Ikut AiTotYati

29.2.12

29 FEBRUARY 2012 -TAHUN MELOMPAT LOMPAT

sape lah yg memandai create taun lompat ni?

Ai pun lompat2 la buat entry. hihihi

1st assignment should be submitted on wednesday next week.


tata

28.2.12

SIKAP @SANGKAAN @PREJUDIS

salam.

lama Ai tak mencoret.
Ai tidak tahu tajuk yang sesuai untuk entry ini.

semalam Ai ade appointment di GH melaka.
mana lagi kalau bukan di klinik O&G (obstetrik & ginekologi).


turn pukul 2 tapi Ai timbul jam 2.30pm sbb fetch enJekjek di sekolah dia. fungsi? supaya enJekjek boleh bawa balik kereta. GH melaka tu masalah paling utama adalah parking places. dan enJekjek pula memang ada aktiviti di sekolah so dia ke sekolah semula.


pengalaman yang Ai nak kongsikan ialah selepas berjumpa Dr muda.
selepas berdiskusi dengan Dr muda tu, Ai kena wait Dr muda tu sekejap sbb dia pula nak discuss hal Ai dengan Dr Mai (Dr Mai tu mcm sifoo kt situlah)yang berada di bilik lain. so ade seorang nurse ni turut berada dalam bilik yang sama.
nurse pakai line kaler purple di atas tudungnya tu maksudnya ape eh? tu pangkat2 depa kan? cuma Ai taktahu maksud setiap kaler tu...


tiba-tiba nurse tu memulakan perbualan.

nurse: dah berapa lama kahwin?
Ai : masuk hari ni (27/2/12) genap le 6 tahun 3 bulan.
nurse: hmmmmm.... lamanya. mesti boring, kan?
Ai : boring? setakat ni saya tak boring lagi. saya tak perlu fikirkan hal anak-anak jika mahu ke sana ke mari.
nurse: .....
Ai: senyum je



kisah ni ada Ai kongsi dalam fb cuma Ai tak nyatakan siapa seseorang tu.
semenjak dua menjak umur nak masuk 31 tahun ni Ai malas nk sentap2 dah. kalau boleh nak bagi penjelasan yang patut dan lepas tu senyum jelah. hihihi.
Ai redha. sebab Allah tahu yang terbaik buat Ai dan enJekjek.

Allah akan beri apa yang kita patut dapat, bukan apa yang kita mahu

(^_^)

20.2.12

BERMULANYA SEMESTER 2 SESI 2011/2012

azam cuti sem konon nak hapdet blog tapi sebab lappy Ai masuk workshop maka terbengkalai le.
sampailah Ai telah kembali ke kolej semula.
dah siap kemas bilik Ai



iye, mulai 20/2/2012 (hari ini) hingga 30/6/2012 Ai akan menjadi weekend wife semula.


jadual kuliah sem ni?
tak best langsung!!!!
hari2 pun tiap2 pagi ade kelas.
huhuhuhu


result Ai last sem: 3.84
terima kasih atas doa kawan2.
Ai harap sem ni Ai dapat score 4.0!!!
amin...

17.2.12

KEK COKLAT FUDGE YOGURT

resepi asal daripada http://www.jintanmanis.com/kek/448-kekcoklatfudgeyogurt
maceh kpd blog jintan manis!!!

yang Ai paparkan di sini adalah setelah bereksperimen sbyk 2kali ye.
Ai mmg suka group kan bhn2 tu spy senang nk tgk mana dkena campur dengan mana n mana nk dikerjakan dulu.

Bahan-bahannya:

bahan A (ayak 2kali bagi halus wokeh)

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 cawan serbuk koko

bahan B (pukul hingga kembang)
3/4 cawan gula
3 biji telur

bahan C(masak hingga cair dan sejukkan-kaedah double boiler).
1/2 cawan mentega
1/2 bar ( 150gram) coklat masakan

bahan D
1 cawan air suam
1/2 cawan natural yogurt ( plain yogurt)
 beberapa titik esen vanila


Cara-caranya
1.cairkan bahan C & ayak bahan A. ketepikan.
2. Dengan menggunakan mixer, pukul bahan B.
memula pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula bahan A yang telah siap diayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, plain yogurt serta coklat masakan dan mentega yang telah dicairkan tadi, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan & acuan bulat atau petak ber ukuran 18cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan bakar pada suhu 160 darjah selama 50 minit(Ai guna oven elba, guna api bawah je).
dah masak sejukkan atas redai.
5. untuk hiasan, toppingkan dengan cooking coklat  dan hias ikut kreativiti.

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula.
masak guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk.



close up sikit


 ni le rupa loyang kek Ai


takde double boiler? Ai pun takde  so Ai masak air dalam kuali. then coklat mentega tu sume buh dlm periuk kecil dan masak dlm kuali tu.

selamat mencuba!!!

15.2.12

HATI

hati ayam
hatiku
hatimu
hati-hati

.

.

.


.



.




.
merapu memang macam tu :P

9.2.12

projek makan

Assignment Ai pd hari ini.

If menjadi Ai share recipe ya

;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

6.2.12

The Legend Resort, Cherating

Swimming pools at this resort.


Awesome!


Been there last CHinese New year holiday.


Published with Blogger-droid v2.0.2

1.2.12

01022012

kejap je dah habis januari.

ini bermakna cuti semester Ai pun dah tinggal 18 hari je.


napelah cuti bukan 3 bulan?

*bersyukurlah dengan cuti yg ade