Ikut AiTotYati

Showing posts with label master of IT. Show all posts
Showing posts with label master of IT. Show all posts

30.9.13

3rd INTERNATIONAL CONFERENCE on RESEARCH and INNOVATION in INFORMATION SYSTEMS (ICRIIS’13)

"Dear Author,

We are glad to inform you that your paper submitted to ICRIIS'13 is ACCEPTED for presentation in the conference and will be published in IEEE publication."


alhamdulillah.
pagi tadi check emel itu yang terpapar.
Ai syukur sangat2. rasa nak menjerit kegembiraan. tapi masa tu dalam bilik guru, kang kwn2 kata tabiat la. ihihiih

tak kisahlah walau conference tu buat dlm negara sahaja yg penting ia adalah international standard.
selaku pelajar master KKT (kerja kursus & tesis) tempat Ai menuntut ilmu ni mesti sekurang-kurangnya bentang atau publish satu paper. dan Ai bertuah sebab dapat bentang dan publish paper dalam jurnal IEEE. sape2 yang selalu akses jurnal tahulah IEEE tu.

syukur sangat2.
minta2 yuran conference ni fakulti tanggung.
yey!!


17.5.13

BENGKEL SPSS DAN MURNI INTERNATIONAL COLLEGE

hi kawan-kawan.

khamis minggu lepas semasa Bleki pergi meninggalkan Ai (dalam entry ini), Ai berada di murni International college menghadiri bengkel SPSS. SPSS ni satu software yang digunakan untuk menganalisis data.

Murni International College ni terletak di putrajaya tapi bila Ai tanya orang putrajaya, mereka sendiri pun taktahu. mungkin sebab belum berapa terkenal kot murni international college ni. menurut peserta bengkel yang lain, Murni International college ni belum dirasmikan pun. oooo patutlah lengang je masa Ai datang tu. Ai merupakan kereta keempat yang memasuki perkarangan kolej. masa ni dah was-was betul ke ini murni international college?

Dr OT ada upload sedikit gambar dan arahan untuk ke murni international college dalam entry ini

Ai pula pergi ke murni international college tu menggunakan Navi Total tapi bila search murni international college,takde la pulak. yang ada hanya persiaran timur. makanya Ai terpaksa print peta untuk ke murni international college. yang penting, kalau kalau kita datang dari plaza tol kajang, pastikan masuk ke persiaran timur. kemudian anda akan nampak bangunan merah putih murni international college tu di sebelah kanan. haaa lepas tu pandai2lah cari u-turn untuk anda berada di laluan bertentangan.

nah gambar lepas habis bengkel SPSS dengan dr OT

di mana Ai?
sape terror sila carik Ai yang mana satu. hihihihiih

30.4.13

HAMPIR SANGAT

hehehhe saje tengok berapa banyak entry yang Ai dah publish pada tahun ini:

setakat semalam 29 april 2013 Ai telah menerbitkan sebanyak 53buah entry. 
angka tersebut hampir menyamai entry Ai sepanjang tahun 2012.


Ai terfikir, kemanakah Ai pada tahun lepas?
sibuk dengan assignment mungkin?

27.4.13

SOGO KL

Pada 25/4/13 (khamis) Ai telah 'menyogokan' diri. hahahha. 
ini adalah kerana Ai dapat voucher RM50 daripada mekchu



plan asal nak g sogo weekend ni tapi Jek ade kerja so Ai yang mmg kaki shopping lagi brilliant ni telah mengusulkan cadangan pada Jek, apa kata Ai terus sahaja ke Sogo selepas jumpa penyelia tesis di tempat menuntut ilmu kerana setelah Ai google, takdelah jauh sangat. cumanya sbeab terletak di tengah kl nun maka Ai sedikit cuak. so Ai telah set awal2 dalam GPS dan juga print screen google map.

Snowy lepak atas cage Tama dan Comot. Snowy merenung masa depan...


gambar di atas diambil sms Ai sedang bersiap2. jadi pagi semalam Ai keluar dari exit Tol Ayer keroh jam 8pagi dan masuk exit tempat menuntu ilmu jam 9pagi. 
iye kelajuan boleh membunuh tapi Ai kalau drive sorang2 mmg suka bw laju baru tak ngantuk. 
hahahahha

sampai saje di tempat menuntut ilmu supervisor belum sampai so Ai terus pergi dengan ketua program untuk minta surat kebenaran menjalankan kajian. dah setel pergi kacau kawan2 di lab level 1 bersebelahan bilik penyelia Ai. tak lama lepas tu penyelia sampai so Ai pun jumpalah dia. habis diskus terus g sambung sembang dengan kawan di lab sebelah. hihihihi.

Ai gerak ke Sogo jam 11.30pagi dan tiba di Sogo jam 12.30pm. oh dah ade sensor ek? last Ai masuk parking ni masa zaman bujang2 dulu tahun 2005 kot. lain2 waktu g Sogo ni selalu naik pengangkutan awam takpun sebab marking paper SPM so duduk hotel dekat2 area situ dan bila masa free menjelma, ke Sogo lah kita!!!
 
Jakun jap. almaklumlah Melaka Maju 2010 tapi setakat ni Ai tak jumpa lagi parking lotnye ade sensor gini

Ai parking kat basement 2 zon hijau. harus snap gmbr takut lupa parking kat mana

huiii manusia macam semut dalam Sogo tu. almaklumlah khamis kan pay day. 
Fuh tu baru hari khamis. agaka2 hari ni dgn esok lagi ramai tu.

Ai pun terus sahajalah jalan sana jalan sini. misi Ai adalah utk cari sling bag @ crossbody bag tapi takde yang berkenan di hati.





Ai cuma rembat sehelai kemeja Diadora utk Jek dan sehelai jeans ladylike utk Ai. kt melaka ni klu nk bli ladylike kena g Fajar nun. kat tgh bandar so ade mls sikit. harga asal kemeja RM120 begitu juga jeans RM119 tapi ade 70% less so dapat each RM35.80 lebih kurang. so 2 items less than rm80. Ai pula ade voucher RM50 jadi tambah rm30 je la. heheheh maceh mekchu!!!

bila takde partner in crime mood shopping agak kurang menggalakkan, so Ai trs lunch kt kyros kebab utk try meal chicken chop
tak sedap, so jgn try ye

so dalam pukul 2lebih Ai keluar dari Sogo. bayar parking RM8 utk 2jam. Ai tiba di Melaka lebih kurang jam 4.30pm terus g Mydin MITC utk surprise Jek. dia g mydin cari barang utk bengkel hari ini. just nice Jek hbs bli barang Ai nampak dia keluar dari kaunter bayaran dan kami terus ke kedai makan upin ipin yang baru buka dlm Mydin MITC tu. Ai makan roti bom
Ai makan roti bom, Jek mkn mee goreng

makan 2org di sini RM31.50. hmmm bagi Ai tak berbaloi sebab ayam gorengnya biasa2 sahaja. fresh orange segelas RM5.90 tapi  gelas kecil dan aisnya banyak.

lepas makan kami terus balik dan tunjukkan baju kemeja pada Jek.
 Jek boleh cakap mcm baju Clark kent dlm smallville. apekah?
atas for Jek, bwh for Ai. heheh

harga asal kemeja dan jeans

ok begitulah cerita Ai ke Sogo baru-baru ini. kepada mekchu terima kasih kerana memilih Ai sebagai penerima voucher ini. next time kalau ade boleh buat lagi ye (^_^)

10.4.13

KESANGSIAN ENJEKJEK

iye, semalam enJekjek sangsi dengan Ai, enJekjek sukar untuk terima hakikat........

;
;
;
;
;
;
;

hakikat bahawa semalam Ai ke Alamanda dan tidak membeli apa-apa.
banyak kali enJekjek tanya ye ke takde beli ntah2 ayang sorok. kuikui


alkisah semalam Ai pergi ke tempat menimba ilmu untuk berjumpa dengan penyelia. lepas habis tu Ai terus ke EPRD putrajaya untuk hantar surat mohon kebenaran buat penyelidikan di sekolah. hantar tu kejap je sebab pegawai yang bertanggungjawab tu ada. oh boleh jumpa sama ada encik zulazli atau pun cik norazlina. lepas dah habis tu Ai teruslah ke alamanda. kalau warga putrajaya tahulah yang parking awam di parcel E tu sebelah je dengan alamanda, kan?

Ai masuk alamanda dan terus ke Carlo Rino dengan harapan nak tengok wallet. ala tu pun pasal dapat vocher RM100 sempena bulan kelahiran. memang ada Ai berkenan tapi Ai tak mahu tergesa2. Ai pergi pizza hut untuk lunch dan fikir dulu. beli apa2 mesti fikir dahulu. dan akhirnya Ai ambil keputusan untuk tidak membelinya lalu Ai pun terus pulang menuju ke melaka.


heeee memang ajaib.

17.1.13

PHD.. Insyaallah

hari ini macam biasa pergi ke tempat menuntut ilmu jumpa SV.
ape lagi kalau bukan mereport findings.
diskusi punye diskusi punye diskusi at the end SV cakap,

"tesis master yg you buat ni boleh diteruskan untuk PHD. you taknak buat PHD ke? you boleh buat prototype, you test then you can contribute to the country"

Ai agak terkedu  di situ... speechless kejap.
"aaaaa nak Prof. tapi taktahulah"
itu reaksi spontan aku.

Prof kata,
 "tesis ni ade potensi. kalau you nak sambung, jangan pula you buat dengan SV lain. buat di sini dengan saya"


Ai yang teruja terus tanya, "Prof pencen bila?"


Prof jawab dia akan pencen pada 2019 pada usia 60 tahun.
"kalau you nak I boleh recommend you"


alhamdulillah. syukur.
bukankah itu nikmat?
(^_^)

4.1.13

PLUSMILES: KALENDAR 2013

salam readers.

semalam Ai ke tempat menuntut ilmu jumpa SV. biasalah report progress tesis.
hihihi sempena tahun baru ni Ai dah insaf dah. cukup2lah berjalan.

mmg pun dalam sem 3 banyak berjalan. ala bukan ape sebab kebetulan sem 3 jatuh dalam cuti sekolah. dah kalau enJekjek nk bercuti takkan Ai tak ikut pulak kan? enJekjek bukan bercuti je ade gak yg dia ke srwk Ai tak ikut sbb takmo terleka.  ye Sv sudah menasihati Ai spy fokus. takpun klu nk g jalan boleh tapi tesis mesti ade progress. hehehehe. lepas tu SV siap kira lagi mana tempat yang Ai dah pergi:

1. Miri
2. Brunei
3. Singapore
4. Port Dickson
5. Cameron Highlands
6. Osaka, Jepun

lawatan ke semua tempat dia atas telah dilakukan dari september hingga december 2012. hihihihi. SV tau Ai berjalan2 sbb untuk lawatan ke luar negara haruslah dapatkan kebenaran daripada penyelia@SV. dan tiap kali g berjalan mmg Ai akan belikan ole2 buat SV Ai tu. usia SV muda sikit je drpd mak Ai so SV ni mcm mak jugaklah. sekarang dah keluar pekelililing baru untuk pegawai kerajaan yang nak ke luar negara tapi tengah cuti belajar hanya perlu isi borang kebenaran penyelia dan kemudian emel@fax ke bahagian tajaan, kementerian pelajaran malaysia.

nak cerita, masa on the way balik dari tempat menuntu ilmu ke rumah, selaku pengguna PLUS highway yang tegar bila isi kad plusmiles dah kurang daripada rm100 memang Ai akan reload kad plusmiles tu. so bila dah melalui smart tag ayer keroh tu, Ai pun stop kat office plus ayer keroh sebab nak top up. Ai mmg biasa akan top up RM200. tu mmg bajet tol sebulan kalau ulang-alik dari rumah ke tempat menuntut ilmu. tapi kalau weekend pun turun ke kl atau kawasan sekitarnya mmg akan lebih la bajet tol tu.

so smlm top up rm200 dapatlah kalendar di bawah. tapi minimum kena top up RM100 untuk dapatkan kalendar ni. Ai pun secara berseloroh cakap la pd pegawai plus kt kaunter tu,

"esok saya nak datang reload lagilah. boleh dapat kalendar lagi"

heee sekali pegawai tu baik hati pula,
"laaa takpe takpe saya bagi lagi satu. lagipun cik reload RM200 boleh consider dapat 2"

kalendar PLUSMILES ni memaparkan karya pemenang pertandingan melukis "sayangi alam sekitar."
dalam kalendar ni ada nyatakan tarikh cuti kelepasan am persekutuan dan juga setiap negeri. klu nak layari web plusmiles klik sini

kalendar cantek PLUSMILES yang Ai dapat. saje tayang pen yang Ai bli di jepun. heheh ade tulis 'made in japan' :P





ok selamat berhari Jumaat ye (^_^)

26.7.12

BERSYUKUR

alhamdulillah result sem 2 sesi 2011/2012 dah keluar.

sem lepas Ai skor 3.84.
sem ni jatuh sikit iaitu 3.67

so CGPA ialah 3.73.

semoga pintu2 rezeki yg lain akan terbuka buat diriku dan kawan2 semua (^_^)

aamiin

5.4.12

SELAMAT HARI LAHIR KE-13 & MISI MUSTAHIL ENJEKJEK

iye , usia Ai genap '13' tahun pada hari ini.
hahahaha sila percaya!!!

well i'm officially '13' years old rite now. motif sweet-'13'?
ala saje la sbb dulu masa Ai 13 years old takde blog nak tulis sini. hihihiihi
yelah yelah, i'm 31 years old rite now :D

banyak memori yg amat manis berlaku pd hari ini:

1. enJekjek hantar sms tepat 12 malam 5 april 2012 (tapi Ai hanya balas pd jam 5pagi sbb mlm tu dah lena nooo. pagi rabu tu lps subuh terus drive dr melaka ke tpt menuntut ilmu & menghadiri kuliah amat meletihkan). iye dan byk mesej drpd kwn2, adek beradek & students.

2. tanpa Ai ketahui, ghupanya enJekjek buat coklat cupcakes utk Ai!!! serius enJekjek baking. dia upload gmbr dlm fb tapi hide dr Ai. ni gambar yg Ai cilok dr fb setelah enJekjek tak sorokkan dr Ai.
enJekjek bukan setakat kukus cupcakes ni. beliau sanggup hantar ke tempat pengajian Ai!!! serius!!! 


ceritanya:
petang tadi Ai habis kelas awal sikit. sepatutnya tamat jam 6 petang tapi sbb suami Prof tu tak sihat so jam 5.30 pm kami dah habis kuliah. so Ai terus balik ke bilik. plan utk swimming di pool terpaksa ditunda memandangkan Ai sangat malas pd hari ini. hihihi. ehhh dah ke laut ni. ok sambung semula. 

enJekjek hanya memaklumkan kehadirannya di asrama Ai lagi 15minit beliau nak sampai. 
antara nak percaya dengan tidak, tapi kenalah percaya. apa lagi mencicitlah Ai mandi dan bersiap bagai. yelah takkan nak jumpa encik suami tak mandi kot? kenalah wangi2 kan?

bila enJekjek sampai, beliau terus hulurkan sebekas tupperware berisi cupcakes!!! ade 6biji kesemuanya. sedap!!!

ok memandangkan enjekjek datang all the way from melaka so Ai decided to bring him to Wadihana Islamic steakhouse. google je buleh jumpa info pasal wadihana ni. gambar foods sume ada dlm s2 enJekjek. Ai dah tak toleh kiri kanan, ngap je. hihihihihi. yang buat kami kagum sebab masa tu dah masuk waktu maghrib (kami tiba sebelum maghrib). then staff mereka solat berjemaah. kami boleh nampak sbb surau mereka tingkap kaca.

Ai sangat terharu dengan kesungguhan enJekjek. Ai tahu beliau sangat sibuk dalam bulan Mac & April ni. dan sewaktu entry ini ditulis, beliau baru sahaja selamat tiba di MITC melaka utk menyimpan barang2 pameran beliau. ye sekarang ade karnival pendidikan melaka di MITC dari 5-8 april 2012. jika Ai tak silap, ada juga pameran buku antarabangsa di melaka. 

Ai mmg tak jangka enJekjek akan datang sbb esok tengahari Ai akan pulang semula ke melaka selepas bengkel tambahan pula mmg beliau tengah busy like bees. hihihi. I LOVE YOU la abang!! (kalau nk kira lagi lama enJekjek travel drpd spent masa dgn Ai. tapi mmg terharulah. sukar utk diungkapkan dgn kata2)


3. my BFF si nuril bagi present voucer buku MPH!!! wow boleh shopping buku you alls. bagi awal sehari plak tu. malu Ai tau *shy
coach herbalife Ai pi buh present kt hud kereta. hihiihihi terkejut gaklah. coach bagi protein bar herbalife. tq coach!!!

4. kawan2 sekelas mengucapkan hepi birthday beramai2. siap panggil birthday girl lagi. hihihi sogan Ai. almaklumlah dah lama meninggalkan arena sambutan birthday ni. hihihi

5. nak lagi best, lecturer tak percaya Ai ni sweet-'13'.
ayat beliau: "you don't look like a woman in age 31"
hahahah prof mmg Ai like lah!!! terus rasa mcm nk jadikan beliau favourite lecturer. kihkih.
 normallah kan wanita ni mmg in denial sikit kalau bab2 umur ni. hahahaha



sekian, kenangan manis Ai di hari lahir ke-'13' ini
:D


29.3.12

YES & NO

yes,
Ai mmg tak betah nk ddk kt kolej tpt menuntut ilmu tu.


yes,
Ai mmg kaki balik umah selalu- pantang ade free time


yes,
Ai mmg couch potato kalau di rumah,


yes,
Ai mmg tak kisah keluarkan duit tol & minyak - bukan mintak duit korang pun, kan?


No,
Ai takde masalah dengan manusia yg jeles bila Ai selalu nak balik umah.


(^__^)

14.3.12

TO KILL THE TIME

walau cuti sekolah, enJekjek tetap busy.
 meh kite cek schedule enJekjek


sabtu(10/3/12) : enJekjek menghadiri kursus robotik dari pagi til petang. ape Ai buat waktu ni? Ai g melagha dengan my BFF Cik Nuril di ariani dan AEON bandaraya melaka. lepas ni tatau boleh hang out dengan dia lagi ke tak sebab dia nak terbang ke Ozie dah hujung tahun ni. (T  T)

ahad(11/3/12): enJekjek sibuk siapkan RFP beliau utk dihantar ke putrajaya. sekolah beliau merupakan sekolah kluster kecemerlangan untuk robotik & BI. so beliau kena buat bajet. masa hari ni, Ai kemas umah. takmo kaco enJekjek dia tengah pening buat bajet dan finalised RFP tu.

isnin(12/3/12): Ai & enJekjek sama2 keluar rumah. Ai nak menghala ke bangi. enJekjek nk trs ke putrajaya.  masing2 drive kereta masing2. masa lagi 25km nk exit tol tu, Ai dpt msg yg kelas cancel. ade buh dlm entry ni kalaulah dpt info tu awal mmg Ai akan ikut enJekjek g putrajaya tu then boleh ajak g ikea. hihihih

selasa(13/3/12): enJekjek kena jadi guru pengiring pljr sekolah dia ke MMU cyberjaya & kl bird park. Ai dah ade kt tpt menuntut ilmu so ddk diam2 jelah kt sini.

rabu(14/3/12): enJekjek ade 2 meeting hari ni. pagi &petang. malam dia buat kelas. Ai plan nk balik melaka lepas kelas tapi sbb enJekjek busy so Ai pergi ke bahagian tajaan di cyberjaya & ke EPRD di parcel E. Ai tatau jalan tapi guna PapaGo! hehehehe. lps setel sume tu Ai g alamanda.


errr cukuplah dulu kot. esok lusa sambung lagi pasal scheduled enJekjek ni.

12.3.12

KENA HALAU

hahhahaha tajuk kena gempak baru boleh mengundang spekulasi



arh kau, speku la sangat, kan?



alkisah hari ni perkara yang menjengkelkan yg menduga hati Ai


1. sebelum bergerak ke tempat menuntut ilmu tu Ai check dlm sistem online takde any notis psl course. alih2 lagi 25km nak sampai exit tempat menuntut ilmu tu kwn Ai msg btau kelas tu BATAL!  lecturer baru inform dlm sistem yg kelas tu batal. nak patah balik tak berbalo sebab Ai dah travel sejauh 130km -25km = 105km dah travel. takkan nk patah balik kot?


2. sebab kelas tu dah batal maka tinggal satu kelas je lah kan hari ni. iaitu lab utk database (ni audit course which means Ai don't have to sit for the final exam). namun begitu, bila masuk lab tu, pengajar tu tak galakkan Ai utk belajar sbb katanya Ai student master dan takde exam utk paper ni. dia ckap gini, "saya rasa lab ni awak tak perlulah masuk sbb student saya pun dah ramai plus u r a master student. klu kuliah ok kot awak nak masuk"

dan dengan itu Ai pun sengih2 suka sbb tak payah nk pecah kepala pikir psl lab database lagi!!!!!


horrey!!!!

10.3.12

Ori Tak Ori

This is one of my reference book for this semester.


Mine is on the left hand side.

The original copy is on the right hand side.


My friend bought the book during her undergrad study from her lecturer. It only cost her RM59. At first, I want to purchase this book from the bookstore but it would cost me RM259.00. Furthermore, I have to wait for almost 1 month for the book because the bookstore has to order it from the distributer. So I just photostat it and it only cost me RM 25.20.


Save cost!


Published with Blogger-droid v2.0.4

7.3.12

DUIT

gaji Februari = bayar yuran master (RM1600)


gaji Mac = plan nak bayar road tax,  insurans & servis abang singa yg tamat 15 april (RM800 + RM500)


gaji April = bayar yuran kolej@asrama (RM900)


.
.
.
.
.
.
.
.
 tolong jangan pujuk aku masuk MLM!!!!
prinsip hidup Ai senang je, "tak kaya takpe, janji senang"


Ai bersyukur dengan ape yang Ai ada sekarang.
kalau nak aktif2 bisnes ni kena pikir banyak kali sebab sem ni Ai dah start nk buat thesis!

6.3.12

ANGKA 3?






 itu semalam adalah masa yang Ai gunakan untuk melayari internet.

3jam 33minit 33saat.


masa itu emas.

dah dah... Ai nak gi buat esemen. nak kena submit pukul 8.20 esok pagi

29.2.12

29 FEBRUARY 2012 -TAHUN MELOMPAT LOMPAT

sape lah yg memandai create taun lompat ni?

Ai pun lompat2 la buat entry. hihihi

1st assignment should be submitted on wednesday next week.


tata

20.2.12

BERMULANYA SEMESTER 2 SESI 2011/2012

azam cuti sem konon nak hapdet blog tapi sebab lappy Ai masuk workshop maka terbengkalai le.
sampailah Ai telah kembali ke kolej semula.
dah siap kemas bilik Ai



iye, mulai 20/2/2012 (hari ini) hingga 30/6/2012 Ai akan menjadi weekend wife semula.


jadual kuliah sem ni?
tak best langsung!!!!
hari2 pun tiap2 pagi ade kelas.
huhuhuhu


result Ai last sem: 3.84
terima kasih atas doa kawan2.
Ai harap sem ni Ai dapat score 4.0!!!
amin...

4.1.12

terima kasih Tuhan

Alhamdulillah. Tuhan makbulkan doa Ai.







saje kan nak bagi surprise.





Ai takyah sit final exam utk paper audit!!!!
so skrg hanya ada satu paper je nk sit iaitu paper master subjek MIT.
carry marks adalah 49.6 per 60.

utk dapat A+ kena score final exam 40/40.
mampu ke Ai?

doakan ye kawan2.

11.12.11

sambungan YA ALLAH

cerita part 1 ada di sini


ok lepas Ai tak dapat nak bukak pintu bilik sendiri tu, Ai dah panik dan kalut. semua perasaan ada. dahle banyak projek nak disiapkan. Allah duga Ai tertinggal kunci bilik sendiri dalam bilik sendiri faham?


macam mana nak buka pintu ni? Ai ni dahle tengah berkemban kain batik and towel je. untuk pengetahuan bilik Ai ni bertentangan dengan bilik air. so mmg Ai buat style kat umah. tapi most of them pun macam tu Insyaallah takkan ada stalker sbb bilik Ai kat langit ni. Ai dah termenung jap. kebetulan ada seorang budak ni, dia bagi cadangan,

"pergilah amik kunci spare kat office takpun telefon felo"

dalam hati Ai, boleh tak bagi cadangan molek sikit? takkan Ai nak turun ke office kolej dgn berkemban kot. Ai bukan Fasha Sandha yg sanggup dedah bhgn belakang sampai ke pinggul tu oppps
macam a mne plak Ai nak telefon felo? barang semua ada dalam bilik. yang ada dengan Ai hanyalah toiletries, kain batik dan towel. boleh kot dial nombor felo guna berus gigi hahahaha budak yg bagi cadangan tu blah mcm tu aje. mmg takde willing to help Ai yang tengah buntu ni.

akhirnya Ai ketuk pintu rakan bilik sebelah. kesian rakan tu, dia tengah berehat sbb dia sakit tekak.
Ai bagitahu yang kunci tertinggal di dalam bilik sendiri. rakan Ai tu walau tak rapat dan hanya kenal gitu2, maksudnya setakat bertegur sapa dalam bilik air sanggup menawarkan khidmat untuk mengambil kunci bilik Ai. jadi rakan Ai tu pun turun. buat sementara Ai tumpang solat maghrib dengan berkemban tu kat bilik dia.


mujur pihak kolej mmg buka kaunter office tu sehingga jam 10 malam.
dapatlah rakan Ai ambil kunci dan Ai dapat bukak pintu bilik.
pengajaran daripada itu,

petang jumaat lepas dari tiba di Melaka perkara pertama yang Ai buat adalah duplicate kunci bilik. bukan satu tapi dua!!!! satu lagi nak bagi rumet. dia pun pernah nak teringgal kunci tapi sempat tahan pintu daripada tertutup sepenuhnya.


sekian cerita.


ikhlas,
budak yang pernah kunci bilik sendiri

24.11.11

GELAK SEKARANG!!

semenjak Ai bergelar full time master student ni, kebanyakan masa terutamanya semasa weekdays mmg Ai akan berada di kolej@asrama (ok gelak la. pelajar master ddk kolej). iye walau perjalanan dari rumah ke tempat pengajian hanyalah 1jam 15minit dengan kelajuan 110km/j atau 57minit jika 130km/j, namun Ai lebih selesa berada di kolej (jarak perjalanan pergi-balik 300km lebih n tol rm28). Ai rasa tidak berbaloi ulang-alik sedangkan masa yg akan dihabiskan di rumah hanyalah pd waktu malam sahaja. tapi kalau weekend Insyaallah mmg akan berada di rumah. dan biasanya Ai gerak keluar dari rumah pada Isnin pagi, sampai kolej letak barang then terus pergi kuliah. Ai akan bergerak pulang semula ke rumah pada Jumaat selepas tamat kelas jam 1tengahari.



Ai ada roomate. dia juga buat master. Ai kenal dia masa kami mengikuti kursus persediaan buat master sebelum sambung master (ok gelak ayat bertabur). jarak rumah dia dari kolej tak sampai satu jam tapi sebab dia pun banyak kelas makanya dia pun memilih untuk duduk kolej. cuma waktu kuliah kami agak berbeza kerana dia fakulti lain. kuliah Ai adalah dari Isnin-JUmaat. kuliah rumet dari Jumaat-Isnin. jadi biasanya kami agak jarang berjumpa kerana Ai blk kolej, rumet balik. rumet balik kolej, Ai pulang ke rumah. hanya kadang kala sahaja Ai akan bertemu dengan dia jika rumet mmg ada diskusi atau ada assignment yang perlu dihantar.


petang semalam, macam biasa rumet takde. jadi Ai mmg dah bli dinner selepas balik dari kelas. semalam Ai hanya beli roti keju. agak dah bosan makan nasi. pada pendapat Ai, bukan makanan yang membuka selera tapi kalau boleh masak sendiri dan makan bersama enJekjek adalah lebih berselera. tapi yang pasti, walau Ai kurang selera makan, berat badan tetap gitu jugak. hihihiihi



Ai makan dalam bilik sebab semalam lepas habis kelas jam 7petang, kena terus balik untuk solat maghrib. jarang2 Ai makan di cafe kecuali pada hari khamis memandangkan kelas pada khamis adalah pada jam 12tengahari. eh khamis tu hari ni la kan?


so semalam sambil makan saje pikir. lepa tu dapat pikir yang Ai gelak sendiri sambil makan roti keju tu,


kalau roti keju, bubuh keju
kalau roti planta, bubuh planta
kalau roti susu, bubuh susu

kalau roti tisu?


bubuh tisu?



kalau roti bom?



bubuh bom?






hahahhahaha gelak gelak. ok fine tak lawak. nampak sangat sindrom rindu rumah sudah mula kelihatan. arghhhhhhh


Ai buh status ni dalam fb, kawan yang tambah part roti bom tu. hihiihii





saje nak bubuh gambar kat kolej Ai. gambar 1 adalah pandangan dari pintu. kiranya kalau buka pintu mmg nampakle katil n meja Ai tu.


gambar 2 adalah pandangan dari tingkap.


gambar 3 adalah meja study Ai. agak kecil tapi bersyukurlah masih dapat buat assignment dan pada Ai ni dah cukup selesa. nampak tak perbezaan meja dalam gambar 1 & 3?

sewa bilik ini adalah RM6 seorang untuk sehari. so sem ni Ai check in pada 5september, chcek-out pada 20 Jan 2012. kira sendirilah yuran penginapan tu. hihihihi