Ikut AiTotYati

Showing posts with label percutian di Sarawak. Show all posts
Showing posts with label percutian di Sarawak. Show all posts

14.11.10

PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 8

jika anda mahukan lebih feel, harus baca entry-entri part 1-7 dulu.
klik je tak kena bayar pun. FOC saje. tambah ilmu tau.


PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 1- touch down
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 2- sesampainya di Miri
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 3- pusing brunei
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 4- GUA NIAH part 1
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 5- GUA NIAH part 2
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 6- GUA NIAH part 3
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 7


 ini adalah entry terakhir tentang percutian ke miri dan brunei. bukan Ai sengaj buat panjang2 dan bersambung2 tapi Ai nak setiap moment itu diabadikan sebaiknye. so kalau next time Ai lupa Ai boleh  refer ini bloglah. dan kalau kwn2 nk melancong, kwn2 tahu mana nk tuju. sbb mula2 Ai nk ke sana ai search tak banyak maklumat yg ai dapat. (^_^)



 ini ialah mee kolok. bukan tengkolok. ulang
mee kolok. pandai. sedap tau. mee kolok ala ala indo mee goreng tuh tapi yg ni lagi sedap.
mee kolok ada banyak versi. goreng boleh, sup boleh, buh wantan boleh. haiya leleh air liur ku.



 dan itu dia. hasil tangkapan kami selama berada di Miri. yg kotak hitam bertangkai itu ialah ikan terubuk masin!!!! mujur ade sahabat baik cik nuril sudi carry kan. mataceh ye (^_^)


sangat sayu dan sedih serta berat hati nak meninggalkan Miri. walaupun sekejap tapi kami amat menghargai segala jasa baik nuur azreen md ali dan juga kak chot!!! budi baik kalin tak dapat Ai balas!!


dalam Miri airport. wang sudah habis. talak wang mahu beli barang.
maka lihat saje.



 selamat tinggal Miri. ade duit ai datang lagi. hihihihi



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~the end~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


kesian, eh sekian (^_^)

10.11.10

PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 7

dengan kuasa sakti yang Ai ade, Ai dah buat sambungan utk percutian ke Miri nih.
dasat eh. gile lama nk tamat.

Ai nk semadikan semua yg ade dlm ingatan.
mana tahu nanti kemudian bila Ai dah takde buleh jadi kenangan korang (^_^)

untuk lebih feel, harus baca entry-entri part 1-6 dulu.
klik je tak kena bayar pun. FOC saje.

PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 1- touch down
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 2- sesampainya di Miri
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 3- pusing brunei
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 4- GUA NIAH part 1
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 5- GUA NIAH part 2
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 6- GUA NIAH part 3




ok. dalam entry terkemudian, Ai ade cite yang kami kebasahan dalam hujan kan? makanya oleh kerana tidak mahu membasahkan Pesona sahabat Ai, kami duduk di atas beg plastik. hihiih. dalam kereta mmg kesejukan tahap gaban. perghh tak terkata sejuknye.


dan akhirnya kami telah tiba di Miri. sahabat Ai telah membawa kami minum tuak mintak simpang eh, ke Luak Esplanade. Ai tak tipu. nama pantai tu mmg Luak Esplanade. mmg ai perasan mcm kat Hawaii jap.

 biru kan langitnye? hihihiihi. kat sini ade org berjualan. 
antara makanan yang dijual ialah 'sayap manuk'. perghh mmg btl2 ade pengaruh jawalah!!
manuk means ayam. so kalau diterjemahkan, 'kepak ayam'. sayap manuk dijual rm5 untuk 3 ketul. 
maka Ai dan kwn yg kelaparan membeli tanpa belas kasihan. hihihihi
dah sudah hbs mkn, kami pulang dan mandi dan kemudian keluar lagi.


 kami ke E-mart untuk membeli ikan terubuk masin.
E-mart ni ala2 tesco kt semenanjung gitu.
aaaa yg gantung tu ialah ikan? buntal? buntat? bontot?



 tadaaa. jangan risau tentang kesuciannya kerana ini ialah gerai muslim.
oh namanya ialah Muhammad terubuk.
encik muhammad yg jual terubuklah.
rm10 = 3 ekor. Ai belasah beli 30 ekor. hihihiih



 ini pula ialah telur ikan. sape nak? 




 sesambil tunggu akak tu bungkus terubuk, Ai dan cik Nuril mengambil kesempatan utk berjalan2. 
dan haaa amek ko!!! kipas sebesar besar alam. sila tengok bilahnye tu. panjang kan?



 Ai tak tipu kan? tu namanya Muahmmad Terubuk.
mereka juga ada buat penghantaran ke semenanjung. manalah tahu ade yg mengidam.
tepon je nombor tu ye.



 eh jangan gatal nk mengorat. tu mak budak tu. tapi maintain comel eh?



 dah beli ikan terubuk, kami ke tempat membuat kek lapis sarawak pula.
 satu petak kecik tu harganya RM18 ye.


 pilih je. macam2 jenis, kaler n rasa ade.



kemudian kami pergi pula ke belanda. eh bukan bukan.
kami pergi ke Bukit Kanada. tempat minyak dijumpai.
 malam2 pun mereka buat keje. percayalahhhh.. hihihih



 di sini ada muzium dan boleh lihat pemandangan bandar Miri. mmg sangat mengasyikkan.
tapi kami sekejap sahaja di sini krn , "Ani, hujan dah turun. angkat kain di jemuran"

senang cakap dah hujan dah.



ade sikit lagi. sambung lagi boleh?
kesian, eh sekian (^_^)






8.11.10

GUA NIAH part 3 -PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 6

seperti yang dijanjikan, Ai dah buat sambungan utk percutian ke Miri nih.

untuk lebih feel, harus baca entry-entri part 1-5 dulu.
klik je tak kena bayar pun. Ai tak kenakan sebarang cukai perkhidmatan.

PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 1- touch down
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 2- sesampainya di Miri
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 3- pusing brunei
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 4- GUA NIAH part 1
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 5- GUA NIAH part 2


masih di dalam Gua Niah, Sarawak. lihatlah...

 cik Nuril kata, macam kat bulan
a'ah kan? ntah ntah org yg g bulan tu sebenarnya dtg Gua Niah ni je kan? kan?


 stalaktit yang sangat panjang. tengok atas kt siling Gua Niah. itulah stalaktit


 cerita pasal burung layang-layang.


 antara pokok yang menarik mata Ai.


 ok now let's heading back. nak balik dah. sebelah kanan foto tu ialah tapak carigali. kalau nk susah sebut ialah eksvakasi. tersembur air liur basi. hahahha


 itulah tapak cari gali dipandang daripada atas.


 ok ini tengah lalu Gua Dagang lagi. masa ni Ai dah tertinggal kt belakang. dalam bulatan kuning itu ialah manusia. so now dah tahu kan betapa besarnya gua nih. ciput je org tu ha.

 laluan turun. alahai tangga apsallah ko banyak sangat. kaki Ai dah ala ala latok masa ni.


 opsss tetiba!!!
ye tetiba mmg ade gerai kt tengah2 hutan ni. mmg menarik. 
maaf ye kak kami tak bli sbb dah bli souvenirs kat kedai rong reng. betul rong reng.


 antara fauna yg dijumpa. cik nuril suka gile snap sume2 foto ni. Ai snap 2keping ni je ha.





dalam  perjalanan pulang hujan turun selebat-lebatnya. jadi dengan penuh keayuan kami redah je. mmg basah kuyup. bot dah ade. jom menyeberang jom

 dah sampai belah sini dah.



 kejap takde orang, kejap ade orang. see kami basah kuyup tapi tetap cun hehe

 jadi tamatlah sudah cerita tentang Gua Niah.
eh eh cerita pasal percutian ke Miri Brunei belum tamat lagi tau. nantikan sambungannya



kesian, eh sekian (^_^)

5.11.10

GUA NIAH part 2 -PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 5

jika anda ketinggalan membaca pengalaman Ai di entry terdahulu. boleh klik link2 di bawah ye

PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 1- touch down
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 2- sesampainya di Miri
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 3- pusing brunei
PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 4- GUA NIAH part 1



 jeng jeng. kini kita berada di depan pintu masuk Gua yang ade di Taman Negara Niah ni. ok yang ini ialah Gua dagang. ulang lagi. Gua Dagang. pandai murid-murid.


 posing jangan tak posing. itulah Gua Dagang. jom masuk dalam jom.
 itu bangsal. bangsal itu dulu pernah menjadi tempat tinggal pedagang yang dok ambil sarang burung layang2. tahun 1970-an dah ade kt sini dah.
 antara pemandangan dalam gua Dagang.



dan setelah berjalan dengan gagahnye akhirnya kami tiba di Gua Niah.
 gile besar Gua Niah ni!!!. lihat tong sampah hitam saiz normal tu kecik je. kan?

 itu syiling gua Niah. siling bukan syiling. sori




 tu ade rumah rehat. kire macam R&R cume takde air n gerai jual mknn mahupun tandas. hihiihhi



 papan tunjuk arah dalam gua Niah


 gelap. sbb tu kena bawa torchlite.
Ai sangat fobia masa berada dalam ni. fobia tapi takdelah histeria.
ngehngehg




 ini adalah tapak carigali. tapak eksvakasi. ada kubur di situ. huhuhu



 dengan menggunakan kamera Kodak yg dibeli pd tahun januari 2006, dapatlah foto yg kurg cahaya tapi goyang ni. tengok, kecik je kan kami.




 antara lobang cahaya yg ade.



 besar sungguh!!


 sayup sayup nampak pintu keluar ke Gua Lukisan. kat tmn negara ni bukan ade Gua Niah je.
mcm Ai btau, ade Gua Dagang, Gua Niah n Gua Lukisan (painted cave). gile besar!!!



 tolong toong ade UFO nk amik kami. 
hehheheh tu salah satu lobang bercahaya.
stalaktit dan stalagmit yang cantek.
*stalaktit: batuan kapur yg terjujur keluar dari atas.
*stalagmit: batuan kapur yg terbentuk di bawahnye.
boleh faham ka?


 haaa nampak tak tu stalaktit dok terjuntai juntai tu. ala yg kt entrance tu.

dan jangan terkejut ye, sewaktu Ai berada di dalm Gua Niah ini. Ai telah berjaya mendapat panggilan telefon drpd enjekjek. percaya jgn tak percaya. nk tambah best, masa tu enJekjek dlm Hutan Belum, Ai pulak dlm Gua Niah. cayalah digi. mmg sentiasa bersamaku. nak tau lebih lanjut psl Digi, klik sini.


fuhhh perjalanan yg meletihkan. turun naik turun naik.
mmg mencabar fizikal anda!!


 
senyum jangan tak senyum.


eh sambung lagi sambung lagi. sbb banyak foto nk share. kite gi part 3 ye.
part 3 Gua Niah



kesian, eh sekian (^_^)