Ikut AiTotYati

Showing posts with label cerita hari raya. Show all posts
Showing posts with label cerita hari raya. Show all posts

21.8.13

SOALAN CEPU EMAS

salam readers.

kalau dah TTCian tu, tetap akan kena soalan cepuemas punyalah.

Namun raya tahun ini agak kurang jugaklah pertanyaan tu. agaknya sebab dah lama benor kot. tak kuasa orang nak tanya. tiap kali Ai nk kuar beraya, Ai mesti zikir dan doa dalam hati semoga takde yang tanya.
tapi ada gak terjadi masa beraya kat umah sorang nenek ni. nenek ni org yg sama yang dok tanya Ai tak jeles ke dgn SIL dalam entry ini

sorry to say tapi dah banyak kali jumpa nenek ni, Ai tetap tak ingat nama dia. hahahhaha.
bila Jek tanya nape tak ingat? Ai kata tak perlu ingat nama2 orang yang sakitkan hati kita sebab nanti kita lagi sakit hati. mujur Jek paham. so sudahnya tiap kali datang beraya kat situ, tiap kali tu lah Ai akan tanya Jek nama nenek tu.

kali ni, nenek tu tak tanya direct tapi dia lontarkan pertanyaan pada PIL,

"oooo yang takde anak ni ikut, yang ada anak tu tak ikut beraya sekali ke?"

sentap kejap masa Ai dengar soalan ni. perlu ke mentioned 'yang takde anak'? perlu ke?

so PIL pun jawabla yang ada anak tu beraya rumah mertua.


tak kosser nak layan nnenek ni. Ai dengan Jek layan kuih raya lagi bagus. hahahahah

19.8.13

CERITA RAYA Ai- part 3

amboi banyak betul bahagiannya, kalah drama swasta.
saje rajin mencoret. layankan aje.


part 1 di sinun 
part 2 di sini

ok part 3 adalah berya pada hari sabtu (17/8/13).

keluar rumah dan terus menuju ke rumah kak Maharom berdekatan aeon baru. hantar CPU. tanya juga tentang hal rumah2 ni.

kemudian kami ke Jusco untuk bli brg dapur dan lunch.

keluar kami ke taman Tun Rahah sekali lagi untuk ke rumah atok sedara Ai. sembang memang lama. haaa baru tahu sorang anaknya tu Firdaus kerja di bhgn pinjaman perumahan.

akhir sekali ke rumah parents Nadilah (student robotik Jek). sembang lama juga. hohoho

kami tiba di rumah beberapa minit sebelum azan asar berkumandang.

sekian part 3.
minggu depan kalau beraya lagi Ai sambung. hehhehe



10.11.11

CERITA LUCU DI PAGI HARI RAYA KORBAN

semangat berkobar-kobar nak g solat sunat hari raya. raya haji kali ni turn beraya di rumah mertua Ai sbb raya puasa hari tu dah beraya n solat sunat hari raya kt rumah mak abah Ai.

tanpa berlengah selepas sarapan pagi raya, terus siap2 nak g solat bersama mak mertua, adik ipar 1, adik ipar 2, adik ipar 3 (tiga-tiga semua perempuan) dan enJekjek. pagi itu hujan lebat tanda kseyukuran. ayah mertua dan suami adik ipar 2 mereka hanya ke surau berdekatan rumah. kami ke masjid kerana di surau tidak disediakan ruang solat utk wanita (utk pagi raya sahaja). yelah kaum adam pun ramai, surau tak mampu nk tampung jemaah wanita dan lelaki serentak.


sampai di masjid lebih kurang jam 8.15pagi, Ai lihat parking lot dah penuh. so enJekjek just drop kami di pintu belakang masjid. dan kami harus menapak dalam hujan.

tempat solat wanita di tingkat atas, maka menapaklah kami ke atas. dan ketika kami sampai, ruang solat wanita sudah penuh. sepenuh sardin dalam tin yg belum dibuka. maka kami pun hanya berdiri di belakang dengan harapan akan ada ruang yang kosong untuk kami menyelit jika semua jemaah wanita bangun utk solat sunat raya nanti. Ai mmg tak mahu duduk sbb nk cari port utk tunaikan solat sunat tahiyatulmasjid. dan sewaktu kami berdiri di belakang tu.

tiba-tiba adik ipar 1 kata panas. so Ai dan dia pun decide nak buka tingkap yg boleh slide di blkg kami. bila Ai tolak maka terhasillah bunyi yg agak kuat. jemaah wanita yg duduk di barisan depan kebanyakannya menoleh ke arah kami. tapi kami hanya senyum kambing je.

Ai dapat tempat solat untuk solat sunat tahiyatul masjid tu. selepas habis solat, tiba-tiba (untuk kali kedua), ada sorang makcik ni cakap,


"solat sunat aidiladha dah habis nak. pukul 8.00pagi tadi solat"


*muka merah- malu dowh. sengih2 kerang busuk. hahaha

19.9.10

CERITA LUCU: RAYA PART 1

sewaktu Ai dalam perjalanan pulang ke negeri mencari rezeki, Ai dan hubby singgah di sebuah stesen minyak untuk mengisi perut minyak.

hubby pergi ke kaunter utk membuat pembayaran manakala Ai pergi ke paip air berdekatan utk mencuci tangan. habis cuci tangan Ai ke kereta semula. buka penutup minyak, lift up the nozzle dan terus mengisi perut orang minyak.

Ai perasan ade satu kereta sebelah pam tu usha Ai semacam dari atas sampai  ke bawah.

Ai terus perasan. dan perasan. bajet suci dan ayu.


masuk dalam kereta, Ai pandang bawah. inilah dia


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa...



tengoklah.. Ai pakai kasut yang lain-lain. hahahahahah. gelak gelak gelak.



kesian, eh sekian (^_^)

10.10.09

RAYA: EDISI SEBELUM, 1 & 2

baru rasa lapang sikit dan ada mood nak menaip. adalah lebih baik merakamkan kenangan raya di dalam blogku ini. dah stat le ayat poyo aku :P

kami pulang ke kampung sehari sebelum hari raya. oh itu hari sabtu(190909) jam 8.45am. hubby tetapkan masa keluar rumah jam 9 pagi jadi aku berjaya menyiapkan diri beserta barang lebih awal (Vangga gile- eh sempena deepavali bangga jadi vangga plak). alhamdulillah perjalanan kami lancar. cuma laluan menghala ke selatan yg padat. memang berderet le kereta.

kami tiba di rumah ibuku selepas solat zohor. wah mmg meriahlah semua adik beradik dapat berkumpul (along je lambat, lepas asar baru dia tiba). maka seperti biasa selaku anak perempuan sulung yg menjadi harapan bonda ketika di dapur, aku meneruskan misi. tapi bonda sudah beri amaran awal2. jangan paksa diri. sebab bonda tau keadaan diri aku yg kurang mengizinkan. oleh kerana aku telah "beraya awal" maka aku mendapat tugas khas sebagai tukang rasa. menu bonda ialah daging masak manis, ayam percik, sambal satay, su'un dan lain-lain. . hihihihi. semua kerja memasak berjaya dibereskan sebelum maghrib dan aku lega kerana sekurang-kurangnya bonda tidaklah kelamkabut mengemas seorang diri. tapi dengan adanya aku takdelah bonda terlalu penat kan?)

so selepas selesai solat maghrib kami pun menuju ke rumah mertua ku yg terletak kira-kira 20 minit jika kereta dipandu 70km/j. sesampai di rumah mertua, kulihat kereta makcik dan pakcikku ada sekali. oh mereka merayakan aidilfitri di sini kerana opah hubby dijaga oleh mertuaku.

sampai sahaja hubby mula melaksanakan tugas memasukkan beras dalam kelonsong ketupat. aku yg dah separa sedar @ mamai pun join the grouplah. hubby takpelah dia segar bugar sbb kt rumah bonda aku dia dah tidur. bila jam dah cecah ke 11pm lebih aku minta izin hubby nak tidur. dah tak larat tahap gaban dah.

RAYA 1:

pagi raya semua org bersiap2 nk ke masjid. aku rileks je jadi tukang cuci. hahahaha. lepas dah selesai maka sesi bermaaf-maafan pun berlangsung. tapi sebelum bermaaf-maafan ayah buat tahlil utk arwah atuk n opah yg telah tiada.

semasa tahlil baru nk mula aku dapat mesej dari adik aku yg mereka akan mula bersalam-salaman. laaa awal la plak kali ni abah wat sesi bermaaf-maafan. aku balas mesej yg akan tiba lagi 15 minit. so after habis sesi di rumah mertua kami bergegas balik ke rumah mak abah ku tapi hampa. mereka telah habis sesi bermaaf-maafan itu termnasuklah sesi penggambaran. sudahnya tahun ni takdelah muka kami dalam gambar raya 1family. hampa hampa. nak kumpul lagi macam tu kena tunggu 2tahun lagilah! itupun jika umur panjang. hmmmmmmm (nada kecewa ye)

kemudian macam biasalah menuju ke rumah mbah Wo, bokde mah dan paman as. sesi petang kawanku datang dan kami borak panjang sehingga jam 6ptg.

RAYA 2:

aktiviti kunjung mengunjungi diteruskan. pagi2 lagi kami telah bergerak ke kampung mak di perak. sebelum itu singgah di pasar membeli barang basah krn biasanya kami akan memasak di rumah mbah. harus la msk kerana kami ke cna 3 kereta. setelah selesai makan n solat kami teruskan lagi aktiviti kunjung mengunjungi sanak saudara. dan kami tiba di rumah selepas waktu isyak.

dah cukup cukup. mood nak main happy aquarium di facebook muncul kembali. tata