Ikut AiTotYati

12.8.10

KERAS KEPALA

 budak sekolah songkok hitam: yo bro ape pandang-pandang?
apek helmet merah: lu punye kepala manyak keras aaaaa.... wa manyak kagum



budak songkok hitam: sape pulak amik gambo aku tgh posing atas moto ni.
taulah aku hensem pakai songkok

*gambar bukan pelajar sekolah Ai tapi disnap ketika di sebuah traffik light*
sekarang mahu jadi mamarazzi. 
kamera kodak yg bli tahun 2006 dulu dah dikeluarkan semula dari tempat persembunyiannya.


entry ini dibuat atas rasa tanggungjawab Ai terhadap masyarakat.

Ai tidak mahu menyalahkan pelajar itu. ya dia ada hak utk tidak memakai helmet. tetapi jika terlibat dalam kemalangan, bagaimana? jika terus meninggal takpe, jika cacat? bagaimana? kan dah hidup menyusahkan keluarga

nampaknya pelajar ini tidak sayangkan tengkorak dan otaknya. lebih rela menyorokkan rambutnya yg panjang dariapada memakai helmet Ai tak kata, Ai taip je :P

pelajar sekolah yang memakai songkok harus dicurigai krn biasanya di bwh songkoknye ade rambut kaler merah, biru, blonde, brunette atau pun ade rambut ala-ala trojan. memang ade pelajar yg baik & alim memakai songkok tapi sebagai guru, don't always judge a book by it's cover. mesti peka bukan pekak.

Ai menulis berdasarkan pengalaman. bukan seorang dua pelajar Ai yg ditimpa kemalangan dan meninggal duni serta merta kerana tidak memakai helmet. yang terbaru pelajar Ai koma. kasihan ibu bapanya. setakat Ai mengajar dari 2003, dah 5org pljr yg meninggal sebelum sempat ambil SPM.

remaja memang suka memberontak. bukannya ibubapa, kelurarga atau pihak sekolah tidak mengambil tindakan dan memberi nasihat. tapi remaja akan tetap begitu. yang degil akan terus berdegil, yang ada kesedaran akan berubah.

jika kamu remaja dan membaca entry ini, harap pakailah helmet ketika menunggang motorsikal. jika kamu ibu bapa, didiklah dan tegurlah anak yg tidak memakai helmet ketika menunggang motorsikal. dan ibubapa juga hendaklah memberikan contoh yg baik. ada bapa yg tunggang motor gaya merempit, cilok sana cilok sini. kalau boleh jgn blikan mereka motorsikal, blikan sahaja basikal.

kesian, eh sekian (^_^)

4 comments:

  1. seb baik ku bukan remaja.. ehehehe

    ReplyDelete
  2. jard,

    kite kan remaja 'emas'

    lalalalala

    ReplyDelete
  3. weh aku remaja betul2 ye.. :P
    aku mmg selalu pesan adik2 aku..kalo naik moto mesti pakai helmet.. tpkan.. 1 lagi.. kalo bawak moto.. jangan brek mengejut.. takut yg tukang bawak moto duduk atas bakul..si pembonceng duduk kat tempat si pembawak moto..hahahahhaha

    ReplyDelete
  4. lieya~ macam pernah ku alamai sahaje :P

    ReplyDelete