Ikut AiTotYati

Showing posts with label kerosakan bestari 206. Show all posts
Showing posts with label kerosakan bestari 206. Show all posts

22.4.12

PEUGEOT 206 @ NAZA BESTARI @ ABANG SINGA

ini adalah entry khas buat PEUGEOT 206 @ NAZA BESTARI @ abang singa  kesayangan Ai.
16 april yang lepas, genaplah 3 tahun Ai telah bersama dengan abang Singa kesayangan.


road tax and insurance renewal.

2bulan sebelum tu ejen myEg dah emel pada Ai quotation utk abang singa. Ai simpan dulu hinggalah Ai cuti mid sem(7/4-15/4/12) barulah Ai contact ejen tu. summary untuk itu adalah seperti berikut:

NCD: 55% (transfer dr kereta lama. dari thn lps dah 55%).

sum insured: 40k (Ai tawakal je buh ni sbb nk kasi kurang insurans).
errrr yg lain2 dah tak ingat tapi total up sume Ai bayar ialah rm740. dan roadtax kereta sampai keesokan harinya.


servis kereta

11/4/12 Ai hantar ke servis centre peugeot di malim. dah harus nk servis utk 60ribu km tapi mete Ai tak cecah lagi. lebih kurang 57ribu km klu tak silap. oh time ni timing belt nak kena tukar satu set ye. dan total servis campur dengan tukar timing belt ialah RM1149.55



bateri pulak

lepas dah selamat amik kereta tu Ai dan enJekjek terus ke kedai elektronik di area melaka sentral krn enJekjek nak bli brg2 utk bengkel KHnya. lepas dah selamat beli barang. masa nak start kereta tu, abang singa taknak mengaum. tapi lps try 2-3 kali baru mau. apa lagi enjekjek trs drive abang singa ke peugeot centre semula. staff mereka dah nak balik sbb masa tu dah pukul 6.15ptg. terus mekanik check bateri dan mmg bacaan suh replace. ayoyoyo. tapi kami tak tukar di bengkel sbb enJekjek pandai tukar bateri tu. kali pertama tukar masa dec 2010 di kuantan. masa tu duit bonus rm500 habis bayar duit bateri. kat kuantan baterinya mahal iaitu RM455. di melaka ni, gi cari kat kedai yg jual bateri, hanya RM260. so ptg tu enJekjek trs tukarkan. mekanik kata, bateri abang singa ni masih boleh dipakaikan pd Wira.



so bila total up
rm740 + rm1149.55 + RM260 = rm2149.55 hanya utk abang singa kesayangan. bulan ni bukan setakat bulan kelahiran Ai sahaja tapi bulan utk kelahiran semula abang singa kesayangan. (^_^)


starter pulak

lepas abang singa ditukarkan bateri baru, abang singa trs lepak kt garaj umah sbb kami balik kampung. dan kami kembali semula ke melaka pada isnin petang. petang itu enJekjek try start kete takde ape2 masalah. hari selasa Ai ponteng kuliah, rabu pagi lepas subuh Ai trs nak kembali ke tempat menuntut ilmu. tapi nak tau ape jadi?


masa tu dah 45minit Ai pandu abang singa. so Ai decided stop di R&R seremban utk refreshment. lepas dah stop, Ai trs start kereta tapi abang singa langsung taknak mengaum. masa tu teringat semula kata2 mekanik. kalau enjin tak boleh start sewaktu enjin sejuk, itu adalah masalah bateri lemah. tapi kalau enjin tak boleh start waktu panas, itu masalah starter. Ai dah agak panik gak waktu tu sebab Ai ade kelas jam 8pagi. haruslah menggelabah, kan? so Ai call enjekjek, call adek ipar dan suami adek ipar. adek ipar dan suami pun pakai 206 cuma kaler je berbeza. solution? Ai kena tunggu enjin betul2 sejuk baru boleh start semula. maka tak dapatlah Ai pergi ke kelas pd Rabu lepas dan Ai patah balik semula ke melaka terus ke peugeot centre. perghhh masa tu warranty baru je habis pada isnin 16 april tu. tapi service advisor toong adjust. yelah pada Ai salah mereka gak. nape tak check betul2 masa Ai hantar servis tu. pelik btllah. alhamdulillah dapatlah Ai tukar starter tu for free!!! heheh kalau tak macam husband adek ipar dia kena byr rm900++ itupun sebab dah kenal dengan mekanik tu. dia kata, kalau kat peugeot centre lagi mahal.



gitulah ghupa starter kereta Ai. abadikan gambar je.  ni Ai tak amik. gi tinggalkan kat bengkel nun. kalau bawa pulang pun Ai tatau nak buat ape. huhuuhuh
so tunggu lagi 3tahun. standby jelah utk tukar starter tu ye.

kesimpulannya, 
bateri tukar setiap 1 tahun 3 bulan atau lebih 
manakala starter setiap 3 tahun ye. 

sekian, terima kasih.

31.5.10

HAZARD... HAZARDOUS?

hari ini setelah melalui 2kali kesedihan Ai dapat 3kesedihan.

satu kesedihan ialah pengetua kami akan berpindah ke Putrajaya.
kedua kesedihan ialah kawan sepanitia akan berpindah ke negeri sembilan (ok ok Ai faham Ai akan ambil alih kelas dia. macam tak biasa ajar form 5, kan?  last year buleh pulun 4kelas form5. kalau tahun ni diberi lagi kelas kawan Ai yg berpindah tu akan jadi 3kelas. Insyaallah kalau niat ikhlas buleh dapat result yang gemilang!!! )

tamat kesedihan satu & dua. mari ai cerita kesedihan ketiga.


ok gambar pertama itu ialah foto Ai memfoloow hubby ke... ke... ke... ke bengkel kereta. begini ceritanya...

setelah belum tamat majlis di sekolah Ai dah minta kebenaran keluar  ke GH utk fisioterapi. biasalah setiap isnin mmg Ai akan ke sana. sewaktu Ai berhenti di satu lampu isyarat, Ai telah meletakkan gear neutral. normallah kan if berhenti letak gear neutral. dan apabila lampu isyarat bertukar hijau maka Ai cuba nak masuk ke gear D tapi hamek kau gear tak mahu masuk. kejung keras kalau Ai tarik juga mahu patah kot. oleh kerana jalan itu menuruni bukit maka Ai hanya lepaskan brek tangan sahaja. masa ini Ai tidak panik cuma tertanya-tanya gaklah kenapa my baby pijot ni meragam. umurnya baru 1tahun 1bulan beberapa hari maka logiklah panggil baby, kan? cuma orang belakang Ai dah hon tak puas hati kenapa kereta Ai lambat bergerak macam siput.

Ai segera memikirkan cara terbaik dan Ai terus je bagi signal kiri sambil menekan pedal brek. tangan Ai terus je menekan lampu hazard yg terletak di tengah dashboard tu. Ai segera mematikan enjin kereta. dan kemudian on semula enjin. tapi gear tetap tidak mahu beranjak. Ai lihat jam pukul 1pm lebih. maka otak ligat berputar. Ai memutuskan menelefon hubby walhal tahu dia di sekolah. Ai tak kira telefon jugak. perjalanan pulang hubby mengambil masa lebih kurang 30minit jika tak jem tapi sbb tengahari maka jem maka jgn mimpilah dia akan sampai on the dot. maka Ai fikir lagi nk telefon sape lagi. Ai telefon bengkel kereta pijot ni (selaku pengedar dan tempat servis rasmi). telefon dgn harapan dia bagi tips tapi ko tahu jelah cha ya nun alif ni pk bisnes je. die suh Ai tepon insurans suh tow ke bengkel dia. cibai betul. opsss mencarut sorry. so Ai tepon kwn sekolah yg ade kereta sama mcm Ai (ok 2org saje ade kereta pijot ni di sekolah maka haruslah saling tanya menanya). tapi kwn pun tak pernah alamai perkara mcm tu so Ai dah mati kutu.

oleh kerana tersadai di tepi jalan tengahari buta dengan tidak beraircond maka ketiak pun melengas muka pun sama. tetiba Ai teringat nk sorok handbeg dan laptop. ko tau jelah kan tengahari buta sebelum ape2 jadi baik Ai sorokkkan brg2 berharga. ok walaupun, lokasi kejadian tidak jauh dari IPK Melaka tapi perasaan takut tetap ade. maka Ai berdoa dan terus berdoa. Ai biarkan enjin mati adelah kot dlm 10minit gtu. peh mmg sauna walaupun tingkap dibuka. well Ai tahu mmg banyak mata memandang tapi utk tolong Ai, tidak mungkin!!!  dan akhirnya setelah 5kali percubaan gear berjaya di tolak ke posisi D.

maka Ai selamat tiba di rumah. lps mandi solat terus ke bengkel. so foto pertama tu adalah kejadian mengekori hubby Ai ke bengkel pijot. foto yg seterusnya my baby pijot ditinggalkan di bengkel. mungkin satu, dua atau 3 hari blm dapat dipastikan. sangat sedih krn haruslah bangun lebih awal krn hubby akan hantar ke sekolah maka tak dapat tidur lebih lama. ngeeeee


ini foto lain pula. foto pada bulan lepas.. eh ke  dua bulan yg lepas... Ai selisih dgn hubby masa Ai nk g facial. masa ni hubby blk lewat sikit oleh krn appointment tu awal maka tidak buleh tunggu hubby. masa ni Ai di lampu isyarat tgh stop hubby pula dari jalan bertentangan masuk. yang kelakr tu masing-masing nampak kereta masing-masing kemudian sebuk nak telefon masing-masing maka talian masing-masing tidak dapat ditembusi. lps tu masa selisih buleh pulak main jelir-jelir lidah cuma tak dapat nk buat muka penyek kat cermin kereta. muka penyek? alalaaaa yg mcm penyekkan muka kat cermin tingklap tulah...hahahahaha



oh yg kamu nampak itu adalah side mirror kereta Ai. cuba kamu lihat awan dan pemandangannya. cantikkan? subhanallah.

best ape blm ada anak maka buleh keluar suka suka hati. lps ni nk cerita pula psl movie. 3hari kami tgk 3movie di cinema. ngeeeee. tapi selalu jugak dlm satu hari tgk 2movies di cinema. kire bajet marathonlah.. hehehehe...... walau apepun Ai sayang hubby Ai.