin sekolah sedangkan mereka adalah keluarga yang berada. dialog seorang cikgu yang asyik nak kata pelajarnya bodoh. pelajarnya asyik dapat telur busuk. cuma mungkin lain kali pengarah boleh mengkaji dulu terma-terma yang sepatutnya digunakan. contoh seperti pengetua bukannya guru besar kalau di sekolah menengah.


pengorbanan seorang ayah yang sayangkan anaknya tapi tak berapa pandai nk tunjuk. bli jugak beg harga rm20 sebgai hadiah kepada anaknya. oh sangat touching. oh ade lagi ayat-ayat terakhir seorang bapa sebelum dia meninggal,

" bukan anak kurang ajar tapi ibubapa yang tak pandai mengajar"

eh alamak. ye ke? ke Ai yg salah ingat nih.
eh ape2 pun g layanlah filem ni. penuh pengajaran.




AKU TAK BODOH. 
KAU ?

4.12.10

AKU MASIH DARA

silalah percaya dengan Ai. oiiii hang tu dah sambut 5th anniversary nk kata masih dara lagikah?

hahahhah yelah yelah tak boleh dah nak ungkapkan tu.
tapi masa kami pi tengok Rapunzel kt MBO Ai nampak poster di bawah ni. Apalagi snap le nk jadikan entry blog dasar hantu blog

perlu ke filem Melayu seperti ini?
Pada pendapat Ai dengan melihat posternya sahaja dah boleh meransang gelojak jiwa remaja. Ai bukanlah peminat filem melayu sangat. tapi Ai tidaklah mengkritik filem kite. itukan mmg industri filem kite. setakat ni cuma suke filem Cinta, Magika dan Sepi sahaja.

try google info tentang filem aku bukan dara ni. dapatlah beberapa maklumat seperti di link ini dan ini

filem ini adalah arahan Ahmad Idham. sangat klise bila pengarah selalu kata untuk menonjolkan fenomena remaja masa kini iaitu tentang kebejatan masalah sosial remaja.

kamu nak tontonkah?


p/s: terbacalah pulak pasal kupasan YB di blog nya tentang dara. nak baca klik sini

3.10.10

movie review: FILEM MAGIKA

jumaat petang Ai puasa ganti tapi pergi tengok wayang. maksud Ai pergi tengok wayang lps menghadiri open house anjuran kwn sekerja. lps maghrib gtu. tgk wayang psl tak sengaja. last minute punye plan.

lagi 5 minit movie nak ditayangkan baru tiba di kaunter tiket beli sendiri. oh pergi menonton di Melaka Mall. di situ yang ada ialah pawagam MBO Cinemas. sbb dah jadi member maka tiket berharga RM9 x 2 org = RM18. tgk movie show jam 9 malam.


pernah cerita pasal movie ni dalm satu enrty Ai dulu. klik sini.

cerita magika ni macam cerita the 10th kingdom. kamu tak tahu cerita tu? meh klik sini
cerita yang himpunkan semua watak dongeng dalam satu cerita.


sila lupakan cerita encahnted, the 10th kingdom atau ape2 cerita epik barat. filem magika adalah acuan malaysia. garapan edry.

masa kami masuk dalam cinema tu dah gelap. dan betul2 baru start. nasib baik.

cerita ni tentang malik yg termasuk dlm perigi ajaib (part ni ala2 movie Enchanted gtu). lps tu malik tu kena kidnap dgn nenek kebayan n awang kenit.


ziana zain jadi nenek kebayan yg cun. wohoooo mmg menjadik watak dia. dia buat jamu awet muda (potion eternal youth) dari air mata si malek (kanak-kanak) ni.

oleh kerana Ayu (diana danielle or DD) pun dah termasuk dlm perigi tu sbb nak selamatkan malek maka si ayu dah jumpa dgn Bad @ Badang (Mawi). mawi nampak keras sikit. aku tgk depa kurang serasi. so sepanjang masa menyelamatkan ni DD byk jumpa watak2 lain macam pakpandir (pakNil), mak andeh (raja azura), hang tuah & kwn2nya, puteri bunian (maya Karin), bwg puteh (sh amani), bwg merah ( leeya) dan byk lagilah.


Ai mmg bantai gelak habis-habisanlah!!! lagi2 masa part bwg merah n bwg puteh hantar bwg2 ke umah nenek kebayan. lebih kurang mcm ni kot dialognye,

"eh pintu terbuka sendiri, tapi takde orang pun di sini"

rupa-rupanya yg bukak pintu tu awang kenit maka mmglah tak nampk org berdiri. kome paham2lah kalau amani n leeya yg gelak2. kehkeh


kalau kome rasa stress Ai mmg rekemen tgk movie ni. kami mmg susah nk tonton filem melayu tapi sbb ni terbitan KRU maka kami tonton. tlg jgn banding dgn movie barat mmglah jauh ketinggalan. tak adil!!!
ni buatan anak tempatan. berbanggalah sbb anak te,patan dah mengorak lagkah. hrp2 lps ni ramai lagi movie guna CGI yg canggig canggih.

ape tercangak lagi. pergi tonton ssekarang!!