apa Ai?
Along alaf baru.
kenapa Ai cakap macam tu?
meh Ai kongsi pengalaman Ai berurusan dengan Mayfair, London Weight Management dan New York Skin Solution di Melaka.
terlebih dahulu, nak maklumkan sebelum ini Ai pernah buat facial, weight loss management di salun kecantikan milik orang sama kaum dan juga Fe Marit'z Aeon Ayer keroh. tapi salun2 ini tak cekik darah macam 3 salun ni: Mayfair, London Weight Management dan New York Skin Solution.
mari Ai cerita tentang Mayfair dulu.
Ai pergi ke Mayfair sebab tertarik dengan iklannya dalam pamplet perniagaan yang diedarkan di taman perumahan Ai. stated there rm899 utk 15 sesi begitu (wah murahla kan?). Ai pergi ke Mayfair Melaka pada akhir tahun 2012. tujuannya utk menambah cantik bentuk badan yang flabby flabby tu (tu la manusia kan. asyik tak puas hati j padahal dengan diet herbalife Ai dapat hilangkan 15kg).
ok kesalahan pertama yang Ai lakukan ialah Ai mengaku ada kredit kad bila staf Mayfair tu tanya. mula2 buat free treatment (free la sangat). memang layanan staff Mayfair tu baik habis la. maklumlah nak pancing kita. tapi kan bila Ai dah habis buat treatment tu, maka mulalah sesi pujuk memujuk. style pujuk memujuk Mayfair ni bukan lembut lembut tapi jenis memaksa. Ai diletakkan dalam satu bilik dan dikelilingi 2 orang 'consultant' dia. at one point Ai setuju utk swipe rm2250 (lebih kurang) utk 20 sesi selepas diterangkan itu ini. tapi..... tapi... bila dah lepas swipe tu, kad kredit Ai tidak dipulangkan.
masuk lagi sorang consultant pujuk Ai utk upgrade pakej dgn guna alat slim master mcm tu (ok alat ni blh cairkan lemak guna frekuensi tinggi- pernah tgk demonya dlm tv3). so Ai setuju dan tara.... naik jadi rm6550 utk 20 sesi. tapi Ai bagi syarat: ansuran kad kredit maybank utk setahun sahaja dan cib untk 20 tahun. Rawatan tahun 2012 Ai hanya datang 2 kali. tahun 2013 pun Ai hanya datang 2 kali sahaja (sibuk tesis).
dah bayar mahal mahal tapi setahun 2 kali je datang?
iye, sebabnya Ai menyampah, setiap kali nak start sesi asyik nak promote beli itu ini padahal kan Ai dah amik pakej rm6550. sebenarnya pada pendapat Ai, pakej tu tak wujud pun. 'consultant' Mayfair sesedap rasa je mark up harga (ini berlainan dengan pengalaman Ai di Fe Maritz yang memang ada nyatakan harga setiap rawatan dan pakej).
ok dipendekkkan cerita masa birthday Ai bulan April tahun ni orang Mayfair called bagitahu Ai ade dapat promo sempena birthday tapi Ai tak pergi sebab sibuk (read as malas).
Namun pada khamis petang Ai dapat panggilan dari Mayfair (no yang ini tak simpan, no lain Ai save so kalau Mayfair called Ai tak akan angkat). Mayfair beritahu Ai patut datang utk naikkan metabolisme sel; yang ini promosi ramadhan. So Ai pun bersetuju kerana si pemanggil menyatakan rawatan cuma ambil masa 30 minit sahaja (takde guna hot blanket etc atau yg membuatkan Ai lemah).
dan apabila Jumaat minggu lepas, Ai sampai di Mayfair jam 2.45 petang. terus sijemput masuk oleh Yvonne. si Yvonne ni mengaku 'consultant' Ai (padahal ntah bila Ai lantik dia ntah). Yvonne ni ambil timbangan berat Ai. tapi Ai memang dah maintain beratpun. Ai punye penimbang jenama Tanita di rumah lagi canggih (sape amik herbalife tahu la). kemudian kami duduk dalam consultant room Mayfair. seperti yang Ai agak, Yvonne mula jual barang suruh beli itu ini. Yvonne kata kena datang 5 hari berturut-turut utk treatment ni. Ai dah mula panas hati apahal nak main paksa-paksa ni. so bila Yvonne nampak Ai mcm nak marah, dia slow down dan suh Ai masuk buat treatment tu. tapi sambil tu, dia pujuk suruh Ai amik treatment DDP (bila Ai tanya ape benda DDP tu tak reti plak dia menjawabnya cuma yang Ai pasti itu adalah cecair di dalam botol. cecair tu hanya 20ml tapi dijual rm220 sebotol!!) Ai memang taknak amik! tapi dia pujuk. Akhirnya Ai setuju bila dia kata promosi. Ai cakap kalau nak suruh tambah duit memang sorrylah kan. dia amik kad rawatan Ai dan mula tunjuk akan ganti DDP tu dgn ampoule yg lain. so Ai setuju.
so treatment dgn DDP pun dimulakan. treatment ni guna tekanan. cecair dimasukkan dalam picagari tapi takde jarum. picagari diletak atas kulit dan ditekan. habis je rawatan ni kulit Ai berbekas dan gatal. ok lepas dah tamat sekali lagi masuk dalam bilik keciknya tu. masa tu dah jam 5 petang. sesi jual pakej mula lagi.
rawatan Ai yang rm6550 tu baru 4kali Ai attend. jadi maknanya ada 16kali lagi. Tapi bila Ai tak mahu convert pakej tu ke pakej DDP rm9000 Yvone mula tinggi suara. dia mula offer pakej lain pulak.
pakej seterusnya ialah pakej tambah DDP dlm treatment yg sedia ada. Bila Ai tak setuju untuk amik pakej DDP (15 botol rm2500- murahlah konon sbotol jadi rm166.66 je) tu Yvonne mula paksa Ai untuk bayar 4 botol DDP yang dah diguna (berharga rm880). masa ni Ai dah tahap berang dah. Yvonne Mayfair mula kata Ai salah faham. dia kata mana ada barang free. wah masa tu mmg melampaulah. dahlah mula2 cakap DDP tu free sbb tengah promosi, lps tu sebotol rm210, kemudian 220 kemudian rm166 kalau amik banyak. kau dah kenapa? Dia kata nak panggil manager. Ai kata?
"ini tak masuk akal! you called kata treatment tingkatkan metabolisme sel hanya setengah jam tapi you suruh I try DDP secara free tapi akhirnya bila I tak mahu ambil pakej tu you paksa I bayar?"
habis je cakap mcm tu I terus bangun dan keluar.
Tak menoleh lagi.
terus masuk kereta (kebetulan Ai parked abang singa Ai depan salunnya).
Jadi korang kalau ada hati atau baru nak cuba cuba dengan salun cekik darah ni buang jelah niat tu sebab kalau tak pandai tepis nanti jadi macam Ai.
ini baru cerita Mayfair.
nantikan part 2 untuk new york skin solution plak.
Teruk nya mereka. Tp mmg akak selalu dgr citer ketiga2 tmpt ni.. banyak duit dah berhabis tu Ai.. sayang nya... -_-"
ReplyDeleteTakpe lah.. amik pengajaran.. moga lps ni kita tak 'dicekik' lagi
memang teruk kak. sebab tu gagahkan diri tulis entry di sini. harap org lain tak terkena mcm Ai. kakalu kekda nak share entry ni pun boleh. biar jadi pengajaran buat semua.
Deletesaya pon alami nasib yg sama mvm ai.. 15 ribu habis.. siap fight tribunal lg.. menang kes tp x dpt kesemua duit..lain kali sesiapa yg x puas hati leh fight kat tribnal pastu kalau x puas hati lg fight sivil.. mmg lmbt prosedur nya.. asalkan ada tindakan dibuat.. kalau aduan pgguna dah byk.. nnt syarikat yg berkenaan akan di boikot
Deletesaya pon alami nasib yg sama mvm ai.. 15 ribu habis.. siap fight tribunal lg.. menang kes tp x dpt kesemua duit..lain kali sesiapa yg x puas hati leh fight kat tribnal pastu kalau x puas hati lg fight sivil.. mmg lmbt prosedur nya.. asalkan ada tindakan dibuat.. kalau aduan pgguna dah byk.. nnt syarikat yg berkenaan akan di boikot
Deletesaya pon alami nasib yg sama mvm ai.. 15 ribu habis.. siap fight tribunal lg.. menang kes tp x dpt kesemua duit..lain kali sesiapa yg x puas hati leh fight kat tribnal pastu kalau x puas hati lg fight sivil.. mmg lmbt prosedur nya.. asalkan ada tindakan dibuat.. kalau aduan pgguna dah byk.. nnt syarikat yg berkenaan akan di boikot
DeleteAssalam... I dah kena dengan new york solution... Sekarang baru nak report tribunal... Boleh x sis nurhaliza ali share mcm mne nk fight smpi menang... ni emel sy... dhiahrahim@gmail.com
Deletecukup x suka bila dipaksa-paksa utk membeli... apa2 barang pun la... ikut suka kita la kan nak beli ke tak...
ReplyDeletebtl tu Nina. nyampes btl. sukati la kan?
Deletehabis yg balen 16x treatment tu bila nk buatnya t? or burn sajakah? huhu...byk woo
ReplyDeletetgk nanti klu aku dah sejuk hati aku nak sambung buat. tp buat utk habiskan treatment tu ja. klu nak amik pakej lain sorrylah. klu nak share entry ni aku benarkan. harap org lain dapat ambil pengajaran kisah aku ni.
Delete