Ikut AiTotYati

31.5.10

HAZARD... HAZARDOUS?

hari ini setelah melalui 2kali kesedihan Ai dapat 3kesedihan.

satu kesedihan ialah pengetua kami akan berpindah ke Putrajaya.
kedua kesedihan ialah kawan sepanitia akan berpindah ke negeri sembilan (ok ok Ai faham Ai akan ambil alih kelas dia. macam tak biasa ajar form 5, kan?  last year buleh pulun 4kelas form5. kalau tahun ni diberi lagi kelas kawan Ai yg berpindah tu akan jadi 3kelas. Insyaallah kalau niat ikhlas buleh dapat result yang gemilang!!! )

tamat kesedihan satu & dua. mari ai cerita kesedihan ketiga.


ok gambar pertama itu ialah foto Ai memfoloow hubby ke... ke... ke... ke bengkel kereta. begini ceritanya...

setelah belum tamat majlis di sekolah Ai dah minta kebenaran keluar  ke GH utk fisioterapi. biasalah setiap isnin mmg Ai akan ke sana. sewaktu Ai berhenti di satu lampu isyarat, Ai telah meletakkan gear neutral. normallah kan if berhenti letak gear neutral. dan apabila lampu isyarat bertukar hijau maka Ai cuba nak masuk ke gear D tapi hamek kau gear tak mahu masuk. kejung keras kalau Ai tarik juga mahu patah kot. oleh kerana jalan itu menuruni bukit maka Ai hanya lepaskan brek tangan sahaja. masa ini Ai tidak panik cuma tertanya-tanya gaklah kenapa my baby pijot ni meragam. umurnya baru 1tahun 1bulan beberapa hari maka logiklah panggil baby, kan? cuma orang belakang Ai dah hon tak puas hati kenapa kereta Ai lambat bergerak macam siput.

Ai segera memikirkan cara terbaik dan Ai terus je bagi signal kiri sambil menekan pedal brek. tangan Ai terus je menekan lampu hazard yg terletak di tengah dashboard tu. Ai segera mematikan enjin kereta. dan kemudian on semula enjin. tapi gear tetap tidak mahu beranjak. Ai lihat jam pukul 1pm lebih. maka otak ligat berputar. Ai memutuskan menelefon hubby walhal tahu dia di sekolah. Ai tak kira telefon jugak. perjalanan pulang hubby mengambil masa lebih kurang 30minit jika tak jem tapi sbb tengahari maka jem maka jgn mimpilah dia akan sampai on the dot. maka Ai fikir lagi nk telefon sape lagi. Ai telefon bengkel kereta pijot ni (selaku pengedar dan tempat servis rasmi). telefon dgn harapan dia bagi tips tapi ko tahu jelah cha ya nun alif ni pk bisnes je. die suh Ai tepon insurans suh tow ke bengkel dia. cibai betul. opsss mencarut sorry. so Ai tepon kwn sekolah yg ade kereta sama mcm Ai (ok 2org saje ade kereta pijot ni di sekolah maka haruslah saling tanya menanya). tapi kwn pun tak pernah alamai perkara mcm tu so Ai dah mati kutu.

oleh kerana tersadai di tepi jalan tengahari buta dengan tidak beraircond maka ketiak pun melengas muka pun sama. tetiba Ai teringat nk sorok handbeg dan laptop. ko tau jelah kan tengahari buta sebelum ape2 jadi baik Ai sorokkkan brg2 berharga. ok walaupun, lokasi kejadian tidak jauh dari IPK Melaka tapi perasaan takut tetap ade. maka Ai berdoa dan terus berdoa. Ai biarkan enjin mati adelah kot dlm 10minit gtu. peh mmg sauna walaupun tingkap dibuka. well Ai tahu mmg banyak mata memandang tapi utk tolong Ai, tidak mungkin!!!  dan akhirnya setelah 5kali percubaan gear berjaya di tolak ke posisi D.

maka Ai selamat tiba di rumah. lps mandi solat terus ke bengkel. so foto pertama tu adalah kejadian mengekori hubby Ai ke bengkel pijot. foto yg seterusnya my baby pijot ditinggalkan di bengkel. mungkin satu, dua atau 3 hari blm dapat dipastikan. sangat sedih krn haruslah bangun lebih awal krn hubby akan hantar ke sekolah maka tak dapat tidur lebih lama. ngeeeee


ini foto lain pula. foto pada bulan lepas.. eh ke  dua bulan yg lepas... Ai selisih dgn hubby masa Ai nk g facial. masa ni hubby blk lewat sikit oleh krn appointment tu awal maka tidak buleh tunggu hubby. masa ni Ai di lampu isyarat tgh stop hubby pula dari jalan bertentangan masuk. yang kelakr tu masing-masing nampak kereta masing-masing kemudian sebuk nak telefon masing-masing maka talian masing-masing tidak dapat ditembusi. lps tu masa selisih buleh pulak main jelir-jelir lidah cuma tak dapat nk buat muka penyek kat cermin kereta. muka penyek? alalaaaa yg mcm penyekkan muka kat cermin tingklap tulah...hahahahaha



oh yg kamu nampak itu adalah side mirror kereta Ai. cuba kamu lihat awan dan pemandangannya. cantikkan? subhanallah.

best ape blm ada anak maka buleh keluar suka suka hati. lps ni nk cerita pula psl movie. 3hari kami tgk 3movie di cinema. ngeeeee. tapi selalu jugak dlm satu hari tgk 2movies di cinema. kire bajet marathonlah.. hehehehe...... walau apepun Ai sayang hubby Ai.

18.5.10

TINDAKAN SETERUSNYA?

dunia tanpa sempadan ni ada positif negatifnya.

 lagi lagi sejak ada facebook.

hasrat di hati nak tutup akaun yg skema tu tapi nampaknya akan dibiarkan sahaja. nampaknya org2 yg dah diapprove di akaun santai akan didelete dan dibiarkan dalam akaun skema. alasan? saya perlukan ruang di mana tidak dikelilingi rakan sekerja mahupun orang orang yang saya kurang senangi.

selalu sakit mata dengan foto2 pelajar yg tanpa segan silu berlaga pipi.
ada lagi best bersama pasangan dalam swimming pool.

sebagai seorang guru, selain nasihat dan kaunseling apa lagi yang aku buleh buat kalau ibubapa mereka pun buat tak tahu?

boleh tak aku pun nak buat taktahu?

aku bukan taknak ambil tahu tapi nanti kata sibuk pula sbb ibu bapa pun selamba sahaja. aku sudah buat yang terdaya.

tindakan seterusnya?

BUKANLAH RAHSIA

ia bukanlah rahsia lagi. alhamdulillah semakin biasa.



ini bukan cerita tentang kehamilan. tetapi tentang penurunan berat badan. (^_____________^).



Ai tidak segan silu nak kongsi. ini cara Ai turunkan berat badan:

1. ambil jusmate5 sekotak- habiskan dan ikut arahan. satu kotak dah cukup
2. gantikan beras biasa dengan beras Taj Mahal- mmg berbaloi.
3. jangan makan kulit ayam
4. minum banyak air kosong.
5. makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran serta ikan.
6. kurangkan fast food.
7. bersenam - Dr tak galakkan Ai jogging so Ai pergi berenang. dah 5bulan Ai terjebak.
8. jika terasa lapar minum banyak air kosong.
9. always bear in mind - betapa susahnya nak cari saiz baju jika berbadan besar.
10. paling penting - azam!!!

kdg2 Ai mmg terasa nk mkn fast food or chocolate or cake or ape2 shj. Ai akan mkn tapi lps tu minum banyak air kosong dan tak ambil nasi. Ai juga sentiasa membaca label makanan utk mengetahui jumlah kalori yg dibekalkan oleh setiap hidangan makanan.

cubalah!!!

16.5.10

UCAPAN: SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA INSAN YANG MENJADI GURU DGN IKHLAS. GURU YG MALAS & TIDAK IKHLAS TIDAK LAYAK MENYAMBUTNYA (pendapat aku sahaja. jangan kecil hati)

ucapan ini juga aku tujukan kepada SEMUA IBU BAPA DI SELURUH DUNIA.
ANDA ADALAH GURU KEPADA ANAK2 ANDA. DIDIKLAH ANAK2 ANDA DGN SEBAIKNYA.

renung-renungkan dan selamat beramal (^_____________^)

13.5.10

SERBA SALAH

Ai ada kwn. kwn Ai dah kena tahan wad.

masalah Ai ialah:
1. kwn Ai tu sorang2 je kt wad tu. tiada siapa teman.
2. her parents jauh- dah texted her parents (seems mcm takkkan trn visit anak sbb busy)
3. kwn Ai tu tak inform pun dgn adik dia sbb mereka ada krisis. pdhl adik dia kt area situ juga.

jadi:
1. haruskah Ai text adek dia? Ai serba salah.


Ai doakan kwn Ai tu cepat sembuh. insyaallah Ai akan ziarah dia ahad ini. sabtu hubby ade LADAP. Ai je takde. yeaaahoooooo!!!

oleh itu kwn2, bersyukurlah krn kita mempunyai keluarga utk disayangi dan menyayangi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

oh ada satu lagi kes Ai nk kongsi.

lastweek hari kecemerlangan sekolah Ai utk hargai pelajar SPM yg cemerlang. termasuk dlm list ialah anak pereka tari satu program realiti di TV last season. anaknya dapat jadi pelajar terbaik bg aliran yg diambil. so selaku ketua tukang buat powerpoint utk paparkan muka penerima anugerah Ai telah berjaya kontek pljr2 tu dlm facebook (see the good side of facebook?) utk minta foto paspot mereka yg terbaru.

so student ni sudah maklumkn pd Ai bhw dia tidak akan dpt hadir. satu2nya penerima anugerah yg tak dapat hadir. tahu kenapa?

Ai rasa kalian pun buleh fikir kenapa. tak perlulah Ai terangkan.

kasihan.

# kenapa masih ada ibubapa gila harta? kepentingan anak diletak tepi?

8.5.10

UCAPAN: HARI EMAK SEDUNIA

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU DI DUNIA INI!!! 

JADILAH IBU YG MEMBERIKAN CONTOH TELADAN TERBAIK PD ANAK-ANAKMU. JADI IBU BUKAN SETAKAT MELAHIRKAN ANAK TETAPI HARUS DIIRINGI DENGAN TANGGUNGJAWAB MENGASUH & MENDIDIK.

jgn hanya tahu mengandung dan beranak tapi anak2 kamu tak endah atau campak anak dlm tong sampah!!!

7.5.10

TAK FAHAM AKU

dalam kelas yang aman damai akibat suara halilintar gurunya yang tertekan kerana banyak bebanan kerja...

ok2 Ai takmo bebel pasal tekanan kerja dah...

oh pasal tu..

tiba-tiba seorang pelajar bernama mat saman (eh namanya muhammad b. abu bakar) memecah keheningan...

"CIKGU CIKGU, CIKGU ADA UBAT TAK?"

ubat ape?

"UBAT PENSIL TEKAN. PENSIL SAYA SAKIT"

guru yang tertekan itu tak jadi tertekan sebab gelak guling-guling

dah besar panjang buleh kwen dah pun panggil ubat pensil tekan?

1.5.10

ME vs MARIA OZAWA

Ai kan ramai pelajar lelaki. nisbah pelajar di sekolah Ai ialah
1girl : 5boys.
kalau org dok kata mana pergi org lelaki tapi di sekolah ku mmg ramaiii......


nak jadikan cerita masa masuk kelas hari Selasa hari tu tetiba sorang pelajar kata,

"maria Ozawa"



mak aih korang tak tahukah? taktahu sila google.
Ai kata sekarang!!!


Ai sound je student tu... "lagi sekali cikgu dengar kamu sebut... ada yg kena babap nanti"


hmmm sampailah smlm masih ade yg nakal dok sebut tu dlm kelas...
mentang2 nak masuk chapter Continuity of Life bukan main lagi ye kamu.
dan Ai btl2 babap mulut pelajar yg sengaja sebut tu.


cara membabap: pergi ke pelajar itu. lapikkan tgn dgn lengan baju kurung. dan.... babap!!!!
kali ni kelas betul2 senyap dan tiada lagi yg sengaja sebut maria ozawa

tapi sudahnya mereka sebut... MARILAH OGAWA!!!


aduyai...