Ikut AiTotYati

Showing posts with label cerita lawak. Show all posts
Showing posts with label cerita lawak. Show all posts

25.2.13

10 PERKARA YANG PERNAH ANDA BUAT

salam readers.
ok tengok imej di bawah ni


Ai download dari fb. hihiihih.

semua benda yang ditulis tu Ai pernah buat. 
ok kot2 ade yang tak berapa nak jelas dengan tulisan tu meh Ai kasi taip semula.


1. Cuba makan macam kucing
memang Ai pernah buat masa kecik sebab nak tahu camne rasa makan tanpa guna tangan. hahahha mmg gile punye otak budak.
 
2. berjalan sambil cuba mengelak garis-garis di lantai
yang ni buat masa pergi rumah kawan abah yang ade tiles. dulu2 umah makpak Ai rumah kayu, rumah kampung. so bila pergi housing area nampak tiles so macam batak. kihkih
 
3. Tutup peti ais perlahan-lahan sebab nak tengok lampu peti ais terpadam dengan perlahan dari peti ais
yang ni walaupun dah kahwin n ade peti sejuk sendiri Ai masih tetap buat!!!!
 
4. berebut-rebut nak tekan butang lif
kali pertama buat ialah masa ikut abah pergi opis mana ntah. kena naik lif untuk pertama kali dan batak nak tekan butang2 lif tu. oh perasaan gayat pun ade ye
 
5. cuba tekan pen macam ni semua warna serentak
masa zaman Ai kecik pen ni keluar. masa tu murah je kot harganya. batang pen tu kaler putih n ade banyak warna. memang best tekan2 sampai rosak. hahahahha.
 
6. makan batter/uli cake/ kuih sebelum siap
perkara ni memang selalu buat sebab selalu tolong mak buat kek/biskut/kuih. ade sekali tu makan aduanan kek banyak sangat sampai cirit-birit. hahahhaha
 
7. ikat towel keliling leher lepas tu berangan macam superhero
 ini dah kahwin pun buat juga. lagi2 kalu enJekjek macam lemau je nak mandi. so Ai akan berlaku macam superwomanlah utk suh dia mandi. hihihihi
 
8. bercakap depan kipas nak buat suara robot
oh well memang best. dah besar gajah pun dok buat lagi.
 
9. nyanyi lagu tema 20th century fox sebelum movie bermula
klu tak tau lagunya camne g tengok kat youtube. cite tak start kite plak yang start nyanyi. wiiii
 
10. duduk atas kerusi plastik yang tersusun tinggi
ini selalu buat masa sekolah rendah. ade sekali tu kerusi terbalik ke belakang sebab kami dok tindan kerusi yang tak sama saiz. hahhaha. balik umah bontot lebam (pasal gi cite kat emak, emak bukan nak kesian Ai jatuh tapi mak piat bonto sbb marah. hahahhaha)

ok, korang pernah buat tak benda2 kat atas tu? 
 

13.1.13

PANGGILAN DAPUR

semalam saje godek2 dapur konon nak buat clearance.
sekali terjumpa serbuk kari faiza dengan serbuk kari daging adabi.
sila lihat tarikh luputnya

27 september 2012
27/9/2012 ok tu boleh tahan lagi. yang paling tak boleh blah....
 yang paling tak menahan yang bawah ni
12 November 2011
hahahhahah 12 November 2011!!! dua ribu sebelas ye tuan tuan dan puan puan. tak dapat dipastikan samaada Ai terlepas pandang atau Ai sengaja simpan serbuk ni. hahahahhahahahaha

p/s: dah sebelas bulan Ai minum herbalife. memang jimat belanja sebab breakfast dengan dinner just shake je. lunch je masak kalau weekend. kalau weekdays enJekjek kt tempat keje dia makan kat sanalah. Ai pula cuma beli yang kadang2 bila nasi separuh akan kena harga bwh RM5 lah!!

22.12.11

boss, setiausaha, suami, buah hati, murid tuisyen dan atuk

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....
...
Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya ade kerja selama seminggu,jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk-atuk, untuk seminggu ni saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan bermain-main ngan tuk...

Atuk (rupenye boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tu...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk. lain kali le ye...

Atuk bagitau Secretary balik: Jangan risau, minggu ni kita jadi ke outstation. Uruskan semuanya
 
 -----dari facebook ade kawan post------
korang rasa kelakar tak?

24.11.11

GELAK SEKARANG!!

semenjak Ai bergelar full time master student ni, kebanyakan masa terutamanya semasa weekdays mmg Ai akan berada di kolej@asrama (ok gelak la. pelajar master ddk kolej). iye walau perjalanan dari rumah ke tempat pengajian hanyalah 1jam 15minit dengan kelajuan 110km/j atau 57minit jika 130km/j, namun Ai lebih selesa berada di kolej (jarak perjalanan pergi-balik 300km lebih n tol rm28). Ai rasa tidak berbaloi ulang-alik sedangkan masa yg akan dihabiskan di rumah hanyalah pd waktu malam sahaja. tapi kalau weekend Insyaallah mmg akan berada di rumah. dan biasanya Ai gerak keluar dari rumah pada Isnin pagi, sampai kolej letak barang then terus pergi kuliah. Ai akan bergerak pulang semula ke rumah pada Jumaat selepas tamat kelas jam 1tengahari.



Ai ada roomate. dia juga buat master. Ai kenal dia masa kami mengikuti kursus persediaan buat master sebelum sambung master (ok gelak ayat bertabur). jarak rumah dia dari kolej tak sampai satu jam tapi sebab dia pun banyak kelas makanya dia pun memilih untuk duduk kolej. cuma waktu kuliah kami agak berbeza kerana dia fakulti lain. kuliah Ai adalah dari Isnin-JUmaat. kuliah rumet dari Jumaat-Isnin. jadi biasanya kami agak jarang berjumpa kerana Ai blk kolej, rumet balik. rumet balik kolej, Ai pulang ke rumah. hanya kadang kala sahaja Ai akan bertemu dengan dia jika rumet mmg ada diskusi atau ada assignment yang perlu dihantar.


petang semalam, macam biasa rumet takde. jadi Ai mmg dah bli dinner selepas balik dari kelas. semalam Ai hanya beli roti keju. agak dah bosan makan nasi. pada pendapat Ai, bukan makanan yang membuka selera tapi kalau boleh masak sendiri dan makan bersama enJekjek adalah lebih berselera. tapi yang pasti, walau Ai kurang selera makan, berat badan tetap gitu jugak. hihihiihi



Ai makan dalam bilik sebab semalam lepas habis kelas jam 7petang, kena terus balik untuk solat maghrib. jarang2 Ai makan di cafe kecuali pada hari khamis memandangkan kelas pada khamis adalah pada jam 12tengahari. eh khamis tu hari ni la kan?


so semalam sambil makan saje pikir. lepa tu dapat pikir yang Ai gelak sendiri sambil makan roti keju tu,


kalau roti keju, bubuh keju
kalau roti planta, bubuh planta
kalau roti susu, bubuh susu

kalau roti tisu?


bubuh tisu?



kalau roti bom?



bubuh bom?






hahahhahaha gelak gelak. ok fine tak lawak. nampak sangat sindrom rindu rumah sudah mula kelihatan. arghhhhhhh


Ai buh status ni dalam fb, kawan yang tambah part roti bom tu. hihiihii





saje nak bubuh gambar kat kolej Ai. gambar 1 adalah pandangan dari pintu. kiranya kalau buka pintu mmg nampakle katil n meja Ai tu.


gambar 2 adalah pandangan dari tingkap.


gambar 3 adalah meja study Ai. agak kecil tapi bersyukurlah masih dapat buat assignment dan pada Ai ni dah cukup selesa. nampak tak perbezaan meja dalam gambar 1 & 3?

sewa bilik ini adalah RM6 seorang untuk sehari. so sem ni Ai check in pada 5september, chcek-out pada 20 Jan 2012. kira sendirilah yuran penginapan tu. hihihihi

10.11.11

CERITA LUCU DI PAGI HARI RAYA KORBAN

semangat berkobar-kobar nak g solat sunat hari raya. raya haji kali ni turn beraya di rumah mertua Ai sbb raya puasa hari tu dah beraya n solat sunat hari raya kt rumah mak abah Ai.

tanpa berlengah selepas sarapan pagi raya, terus siap2 nak g solat bersama mak mertua, adik ipar 1, adik ipar 2, adik ipar 3 (tiga-tiga semua perempuan) dan enJekjek. pagi itu hujan lebat tanda kseyukuran. ayah mertua dan suami adik ipar 2 mereka hanya ke surau berdekatan rumah. kami ke masjid kerana di surau tidak disediakan ruang solat utk wanita (utk pagi raya sahaja). yelah kaum adam pun ramai, surau tak mampu nk tampung jemaah wanita dan lelaki serentak.


sampai di masjid lebih kurang jam 8.15pagi, Ai lihat parking lot dah penuh. so enJekjek just drop kami di pintu belakang masjid. dan kami harus menapak dalam hujan.

tempat solat wanita di tingkat atas, maka menapaklah kami ke atas. dan ketika kami sampai, ruang solat wanita sudah penuh. sepenuh sardin dalam tin yg belum dibuka. maka kami pun hanya berdiri di belakang dengan harapan akan ada ruang yang kosong untuk kami menyelit jika semua jemaah wanita bangun utk solat sunat raya nanti. Ai mmg tak mahu duduk sbb nk cari port utk tunaikan solat sunat tahiyatulmasjid. dan sewaktu kami berdiri di belakang tu.

tiba-tiba adik ipar 1 kata panas. so Ai dan dia pun decide nak buka tingkap yg boleh slide di blkg kami. bila Ai tolak maka terhasillah bunyi yg agak kuat. jemaah wanita yg duduk di barisan depan kebanyakannya menoleh ke arah kami. tapi kami hanya senyum kambing je.

Ai dapat tempat solat untuk solat sunat tahiyatul masjid tu. selepas habis solat, tiba-tiba (untuk kali kedua), ada sorang makcik ni cakap,


"solat sunat aidiladha dah habis nak. pukul 8.00pagi tadi solat"


*muka merah- malu dowh. sengih2 kerang busuk. hahaha

24.3.11

CERITA LAWAK GAMPANG part 3

hari ini, Ai sensorang je kt Siber lab. my partner gi kursus kat BTPN.
hari ni juga, ada orang datang pasang railing langsir.
oleh kerana mereka nak pasang dalam bilik opis Ai maka Ai duduk di bahagian luar pintu bilik opis tapi masih mengadap ke dalam opis. faham tak? untuk gambaran sebenar meh datang tempat keje Ai.


dipendekkan cerita, mamat yang pasang railing ni pun sedang berusaha untuk menggantung semula gambar yang dia cabut sebab nak buh railing langsir di pintu tu.
tiba-tiba,



mamat railing: oh pan**t (melatah pasal gambar tu tetiba nak jatuh)
Ai : (pandang mamat railing, tunjuk muka tak puashati)
mamat railing: (senyum kambing. rasa tak bersalah sebut benda yang bukan dia punye kot)
Ai: sebut le sendiri punye. sebut orang lain punye apa barang?



eh apasal hah kebanyakan orang bila nak mencarut mesti sebut mak dia punye?
sebab lahir ikut situ ke?
kenapa haaaa?

23.3.11

CERITA LAWAK GAMPANG part 2

part 1 mana?
haa tulah sebabnya Ai dah standby nak kasi link ni. meh klik bawah ni. cerita pasal lawak gampang yang pertama. watak-watak sume dah diubah utk mengelakkan timbulnya spekulasi.

http://bestari206yati.blogspot.com/2011/03/lawak-gampang.html


dah habis baca?
meh baca cerita lawak gampang yang kedua
cerita lawak gampang yang kedua ni berlaku di sebuah institusi kewangan ye.
masa tu Ai di kaunter selaku pemerhati bebas. ecewah.


perempuan: eh En H. lama tak nampak. bizi ye?
lelaki: biasalah. ko dah slim sekarang ni (sambil mata tu meratah badan perempuan atas bawah)

perempuan: aku? sejak ade yg ke-4 ni aku dah jadi superwoman.
lelaki: (cakap sambil sengih sengih). ye ke? superwoman bila tu? waktu malam ke?



Ai yang dengar dah start rasa kurang selesa. sebab en H tu asyik ulang-ulang pertanyaan tu oleh kerana perempuan tu buat-buat tak dengar soalan tu. kenapa mesti perkara macam tu  dipesongkan?

kenapa haaaaa? (gaya Nasir Bilal Khan)

22.3.11

CERITA LAWAK GAMPANG

alkisah di suatu hari yang damai, di sebuah tempat menjamu selera.

pompuan: bagus diwujudkan skim Guru Cemerlang ni
lelaki: kenapa pulak?

pompuan: yelah, skim ni mengiktiraf golongan guru yang berkaki lebar berkaliber, yang memang nak meningkatkan nilai diri tanpa perlu menjadi pentadbir.
 lelaki: yeke?  macam tu aku tergolonglah sekali.

perempuan: eh apsal plak.
lelaki: aku memang dah lama NAIK GURU CEMERLANG NI.

perempuan: ko dilantik masa cuti ke? bila masa ko jadi guru cemerlang?
lelaki: aku tak kata aku jadi guru cemerlang tapi AKU SELALU 'NAIK' GURU CEMERLANG.


pembaca sekalian, faham tak?

11.3.11

TAK MALU

enJekjek telah selamat pulang ke rumah setelah 3hari berkelana di pusat koku Lan_chang.

Ai trs ke dapur, nak minum. alih2 terpandang plastik sampah yang tergantung di pintu.

9.11.10

KENAPA AKU ANTI MOTORSIKAL

Ai malas cakap banyaklah.

layan jelah

kelakar tak? nak tengok lagi benda menarik boleh pergi ke

19.9.10

CERITA LUCU: RAYA PART 1

sewaktu Ai dalam perjalanan pulang ke negeri mencari rezeki, Ai dan hubby singgah di sebuah stesen minyak untuk mengisi perut minyak.

hubby pergi ke kaunter utk membuat pembayaran manakala Ai pergi ke paip air berdekatan utk mencuci tangan. habis cuci tangan Ai ke kereta semula. buka penutup minyak, lift up the nozzle dan terus mengisi perut orang minyak.

Ai perasan ade satu kereta sebelah pam tu usha Ai semacam dari atas sampai  ke bawah.

Ai terus perasan. dan perasan. bajet suci dan ayu.


masuk dalam kereta, Ai pandang bawah. inilah dia


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa...



tengoklah.. Ai pakai kasut yang lain-lain. hahahahahah. gelak gelak gelak.



kesian, eh sekian (^_^)

13.10.09

SEPI HATI TERJADI LAGI

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam


kui kui kui.. poyo je aku ni. jam 2311 patut dah tidurle. ni memain lagi. haish perangai2. dahle sok kena g buat fisioterapi sorg2 (aisey selalu pun mmg buat sorang2. i mean sok aku kena drive sendiri ke GH). harap2 le parking kt GH tu ada kosong. sok jugalah kena berkejar2kejaran dengan mentee2 sbb khamis schedule dah full. aku akan stayback di sekolah til 6.30pm. hmmm solat hajat nak stay ke? tak kot sbb sape lak nk drive mlm2 tu. dahle hubby takde. uwaaa sepi2 9so tau nape aku letak lagu tu? pandai!!!!)

sebenarnya bagus pisah kejap2 dgn hubby ni. biar rindu serindu rindunya. maafkan jela aku ni menaip ntah ape2. eiii jap nak kongsi cerita lucu hari ni.

esok jam 1.30pm pelajar 5 auto nak buat jamuan perpisahan. tahun lepas aku tak dapat nak attend sbb aku g kursus. sok pun aku tak dapat nak attend le nampaknya sbb aku kena g GH wat fisioterapi. so tadi masa pelajar2 dok jemput aku agar datang juga maka terkeluarlah ayat nakal aku ni;

hillan: cikgu, esok mesti datang tau. kami masak special utk cikgu. ade nasi bla bla bla bla dan paling best kami buat barbeque. kami panggang ayam sok.

aku: errrr... taknak lah saya makan ayam panggang awak tu. mesti awak masak guna MINYAK ENJIN. TAKPUN MINYAK PELINCIR. hahahahaha (saje aku cakap gitu sbb mereka pelajar automotif kan belajar tentang minyak enjin. hahahahah)

hullan: cikgu ni mmg pandai buat lawak.