Ikut AiTotYati

Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

13.5.13

MALAM TADI....

amboi cepat je kamu mengklik ye. pantang nampak perkataan malam.

iye,
malam tadi kan
malam tadi kan
malam tadi kan

:
:
:
:
:
:

Ai pergi Big Bad Wolf yang diadakan di MITC Melaka.




p/s: taip sabtu malam ahad, isnin (hr ni sambung semula. hihihi)
yes, i've made it!!!


pandang atas

buku2 utk Dummies ni ada dalam bahasa selain Inggeris juga

ini hasil tangkapan kami


nampak tak? BBW

kami bayar di kaunter no. 2

inilah semua yang dibeli. buku Ai ada 3buah je. buku Jek ada 5buah. yang lain2 tu kami blikan utk anak2 buah.

hari ni last day di MITC. Ai nak g jap lagi. 
gerenti hari ni tak ramai orang. saje. 
hihihii

3.5.13

JANGAN PISAHKAN Ai DENGAN DiA

hahhahhaha macam poyo je kan. tengok gambar di bawah


Ai memang dah lama dah buat keje shopping online ni. ala readers yang wanita pun sama. Ai tahu.
salah satu tempat suka bli adalah di fashion valet

hahhahah dapat voucher 25% sape takmo. free postage pulak tu.
haaa itulah hasilnya.
kuikui


*auto published entry*

1.5.13

01052013 MEMANG AUTA


salam buat pembaca.

selamat bercuti sempena hari pekerja. semua orang adalah pekerja termasuk surirumah. kalau surirumah tak jalankan tugasnya, rumah boleh tunggang langgang, kan?

semalam Ai telah meronda satu melaka. hahahha takdelah satu melaka. cuma rutin semalam memang agak lagha. bangun pagi lambat sikit, buat panggilan telefon, sembang sejam lebih, mandi then Ai terus keluar.

tempat pertama yang Ai tuju ialah butik Ariani dengan hasrat nak cari tudung kaler masak lemak ketam. memang susah gile nak cari kaler ni. semalam Ai sanggup pakai tudung kaler masak lemak ketam tu supaya senang nak explain pada staf ariani. Ai dah pernah cari tudung warna tu di Ariani pada tahun lepas tapi takde. so semangat nak pergi lagi manalah tahu dah ade stok malangnya takde warna tu. so Ai bergegas ke butik jelita sara pula. butik jelita sara ni baru buka dan terletak berhadapan dengan Aeon Bandaraya melaka. tuding2 di butik jelita sara ni memang cantik2 beropol2 tapi agak pendek untuk Ai. oleh kerana ropol cantik maka harganya pun cantik2. tapi Ai sempat rembat sehelai tudung harga RM39. hahahah carik lain bli lain.

ok dah habis misi cari tudung, pergi masuk Aeon bandaraya melaka dengan hasrat potong rambut. last Ai potong rambut lepas raya tahun lepas. biasalah potong di kampung RM6 je. kalau cuci baru RM12. kat melaka ni jangan mimpilah nak dapat harga macam tu. sedangkan Ai tukar bateri jam pun rm12 kalau kat kampung RM6 je. nama pun bandar dan kampung lagi nak buat perbandingan ke?

ok masuk salun rambut tu, terus Ai masuk ke bilik khas untuk wanita bertudung. staf wanita tanya boleh tak kalau lelaki yang potong. Ai said no dan kena explain. barulah amoi cantik tu paham. yang tak boleh blah tu, sebelum start potong tu dia tanya Ai,

"u mix ka?"

Ai kata, " ye mix fm. hahahha"

beria amoi kata Ai nampak macam ade mix chinese. adoila amoi jangan auta lebih2 boleh tak? ni mata sepet pasal semalam tido lambat dan bangun lambat. kuikui.

my New hair cut. tak nampak pasal gelap. hihihi auta lagi. tu bayang2 kucing yang datang nak ngorat Snowy. rela tidur kesejukan atas tembok


Ai jawa tulen you. mak jawa perak abah jawa selangor tapi satu moyang. ye mak abah adalah 2pupu. so kat mana nampak muka campuran tu?

sekian (^_^)

27.4.13

SOGO KL

Pada 25/4/13 (khamis) Ai telah 'menyogokan' diri. hahahha. 
ini adalah kerana Ai dapat voucher RM50 daripada mekchu



plan asal nak g sogo weekend ni tapi Jek ade kerja so Ai yang mmg kaki shopping lagi brilliant ni telah mengusulkan cadangan pada Jek, apa kata Ai terus sahaja ke Sogo selepas jumpa penyelia tesis di tempat menuntut ilmu kerana setelah Ai google, takdelah jauh sangat. cumanya sbeab terletak di tengah kl nun maka Ai sedikit cuak. so Ai telah set awal2 dalam GPS dan juga print screen google map.

Snowy lepak atas cage Tama dan Comot. Snowy merenung masa depan...


gambar di atas diambil sms Ai sedang bersiap2. jadi pagi semalam Ai keluar dari exit Tol Ayer keroh jam 8pagi dan masuk exit tempat menuntu ilmu jam 9pagi. 
iye kelajuan boleh membunuh tapi Ai kalau drive sorang2 mmg suka bw laju baru tak ngantuk. 
hahahahha

sampai saje di tempat menuntut ilmu supervisor belum sampai so Ai terus pergi dengan ketua program untuk minta surat kebenaran menjalankan kajian. dah setel pergi kacau kawan2 di lab level 1 bersebelahan bilik penyelia Ai. tak lama lepas tu penyelia sampai so Ai pun jumpalah dia. habis diskus terus g sambung sembang dengan kawan di lab sebelah. hihihihi.

Ai gerak ke Sogo jam 11.30pagi dan tiba di Sogo jam 12.30pm. oh dah ade sensor ek? last Ai masuk parking ni masa zaman bujang2 dulu tahun 2005 kot. lain2 waktu g Sogo ni selalu naik pengangkutan awam takpun sebab marking paper SPM so duduk hotel dekat2 area situ dan bila masa free menjelma, ke Sogo lah kita!!!
 
Jakun jap. almaklumlah Melaka Maju 2010 tapi setakat ni Ai tak jumpa lagi parking lotnye ade sensor gini

Ai parking kat basement 2 zon hijau. harus snap gmbr takut lupa parking kat mana

huiii manusia macam semut dalam Sogo tu. almaklumlah khamis kan pay day. 
Fuh tu baru hari khamis. agaka2 hari ni dgn esok lagi ramai tu.

Ai pun terus sahajalah jalan sana jalan sini. misi Ai adalah utk cari sling bag @ crossbody bag tapi takde yang berkenan di hati.





Ai cuma rembat sehelai kemeja Diadora utk Jek dan sehelai jeans ladylike utk Ai. kt melaka ni klu nk bli ladylike kena g Fajar nun. kat tgh bandar so ade mls sikit. harga asal kemeja RM120 begitu juga jeans RM119 tapi ade 70% less so dapat each RM35.80 lebih kurang. so 2 items less than rm80. Ai pula ade voucher RM50 jadi tambah rm30 je la. heheheh maceh mekchu!!!

bila takde partner in crime mood shopping agak kurang menggalakkan, so Ai trs lunch kt kyros kebab utk try meal chicken chop
tak sedap, so jgn try ye

so dalam pukul 2lebih Ai keluar dari Sogo. bayar parking RM8 utk 2jam. Ai tiba di Melaka lebih kurang jam 4.30pm terus g Mydin MITC utk surprise Jek. dia g mydin cari barang utk bengkel hari ini. just nice Jek hbs bli barang Ai nampak dia keluar dari kaunter bayaran dan kami terus ke kedai makan upin ipin yang baru buka dlm Mydin MITC tu. Ai makan roti bom
Ai makan roti bom, Jek mkn mee goreng

makan 2org di sini RM31.50. hmmm bagi Ai tak berbaloi sebab ayam gorengnya biasa2 sahaja. fresh orange segelas RM5.90 tapi  gelas kecil dan aisnya banyak.

lepas makan kami terus balik dan tunjukkan baju kemeja pada Jek.
 Jek boleh cakap mcm baju Clark kent dlm smallville. apekah?
atas for Jek, bwh for Ai. heheh

harga asal kemeja dan jeans

ok begitulah cerita Ai ke Sogo baru-baru ini. kepada mekchu terima kasih kerana memilih Ai sebagai penerima voucher ini. next time kalau ade boleh buat lagi ye (^_^)

9.2.13

TELEKUNG SITI KHADIJAH TESTIMONIAL #10

Klik untuk pembesaran imej


salam readers.

heeee dah lama dah testimonial ni keluar di website telekung siti khadijah. oh direct  link di sini
cuma yang tak berapa nak betul ialah Ai dari Melaka, bukan dari kuala lumpur.

Ai dah emel pada team telekung siti khadijah untuk maklumkan perkara ini.
kita tunggu respon mereka ya.

ok babai. nak balik kampung sempena CNY
(^_^)

17.12.12

KEMPUNAN FINGER SOFA

alahai Ai kempunan telur tembakul. hahahhahaha

kau dah kenapa Ai?
gini....

hari tu masa usha2 durian crepe, tetiba terusha satu kedai perabot melayu yang baru buka. tengok punye tengok eh ade pulak benda ni
finger sofa ini adalah untuk orang dewasa. susah wooo nak cari finger sofa untuk orang dewasa kat melaka ni. yang ada selalu Ai jumpa ialah yang untuk kanak2 dan ia berharga RM99. yang untuk dewasa ni harganya RM250 tapi tauke bagi RM220. masa Ai nak beli ni, enJekjek takde di semenanjung sebab beliau berada di Limbang selama seminggu. so sebab Ai ade backpain n tak boleh angkat berat2 so Ai janji dengan tauke kedai untuk datang rabu selepas enJekjek pulang.

tapi bila Ai pergi kedai tu, kedai tu dah tutup. sedihnya. sama ada kedai tu bankrap sebab tak boleh nak bersaing dengan kedai perabot yang lain Ai pun kurang pasti. yang pasti sekarang Ai kempunan. dah lama cari. warna merah pulak tu. sangatlah warna kegemaran Ai....

15.12.12

PIKOM PC FAIR 2012 MELAKA

salam pembaca.

Pikom PC Fair edisi ke-2 sedang berlangsung di MITC melaka dari 14-16 disember ini. mulai 11pagi hingga 9 malam.

haaaa? Ai dah pergi ke belum?
dah tentulah dah pergi. hehehhehe. pergi petang semalam sebab enJekjek nak cari printer utk sekolahnya.
jom tengok gambar


jom pergi Hall A
masuk2 jer nampak ni. Nissan Almera weh lucky draw tu
nak? layak sertai cabutan jika bli RM1000 ke atas
enJekjek bli sd card rege RM91
tengok2 printer
ni Ai dah nak keluar dah
2 buah printer Brothers berharga RM897
kali ni lucky Draw takde ong la. pernah dapat sekali je masa PIKOM PC FAIR edisi pertama bulan mac hr tu

Ai bli power bank 13000mA berharga RM190 dgn micro SD card berharga RM239. enJekjek le yg shopping banyak giler sbb total resit cecah RM2k lebih yg melayakkan kami utk masuk 2borang bagi Nissan Almera. cabutan akan diadakan pada Januari tahun 2013. minta2 ada rezeki. aamiin. (^_^)

untuk warga melaka, apa tunggu lagi? pergi terjah MITC

12.12.12

BIG BAD WOLF 2012

big bad wolf 2012 memang kejam. aaa ce try translate, kan jadi SERIGALA BESAR YANG JAHAT.

memang penat wooo kena kejar, habis masa habis tenaga, habis duit. kihkih

Big Bad Wolf pada tahun ini diadakan di the Mines.
berlangsung dari 7 -23 disember.
siapa yang tak sempat pergi sila ke sana ye. klu nak like page facebook big bad wolf ada di sini ye 



Ai lemas dalam timbunan buku weh. banyak giler!! dahle murah murah

haaaa inilah buku yang kami bli.
kat atas tu buku2 yg kami bli. itu kami punye. ada 10 buah utk kami. ada juga blikan utk ayah mertua n adik ipar. tak sempat nk snap buku2 mereka sbb dah bagi pd mereka. total up sume hanya RM200.
yang kami punye dalam gmbr di atas hanya  RM112!!! dahle buku hardcover!!! kertas baik punye. uiii mmg rambang mata sangat. buku masak2 jamie olver, nigella bites n chef2 yg pemes kt astro tu pun ade!! tapi Ai tak bli sebab ntah bila nk buat resepi2 tu. hihii

ape lagi... kejar Big Bad Wolf sekarang :D

11.12.12

TELEKUNG SITI KHADIJAH

Salam semua.
Benda yang paling Ai mengidam.
Bli di butik siti khadijah di bangi. Lokasinya betul2 belakang ariani bangi.

Apa istimewanya telekung ini?
1. kainnya sejuk n tak jarang
2. Xperlu pakai ank tudung sebab bhgn kpl tu dh dijahit sekali.
3. Bhgn dagu pun dh dijahit sekali. Gmbr later ye

Harga? Rm235. Year end sale ade less 10%.
Investment utk akhirat apa salahnya kan?♥♥♥
 nak tahu lebih lanjut boleh ke link siti khadijah ini