Ikut AiTotYati

28.12.12

PERCUTIAN KE OSAKA JEPUN; DAY 1

salam readers.

Ai telah menerbangkan diri ke Osaka, Jepun dari 19 hingga 24 disember yang lepas.

plan awal nak naik MAS tapi bila nk bli keesokan harinya tengok2 tiket dah naik berganda. trs terpaksa naik AirAsia.

so dari LCCT 19/12/12 jam 0100 (jam 1pagi weh).
pilot kata tempoh penerbangan ialah 5jam 30minit.
haruslah AirAsia X
kami tiba di Kansai International Airport jam 7.30pagi (waktu Jepun- waktu Jepun cepat sejam dari Malaysia).


pemandangan dari tingkap Ai duduk
dalam plane lagi

alhamdulillah tiba di Kansai Airport


masa dalam airport tak terasa sejuk tapi sbb pilot dah btau suhu ialah 5 darjah celcius, jd Ai dah get ready dah. oh Jepun tengah winter masa Ai pergi tu. Ai pakai long john, baju dan kemudian winter wear. oh sangat jakun bila bercakap keluar 'asap' dari mulut. hihiihih

dari airport kami ke rumah kawan BIL dengan menaiki limosine bas. lepas tu sambung naik tren dan kemudian naik bas no. 11 (kaki le). rehat sekejap di rumah kawan BIL dan kemudian keluar menaiki tren untuk ke J-hoppers (hostel tpt kami tinggal).

nak bli tiket Limosine bus

inilah bas limosine yang kami naik
ini bukan tiket limosine bas tapi nombor luggage kami. walaupun dalam bas tu hanya kami sefamily tapi tetap dapat nombor. bas bertolak tepat 9.45pagi

pemandangan sepanjang perjalanan

subhanallah

bangunan ku taktahu namanya

kansai

dari bridge

mereka berbasikal di mana sahaja


bas turunkan kami di sini dan kemudian kami naik tren

ini pas tren

sila touch pas di situ

tren dah sampai


Ai baju merah, beg purple. hehehe. tolak beg nak ke rumah kawan BIL. jalan ini bersih walaupun sempit. ye Jepun mmg bersih walaupun mereka bukan beragama Islam

basikal

view di lorong

memang ada rasa nk bawa balik msia

itu basikal my BIL

stesen tren


J-hoppers. hostel tempat kami tinggal. satu malam seorang 3000yen

isi details nak check-in

staff J-hoppers

notis board yang penuh dengan info

view dari roof top

restoren malaysia boleh! kami dinner di sini. untuk 7org makan Ai byr 8100yen



ini nasi Lumma


pokok krismas yg besar


ok sekian dulu ye.

23.12.12

Osaka; toilet cantik

Hari ini day 5 di osaka, jepun.
Kaum lelaki gi yodabashi. Dah tentulah enJekjek cari gundam dia tu. Ai mls ikut lepak kt blk je. Satgi nk g kobe
Toilet jepun ni sume canghih2 n cantik n wangi.
Tekan je button air kuar.hihi

18.12.12

PEMANDANGAN: AWAN

subhanallah indahnya ciptaan Allah.
gambar diambil menggunakan samsung galaxy note 10.1 sewaktu dalam perjalanan pulang dari kenduri mbah Marfuah di panchor sekitar jam 1tengahari.



manusia hanya boleh melukis. Lukisan Allah tiada tandingannya. 
dah tu, awat degil nk bangun solat subuh?

17.12.12

BARELY SUPERMOMMY

Ai mula baca blog barely supermommy ni awal tahun ni.
korang taktahu blog sape?
barely supermommy ni blog isteri angkasawan negara yang pertama tu,  Dr Halina.
seronok je baca. rasa santai je dan banyak info. seronok baca pasal Bella. Bella tu anak mereka yang pertama dan tak lama lagi Bella akan jadi kakak.

alhamdulillah skrg beliau sudah bertudung. dan menambahkan lagi kesukaan aku terhadap Dr Halina.
petang semalam sanggup tak shopping tapi terus balik rumah sebab nak tengok Dr Halina dalam Nona. yg sebenarnya cerita pasal suaminya tu. beliau dgn peminat naik  cruz g Krabi melayan peminat2 DDSM. tapi aku nak tgk Dr Halina dan Bella. ade satu part tu DDSM suapkan Dr Halina, sangat sweet.

pergh panjang intro.
yang sebenarnya nak cakap, malam tadi aku mimpi Dr Halina dan Bella datang umah mak aku kat kampung tu. mereka tumpang umah sbb tak dapat cari homestay. suaminya pula kena bagi ceramah kat ILDAS. sape yang taktahu ildas tu ape, sila klik ILDAS. DDSM bagi ceramah pasal angkasa lepas. Dr Halina dan Bella pula lepak umah mak menikmati udara kampung. hihihi

ok dah. itu je nak cakap.
oh kalau nak ke blog Dr Halina boleh ke barely supermommy

KEMPUNAN FINGER SOFA

alahai Ai kempunan telur tembakul. hahahhahaha

kau dah kenapa Ai?
gini....

hari tu masa usha2 durian crepe, tetiba terusha satu kedai perabot melayu yang baru buka. tengok punye tengok eh ade pulak benda ni
finger sofa ini adalah untuk orang dewasa. susah wooo nak cari finger sofa untuk orang dewasa kat melaka ni. yang ada selalu Ai jumpa ialah yang untuk kanak2 dan ia berharga RM99. yang untuk dewasa ni harganya RM250 tapi tauke bagi RM220. masa Ai nak beli ni, enJekjek takde di semenanjung sebab beliau berada di Limbang selama seminggu. so sebab Ai ade backpain n tak boleh angkat berat2 so Ai janji dengan tauke kedai untuk datang rabu selepas enJekjek pulang.

tapi bila Ai pergi kedai tu, kedai tu dah tutup. sedihnya. sama ada kedai tu bankrap sebab tak boleh nak bersaing dengan kedai perabot yang lain Ai pun kurang pasti. yang pasti sekarang Ai kempunan. dah lama cari. warna merah pulak tu. sangatlah warna kegemaran Ai....

15.12.12

PIKOM PC FAIR 2012 MELAKA

salam pembaca.

Pikom PC Fair edisi ke-2 sedang berlangsung di MITC melaka dari 14-16 disember ini. mulai 11pagi hingga 9 malam.

haaaa? Ai dah pergi ke belum?
dah tentulah dah pergi. hehehhehe. pergi petang semalam sebab enJekjek nak cari printer utk sekolahnya.
jom tengok gambar


jom pergi Hall A
masuk2 jer nampak ni. Nissan Almera weh lucky draw tu
nak? layak sertai cabutan jika bli RM1000 ke atas
enJekjek bli sd card rege RM91
tengok2 printer
ni Ai dah nak keluar dah
2 buah printer Brothers berharga RM897
kali ni lucky Draw takde ong la. pernah dapat sekali je masa PIKOM PC FAIR edisi pertama bulan mac hr tu

Ai bli power bank 13000mA berharga RM190 dgn micro SD card berharga RM239. enJekjek le yg shopping banyak giler sbb total resit cecah RM2k lebih yg melayakkan kami utk masuk 2borang bagi Nissan Almera. cabutan akan diadakan pada Januari tahun 2013. minta2 ada rezeki. aamiin. (^_^)

untuk warga melaka, apa tunggu lagi? pergi terjah MITC

12.12.12

DUA BELAS DUA BELAS DUA BELAS 12.12.12

ya tarikh hari ini unik 12.12.12. seunik Ai yg dah buat 3entry sebelum ini.

entry satu 12.12.12 di sini cerita tentang Big Bad Wolf
entry kedua di sini tentang Bleki dan Snowi
entry ketiga di sini tentang cakar kucing

antara sebabnya banyak entry sebab nak asah skill menaip. lagipun enJekjek takde dia gi sekolah. dedikasi kan enJekjek? ni dah maghrib dia on the way balik ke rumah.

lepas tu Ai belek-belek tahun lepas pada tarikh 11.11.11
Ai ade buat entry. kebetulan tarikh tu jatuh pada birthday my Angah.
entry itu di sini

Ai try carik tahun 2010 untuk tarikh 10.10.10
tengok2 takde entry sebab pada tarikh itu my adik menikah dan kami stranded kat highway plus sebab ade bas terbabas tu.
10.10.10 ialah hari ahad.
 perjalanan pulang paling lama dalam sejarah guna highway PLUS.

try tengok 09.09.09
Ai buat entry tentang cerita lucu. entry ada di sini

tahun 2008 Ai baru start berblog guna blogger. sebelum tu blog kat friendster. tapi sume catatan dah hilang. huhuhu

selamat tengok tarikh2 cantek


CAKAR KUCING?

heee saje buat entry ni khas buat sahabat mayaku irtiyah.
beliau tanya tips utk elak kucen cakar kusyen.
haaa dua benda inilah yg Ai bli. dua2 boleh dibeli di pet shop.




tak dinafikan memang Snowi dan Bleki kaki mencakar. tapi kat mana 'diaorang' cakar?
tempat cakar

masa mula2 Bleki n Snowi 'tiba' di rumah kami, mereka comel sangat. nak ambil masa mereka lahir kesian cerai susu. so amik masa dah besar sikit. ade Ai buh kat entry pendek di sini.

awal2 sampai tu memang Ai hari2 latih depa ni utk cakar kat tempat cakar tu. tiap2 pagi Ai akan pegang kaki2 kucen tu dan cakap dgn Bleki n Snowi. sambil cakap sambil kite gerakkan kaki2 kucen tu kat tempat cakar. lama jugaklah nak melatihnya.

tiap kali depa dok cakar sofa tu, mmg Ai babap la depa. Ai marah Bleki & Snowi. so that dia faham kite tak suke perangai tu. tempat cakar tu dalam RM50-60 mcm tu la. harga betul tak berapa ingat. ia diperbuat daripada tali tangsi kot.




semburan elak kucen cakar
yang semburan tu Ai sembur pada sofa. hehehhe baunya macam serai sikit2. mmg klu sembur Snowi n Bleki tak dekat. selamat sofa Ai. hehehhe. semburan ni boleh dibeli di pet shop ataupun Aeon.

so skrg ni Bleki n Snowi tau kt mana nk cakar. sesekali tu ade gak sengal nk cakar sofa tpi mmg Ai babap la. Snowi akan suka mencakar kt tempat cakarnya tu setiap kali bangun tidur dan sebelum melangkah keluar dari rumah. Snowi pandai (maybe sbb gigirl kot tu yg dgr cakap). hehehhe

masa tengah taip entry ni, Bleki bangun dan terus mengada panjat meja kemudian letak kepala kat tangan Ai macam dalam gmbr. Bleki mmg shuke mengada camtu. cepat2 Ai amik handset snap. berat wooo kepala Bleki ni. big boy lah katakan. Snowi pula masih lena diulit mimpi. syiokkkk tidur.