semalam bosan sebab enJekjek tiada, maka Ai layankan diri buat puding roti marble butterscotch
tak sengaja saje bagi polka dot antara layer. kehkeh
potong-potong
habis kelas nanti nak gi umah pak menakan Mydin carik lagi bunga nak buat gubahan.
heheheheh
semua foto adalah hasil tangkapan ikan dan editan oleh en Jekjek (^_^)
kalau nak resepi gaya Ai sila baca di bawah. Ai suka sukat pake cawan-cawan je. maklum dah pro konon. kehkeh.
kalau nak tengok resepi asallllllll dari kak hana jepun nunn
dengan adenya insan seperti kak hana menggalakkan manusia macam Ai ni yg malas jadi rajin nk ke dapur. hihihihi. terima kasih kak hana!!!
RESEPI PUDING ROTI MARBLE BUTTERSCOTCH
bahan A:
1/2 cwn gula
3 cwn air
1 peket serbuk agar-agar 10g
2-3 ketul gula batu- Ai tambah
bahan B:
4 keping roti gardenia butterscotch-suka sangat Ai dengan roti nih!!!
1/3 tin susu pekat manis
1/2 tin susu cair
2 biji telur
1/2 cawan air
bahan C:
1/5 potong buttercup (Ai malas nk cairkan so Ai potong je buttercup yg beku tu)
2 sudu besar serbuk koko vochelle (ayak)
cara-cara memasak:
1. memula panaskan bahan A dalam periuk
2. sambil panaskan tu kisar bahan B
3. bila bahan A dah panas/didih, masukkan pula bahan B
4. agak2 dah sebati tu masukkan potongan buttercup
5. kacau dan kacau dan kacau sampai nampak pekat dan didih
6. matikan api.
7. bahagikan kepada 2 bahagian. satu bahagian tu masukkan serbuk koko. kacau cepat-cepat.
8. cepat-cepat masukkan dalam loyang dengan cara selang-selikan adunan tu
9. biarkan sejuk pada suhu bilik
10. dah sejuk bolehlah masukkan dalam peti sejuk
11. potong dan makan. hehehhe
jangan lupa buat dan bereksperimen ye
kesian, eh sekian (^_^)
huyoo..... pandainyer... i love uuuu
ReplyDeletekehkeh..
ReplyDeletesbb abang suka mkn i loveee u two jugaklah :P
nak carik tarikh utk buat eksperimen lah. ehe! =)
ReplyDeleteeh tambahan.. dah post komen baru gedik nk baca langkah2..
ReplyDeletecne selang selikan tu? tuang yg krim dulu dlm loyang n baru tuang yang ada serbuk koko secara membulat? gitu?
ije,
ReplyDeletesile sile :D
ije,
ReplyDeletea'ah tuang yg krim dulu, lepas tu tuang yg ceklat atasnya. lepas tu tuang yg krim. lps tu tuang yg ceklat. ulang step sampe sume habis.....
sonang yooo :D
aku antara tetamu ko yg dah banyak kali makan, dan setiap kali makan bercita2 nak buat. tapi sudahnye belum sempat nk bereksperimen..
ReplyDeletealasan: bahan tak pernah cukup. wohaa
nuril~ takpe sbb ko special maka kalau terasa nk mkn pm aku ye :D
ReplyDeletesalam yati..kalau roti butterscotch ni..tak sempat akak nak buat puding..habis dah..
ReplyDeletewslm kak erna,
ReplyDeletetakpe... kak erna beli lebih. satu utk anak2 mkn, satu lagi akak buleh wat puding :D
selamat berbuka ye
salam ti.. rajin ke dapur ye.. bagus2.. nanti leh akak datang makan umah ti nanti bila balik msia.. hihihi
ReplyDeletewslm kak ita,
ReplyDeleteni pasal ramadhan je. hehehehe. tataulah lps ni momentum ade lagi ke tak. kehkeh
bulat.. bulat.. makin bulat en jek..ahhaha
ReplyDeletehuihh.. manisnye ni. puding roti yg aku wat pun bleh je nak taruk roti butterscoth kan? sebelum ni aku boh roti gardenia biasa je.
ReplyDeletemakBed,
ReplyDeleteboleh boleh takde masalah. puding roti ni byk versi. sbb kebanyakan org akan pelik nape resepi ni rotinye kena kisar.
tapi inilah mmg sedap. makan sekali asyik nak lagi
:D