Ikut AiTotYati

31.10.10

SAYUR, OREN DAN EN JEKJEK

my hubby, encik Jekjek yang ada blog, kalau nk usha klik sini beliau sangat obses dengan warna oren.




dah klik? perasan tak title blog enJekjek tu ape?


 haaaa pandai... SESEDAP OREN JE padahal beliau suka minum air sarsi.





beliau sangat obses dengan warna oren. tengoklah foto bawah ni,


baju oren





mangkuk dan cawan oren




beg laptop warna oren




 beg jalan warna oren, eh itu Ai punye

kalau boleh kereta pun nak cat warna oren

opsss takde foto lak. yelah sebab enJekjek belum cat lagi kereta hitam dia tu



tapi enjekjek ni tak suka makan sayur. jenuh nk bagi dia makan sayur.
Ai kena pandai kreatif buh sayur-sayuran dalam menu masakan kami.


dan oleh kerana beliau suka sangat oren,Ai terpaksa harus memasak benda ni





betul!!! carrot ataupun lobak merah oren.


kesian, eh sekian (^_^)

30.10.10

GLITTERATI

yahuuu yahuuuu



Ai sudah jadi glitterati. hoooo yeah!!! status disemak pada 25/10/10



ok ok Ai tahu kamu sume dah lama jadi
:P

 kasi canlah pada Ai

kesian, eh sekian (^_^)

29.10.10

GURU DULU, GURU SEKARANG

"jadilah cikgu, keje senang"


kalau itu persepsi kamu terhadap bidang perguruan, kamu salah!!!

guru sekarang bukan macam guru dahulu. keluar masuk kelas sahaja. mengajar sahaja.

guru sekarang kena multitasking. kena mahir ICT, kena tahu bw kereta, kena pandai psikologi, kena tahu ERT,  kena jadi floor manager, kena tahu buat surat menyurat dan serba serbi lah!!!





lappy kiri Ai punye. laptop kanan tu sekolah punye. LCD gabak tu sekolah punye.
motif tunjuk 2buah lappy n satu LCD projektor?


tadi ada raptai sempena majlis graduasi yg akan berlangsung sabtu ni (see sabtu pun kena dtg tau). ini bukan rungutan. ini adalah untuk membuka mata bakal guru2 muda. persiapkan diri anda. latih diri spy gagah & tabah (ok kdg2 Ai pn ade masa down).

Ai kan tauke besar ICT makanya mmg tetap dan berpencen ape2 majlis haruslah diletakkan tugas itu di bahu Ai. sbb dah tak larat nk naik ke makmal siber makanya ku usung saje pulang ke rumah krn esok pagi2 raptai akan bermula lagi.


kesian, eh sekian (^_^)


*entry berkala: waktu taip 7.42 khamis malam jumaat)

28.10.10

AIR TERJUN BUKIT SEBUKOR

pernah tulis entry mengenai air terjun bukit sebukor di sini.

tajuk entry macam nak cerita pasal tu heh.



yang sebenarnya. nak ucap tahniah pada enJekjek aka my hubby yang dah hapdet blog.

tapi macam bisa hubby Ai ni lebih suka letak gambar. oh hobi hubby yang suka tangkap gambar dan edit gambar membataskan beliau untuk update blog.

kalau nak tengok gambar-gambar cantek air terjun bukit sebukor pergi link ini ya.


jangan harap nak baca entry berjela-jela.

kesian, eh sekian (^_^)

27.10.10

TUDUNG ARIANI

tudung ariani? ape? banyak?

fuhhh banyak giler kalau tengok gambar atas tu.




Ai tak pernah ade tudung tu.
Ai panggil tudung ariani = tudung mahal.
walaupun ada butik tudung ariani di sini tapi Ai tak pernah masuk butik tu. hihihihi





kesian, eh sekian (^_^)

26.10.10

SUNGGUH TAK KU SANGKA part 2

ala tak jauh mana pun dari nombor dlm entry sungguh tak kusangka part 1 tu.



dan entry ini adalah untuk mengenang total view yang mencecah 010101 ye aku tak glamer lps tu tak pande psg benda ni awal2. kalau tak mesti cepat sikit cecahnye. kehkeh. ade Ai kisah?





ada apa dengan nombor?


tahun ni org sibuk rebut2 tarikh 101010 jam 1010
takpun rebut tarikh 20102010 jam 2010 eh tu macam tarikh perisytiharan melaka maju 2010 je


tengok jelah tahun depan orang berebut nak 111111 jam 1111



pada pendapat Ai yang penting adalah semakin pantas masa berlalu, semakin pendek umur kite




kesian, eh sekian (^_^)

CUCI MATA: air terjun bukit sebukor

pernah sampai? pernah mandi kt sini?
tak tahu di mana?
terletak di melaka. selepas JJ ayer keroh.
laaa tak tahu di mana? meh Ai tunjuk meh

sorri kt sini tak boleh mandi laaaa. hihiihi
waterfall ni adalah buatan manusia. terletak di depan traffic lite. maybe yang seumpamanya di malaysia.


tapi kalau nk mandi sini pun ape salahnye.

kesian, eh sekian (^_^)

25.10.10

PEMENANG SAJE-SAJE SUKA-SUKA

rentetan daripada ketidak-ada-kerjaan Ai pada 15.10.10, Ai telah buat satu pertandingan.

pertandingan teka harta karun kenapa Ai buh gambar kasut.

masa tu memang Ai saje-saje suka-suka. boleh tengok entry di link ini.

Ai terima 6 penyertaan. 6aje? sedih sungguh. kehkeh. sape suh tak promosi, kan kan?
sudah Ai bilang Ai saje-saje suka-suka.


setelah dihakimi dan diteliti makanya pemenangnya ialah TIADA.
erk? takde?


jawapan Ai:

kasut itu kepunyaaan bos Ai. so what?
eh eh janganlah marah.

bos Ai pakai kasut sebelah lain.
bukan sepasang. warna je sama tapi cutting kasut itu berbeza.
hihihiih


teringat entry Ai pasal kasut. baca dan gelak guling-guling di sini ye

24.10.10

JANGAN ASYIK MENONGKAT DAGU MELIHAT BINTANG DI LANGIT

sabtu lepas Ai dan suami pulang dari tesco Cheng, Melaka.

ape buat kt tesco cheng?
saje tengok2 tesco yang kedua di melaka tu (ko tengok melaka maju sangat tesco pun ade 2. tak masuk lagi mydin yg ade 3buah tu. oh JJ sampe ade 2 gak) padahal negeri kecik je.

tumpang gembira melaka maju 2010 tapi berharap agar mentaliti rakyatnye pun majulah gak. Ai bukan nk bebel psl Melaka maju. psl tajuk entry ni.

tak dinafikan Ai seorang yg berjiwa besar, bercita-cita tinggi. tapi smlm bila nampak foto di bawah. Ai insaf

mereka pun dari tesco (Ai nampak plastik tesco dlm raga). semalam cuaca hujan lebat gile2. dan waktu ni kebetulan jln ni je yg dah berhenti hujannya. antara mereka ade seorang budak kecik. Ai anggarkan usianya bawah 2tahun. mereka meredah hujan. Ai pula dlm peugeot sambil dengar radio siap gurau senda dengan en. Hubby. tersentuh hati Ai. Ai lihat tempat duduk mcm tak muat. si ayah dah habis ke depan. yang si ibu pula berusaha utk mencover si anak kecil drpd terkena hujan. cuma kalau boleh harapnye tolonglah pakaikan helmet utk si kecil itu.


kadang-kadang kalau kite terlalu melihat bintang di langit kita akan lupa rumput di bumi.

kesian, eh sekian (^_^)

SUNGGUH TAK KU SANGKA

tadi Ai belek-belek blog. usha-usha perati perati. eh eh total viea sudah 10099.
suka dengan nombor tu. ade sifar, satu n sembilan

(^_^)

23.10.10

KAMI 1ST GIVEAWAY

hai kawan-kawan.

tadi Ai jalan2 kt satu blog n jumpa ni. Kami 1st giveaway. Ai nk join nk join.
jom le join. ikut je syarat2nye ni.

Syarat - syaratnya :

1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog .
2. Follow blog Kami in the house. - Ai dah follow dah
3. Add ' Kami in the house ' di bloglist anda- Ai buat dah.
4. Copy & paste gambar di atas dan letak di side bar anda dan link ke entry ini. - Ai buat dah.
5. Buat satu entry " Kami 1st Giveaway " - dah buat juga.
6. Tinggalkan link anda di entry itu. - dah buat juga.

Tarikh tutup GA ialah 30 Oktober 2010 .
TIGA hadiah menanti anda .
Pemenang dipilih randomly dengan cabutan bertuah .

boleh tengok full entry di link ini. 

ape tunggu lagi kawan-kawan. jom sertai (^_^)

22.10.10

AWARD DARI CIK LULU-PAGES

ai ucapkan terima kasih kepada cik Lulu krn telah beri award ini. cantek tau awardnye. dia wat sendiri.

terima kasih daun keladi lain kali beri lagi ye cik lulu. hehehhe. award ini dtg dgn beberapa perkara yg perlu dijawab. meh Ai jwb meh.

1. lulu-pages.blogspot.com di mata Ai
satu blog yg penuh informasi yg hot hot gtu. ade news tak sempat nk baca kat online newspaper tapi lulu dah letak so dpt tahu informasi tu. blog lulu sangat chomel ok. suke dgn bunga n kartun kecik2 tu. hhihiihihih

2. nama blog anda dan kenapa letak blog itu
AiTotYati MRS Peugeot. letak sempena nama kereta yg disayangi. hehehhe

3. nama URL blog dan dari mana datangnye idea tu
http://bestari206yati.blogspot.com idea datang sbb nk abadikan nama kereta. memula konon nk buat diary kereta sudahnye sume nk buh. kehkeh

4. apakah method dlm penulisan anda.
macam-macam ada. hehheh

5. apa perasaan anda bila tengok blog orang lain cantik dan kreatif sedangkan blog anda tidak (kdg2 blog sendiri cantik tapi merendah diri)
terasa nk ikut tapi sbb masa tak mengizinkan makanya diamkan saje. kehkeh

6. bila blog anda diwujudkan?
disember 2008

7. siapa orang pertama tahu dan follower pertama anda
haruslah my hubby enJekjek. klik sini utk ke blog hubby

8. sila tag 5 orang dan letak sekali syarat di atas (syarat 1-8)
Ai nak tag:
a. Cik Nuril
b. Pn Lieya
c. Pn Irtiyah
d. EnJekSkima
e. Cik Dirah

jadi kawan-kawan yg kena tag sila jawab ye.


kesian, eh sekian (^_^)

21.10.10

TAG oleh Cik Nuril

oleh kerana hari ini melaka cuti sempena Melaka maju 2010 maka bolehlah wat entry.
ni nak menjawab tag drpd cik Nuril kite nih.


tengok ape soalannye nih.

1. Apakah benda dalam hidup paling penting dalam hidup anda
sebab benda, maka tak reti nk kata ape. tapai kalau perkara, ai nk kata ketenangan jiwa. itulah yg paling penting dalam hidup Ai.


2. Benda yang terakhir anda beli menggunakan duit sendiri?
oh last week g Ikea beli frame gambar n tempat gantung tuala tempat gantung tudung yg berlubang2 tu. kopakle RM103.70. huhuhu

3. Dimanakah tempat anda melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan idaman anda?
di kampung Ai di selangor. tema: perkahwinan melayu.

 4. Adakah anda sedang bercinta sekarang?
ya. sudah semestinya dgn enJek skima. g terjah blog die. klik sini.


5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih suami anda?
Insyaallah selagi hayat dikandung badan.


6. Novel/buku/majalah yang terakhir anda beli?
majalah Nur edisi Noivember 2011


7. Di manakah anda selalu berjumpa dengan suami anda?
 haruslah di rumah (^_^)


8. Apakah nama penuh anda?
N-_-_-_Ai   hehehheh tak boleh tulis sini. bahaye...


9. Antara mak dan ayah mana yang anda lebih mesra?
mestilah emak!!! suka tepon emak kalau rindu n bosan. hihiih


10. Namakan orang yang betul-betul anda jumpa dalam hidup anda?
errr tak berapa nk paham soalan ni


11. Adakah anda basuh baju anda sendiri?
Ya, lagi2 kalau tudung berawning n baju sutera.


12. Di manakah tempat yang betul-betul anda mahu pergi?
buat masa skrg Ai teringin nak ke australia sbb adek ipar ade kt sana.


13. Pilih satu, peluk atau cium?
peluk sbb ia menenangkan


14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?
oh pasal Cik Nuril ni. ok ini points Ai:
a. dia terer gile add maths masa kt MRSM dulu. Ai berguru dgn dia dulu.
b. seorang lecturer yg sempoi
c. hardcore guna produk HPA. Ai pun dah terpengaruh tau. ngengeh


15. 5 benda yang anda sayang sangat dalam hidup anda?
a. cincin n gelang perkahwinan.
b. mr peugeot
c.  handphone sony ericson s500i (mahal wooo masa bli dulu. dgn rege dulu boleh dpt BB torch weh)
d. en compaq presario CQ42 (cannot live without it)
e. album kahwin


16. 5 lagu yang anda suka dengar?
a. secret by  One republic
b. nur kasih by yassin
c. bila cinta ~ ost LBS
d. duhai cinta by erra fazira
e. laskar pelangi by Nidji

17. Bilakah tarikh lahir anda dan di manakah anda menyambutnya tahun lepas?
5 April 198* di rumahsambut dgn hubby.

18. 5 orang blogger yang anda mahu tag.
a. enJek

b. Lieya
c. Cik Lulu
d. Irtiyah
e. Aimi yg nun di sana 

19. Cerita sedikit tentang blogger pertama yang anda tag
dia teman sehati sejiwa Ai. auwwwww. ngehngeh




eh ape tunggu lagi. yang kena tag tu silalah jawab ye.

kesian, eh sekian (^_^)

16.10.10

ANDALUSIA atau ISTERI KEDUA

ANDALUSIA : anak dara lanjut usia
ISTERI KEDUA: kahwini suami orang

dua-dua ada pro n kontra nye
mana satu pilihan anda?

terus single tapi tiada tempat mengadu dan sepi sendiri atau kahwini suami orang untuk elak kesunyian dan dapatkan zuriat?


ada sebarang pendapat?

15.10.10

SAJE-SAJE SUKA SUKA

Ai tak suka nk letak gambo kasut orang. 

tapi ai ada soalan. kenapa ai buh gambar kasut tu kt sini?

nak bagi hadiah tak pada pemenang tak?
  oh bolehlah.


sape yg paling pantas dan teka dgn tepat akan terima top up bernilai RM10 yang akan dikreditkan terus pd akaun prepaid anda. kalau anda pakai postpaid RM10 tu Ai akan transfer dlm akaun tuan puan.

komen yg ada Ai akan publishkan tapi Ai tak reply tau.
oh tarikh tutup pada khamis depan 21 Oktober 2010.

cepat jangan ketinggalan.


kesian, eh sekian (^_^)

AI MEMANG

hubby: minggu depan abang takde 3hari. abg kena jadi kem komando. so susah sikit nk balik.
Ai: *senyap*

hubby: ayang ok ke?
Ai: yahuuuuuuuuuuuuu * sambil buat gaya yes*

14.10.10

PERCUTIAN KE MIRI DAN BRUNEI part 3- PUSING BRUNEI

iye dah masuk part 3 dah. ape? ketinggalan?
meh ai bagi link ni. g baca dulu utnuk mendapatkan feel yang lebih.

CUCI MATA: TRIP to MIRI BRUNEI part1
CUCI MATA: TRIP to MIRI BRUNEI part2

so kami pun dah masuk brunei. aiii jangan cakap banyaklah. tengok gambar sambil baca caption nye eh?

 ini adalah masjid pertama yang kami nampak semasa memasuki kuala belait. besarkan? kwsn perumahan yang kami pergi ini adalah tanah kurniaan sultan. so rumah-rumah di sini tidak berpagar. ala-ala cerita desperate housewives gtu. oh rumah2 di sini semuanya mempunyai tiang yang tinggi-tinggi. rumah 2tingkat ye. sori Ai lupa nk snap foto umah masa siang. huhuhu


 inilah keadaan rumah kak salmah. mula2 masuk mcm masuk dlm muzium. dengan cahaya lampunye yg suram2 hijau, dgn bau wanginya, dgn sejuknye. perghhh mmg masyuklah!!! oh living room ditingkat bwh. gile byk brg2 perhiasan yg bsr2.

 sila lihat. akuarium pun besar tau.

 amacam? telefon korang ade besar n antik camni tak?


 ni cuma separuh drpd living hall tu. separuh lagi lupa nk snap. soriii.


 kuih-muih yg dihidangkan pd kami. kami tiba di sini lebih kurg jam 11 am gtu.


 see. the biggest plate i've ever seen. nk bw balik malaysia boleh?


 sijil tuan umah. dia rajin join pertandingan. sijil2 tu beliau tampal di dinding. dapat ke Ai, snap le.


 dapur tuan umah. hidangan tengahari telah tersedia. oh nak cerita sikit tentang tengahari ni. Ai sgt kagum dgn keluarga ini sebab sedang sibuk2 masak gtu tetiba masing2 hilang. rupa-rupanya mereka dah standby utk solat jemaah. yang kami lak cadangnye nk solat jama' taqdim. tapi demi menghormati tn umah kami solat jemaah dgn mereka. seronok!!!


 ini cucu sulung kaksalmah. comel gile ok!!! namanya nani. sgt pandai memberi pose!!! geram dgn pipi montelnye!!


 umah kak salmah nombor 8 ye. sila carik. kehkeh



 suami kak salmah ade 12buah kereta. maka tak hairanlah kalau sultan brunei ade beratus kereta mewah. kalau rakyat biasa je dah ade 12buah. hmmmm...


 kereta puteh tu kereta paling baru.


 pemandangan di highway menuju ke bandar seri begawan. kami dari kuala belait mengambil masa 2jam. macam melaka-kl. tapi kalau bas delima ekspress boleh 1jamsetengah je. oh highway mereka tiada tol mahupun RnR ye. agak2 nk terkucil tahan jelah.


 pemandangan di highway jugak.



 dah sampai di jerudong park. tak singgah lama sbb nk kejar masa.



 panas. nyorok nyorok.



 kat sini tak panggil jalan, ia dipanggil simpang ye.


 antara masjid yg dikunjungi.



 pengangkutan di brunei. plat KA 9900. cantek eh? ni stop kejap kt kampung air. semua umah dibina atas air. bot adalah pengangkutan penduduk di sini. 2keping foto tu yg ade masa kami di kampung air ye kwn2.


 nama jalan sempena nama sultan.


 antara bank yg ade di Brunei.


 hari guru disambut setiap 28 september. selamat hari guru utk aku. kehkeh


 saje snap awek brunei. tengokle pesen tudungnye same je dari dulu sampe skrg. hehhhe. lainle mcm kt malaysia kejap tdg ct, kejap tdg yuna, dan ntah ape2 lagi.


 kami berada di depan The Mall. salah satu shopping comlex yg ade kt sini. masa ni mcm ade pertunjukkan band tentera gtulah lebih kurg. aku tgk depa maib tu mcm kena rasuk je. fyuh.. ade sorg tu sampai pecah alat die. sungguh beria hayun. di The Mall, ai berjaya rembat satu kain utk buat baju kurung. kehkeh.


 surau The mall yg selesa dan sgt sejuk aircondnye. surau kt KLCC ade besar n selesa mcm ni ke?
aku rasa tak.


 toiletology. patut tampal dlm toilet di malaysia ni. perhatikan, awda maksudnya anda ye.


 dalam The Mall. jln2 cuci mata je lah.


 minum petang. tapi masa ni kami kenyang lagi. tapi tuan umah berkeras nk belanja. maka kami pn mkn yg rigan2 aje.

 suami kak salmah dgn anak bongsu mereka. kt sana form 1 usia 12tahun ye.
tapi kalau sekolah agama dalam darjah 6 lagi.


 rojak brunei. pepandai je Ai bg nama. hehehe


 rojak lagi,.


 salah satu pemandangan nk sunset yg berjaya dicapture dr dlam kereta. kereta ke?


 ni baru betul negara islam. tulisan jawi diperkasakan. kilang arak takde. 


 senja nan permai


 kucing peliharaan. gebu betul!!!


 kucing yg ni baka besar punye. serius besar. tapi tak pandai snap lah pulak. 


 kereta lagi


 lagi-lagi kereta.


haaa dah tamat. perjalanan di brunei dh hbs. banyak lagi gmbr tapi takut muntah lak nanti korang melihatnye. ni dah blk ke Miri dan nk mkn malam. see the menu? sume ade lelapan. hihihiih ape benda lelapan tu? sambung part 4 boleh?



kesian, eh sekian (^_^)