Ikut AiTotYati

Showing posts with label Bleki. Show all posts
Showing posts with label Bleki. Show all posts

11.5.13

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

di sini Bleki ditanam

hari ini Ai bangun dengan semangat baru. memori dengan Bleki Ai lipat kemas dan simpan dalam satu sudut hati yang terindah. Jek tanam Bleki betul2 tepi tingkap Ai buat kerja tesis Ai seperti dalam gambar. Ai masih ada perjuangan yang belum selesai. kalau rindu Bleki, Ai buka tingkap, pandang dan sebut nama Bleki. tadi ade seekor kucing hitam, kucing yang selalu menyakat Bleki. memang sebijik macam Bleki tapi Bleki tidak mungkin dapat Ai ganti.

ya, mungkin Ai akan rindu sebab lepas ni memang tak akan ada kucing hitam yang pandai panjat dan masuk ikut celah tingkap macam Bleki selalu buat. yang dengan sengaja letak kepala atas laptop sebab nak Ai usap2 manja kepalanya. yang mengiau kuat di tepi bilik air dan tingkap.

Ai akan teruskan perjuangan.

10.5.13

BLEKI DALAM KENANGAN



Bleki sewaktu berusia beberapa bulan.
sangat suka dengan toy nye yang berwarna hitam dan juga ladybird itu

tidak Ai sangka, Ai boleh mimpikan Bleki dan Ai menangis dalam mimpi.
tapi bila Jek kejutkan Ai rupanya Ai menangis dalam tidur.
huhuuhu

entry ini saja nak recap cerita tentang Bleki.

entry pertama tentang bleki dan snowi: hitam dan puteh
entry tentang bleki dan Snowi: bleki-snowi
entry Bleki bagi hadiah pada Ai: -bleki-buat-ai
entry Bleki santai di atas tembok baru rumah : santai-si-bleki
entry Bleki selalu mengacau Ai buat tesis: bleki-nak-buat-phd
entry Bleki tiba-tiba jatuh sakit: Bleki mycoplasmosis-hitam-tapi-kuning
entry tentang kematian Bleki: cerita 9 mei 2013


sesetengah orang akan cakap, "ala kucing je kot yg mati"
pada pendapat Ai, tak kisahlah apa/siapa pun yang mati, kalau kita dah sayang sesuatu itu. 
pasti akan sangat terasa kehilangannya.


Bleki yang suka dimanja dan bermanja.
Bleki yang suka cari aircond dan tidur atas coffee table.
Bleki yang suka naik ke pangkuan Ai tatkala Ai menonton tv.
Bleki yang suka mengejar Ai kalau Ai balik rumah.
Bleki yang suka panjat tingkap rumah sebab nak kacau Ai buat tesis.
Bleki yang suka kejar dan tangkap katak dan burung lalu dihadiahkan pada Ai.
Bleki yang menyahut mengiau apabila dipanggil namanya.
Bleki yang mengiau kuat kalau tak dapat meloloskan diri dalam rumah.
Bleki yang mengiau kuat kalau balik rumah waktu senja.
Bleki yang kejutkan Ai pada waktu subuh dengan suaranya yang nyaring tu.
Bleki yang suka tidur sambil menyandarkan kepala pada sesuatu.
Bleki yang suka tidur dalam bilik kerja Ai.
Bleki yang suka menggeliat kalau lepas keluar cage.
Bleki yang tak suka bergaduh dengan kucing lain.

Jek gali lubang untuk tanam Bleki. di tepi tingkap bilik Ai selalu buat tesis.

Bleki dah takde



selamat pergi Bleki.
Ai di Putrajaya waktu Jek tanam Bleki.
dan banyak lagi kenangan Ai dengan Bleki.
terima kasih sudi mengisi ruang di hati.
terima kasih Bleki.
Bleki akan sentiasa Ai ingati.
(T_T)

9.5.13

CERITA 9 MEI 2013

hari ini, saya bangun jam 5.15pagi. 
kemudian jam 6.15 pagi saya telah memandu memasuki highway PLUS menuju ke Putrajaya kerana ada bengkel. 
jam 7.50 pagi saya telah selamat tiba di Murni International College, Putrajaya.

tiba-tiba jam 10.44 pagi saya terima panggilan dari Dr Chong yang merawat Bleki menyatakan Bleki muntah hitam pekat. saya tanya Dr, Bleki boleh survive tak? Dr Chong bgtau peluang 50-50. Dr Chong said," you must be mentally prepared"
saya bagitahu buatlah apa2 yang patut asalkan Bleki kesayangan saya selamat.

kemudian jam 12.07 tengahari sedang saya berbengkel, saya terima lagi panggilan dari Dr Chong dengan memulakan perbualan, "i'm so sorry yati, Bleki has died"

saya terkedu, rasa ingin segera pulang ke Melaka. tapi tanggungjawab berbengkel harus diteruskan. saya berbengkel dengan keadaan separuh jiwaku teringatkan Bleki. Rasa macam semalam baru bersama Bleki. Bleki yang manja, yang kuat mengiau, yang suka masuk ikut tingkap tatkala saya sedang menaip tesis, yang suka merampas lazy chair saya, yang suka tidur di kerusi kerja saya, yang suka panjat meja tatkala saya nak makan dan pelbagai kenangan terus mengusik jiwa saya.

saya tiba di Melaka jam 7.30petang....
tiada suara Bleki mengiau, tiada Bleki suka menggesel di kaki, tiada lagi Bleki menyambut saya di muka pintu.

kepada Bleki, saya ucapkan terima kasih kerana menyerikan hidup ini walau buat seketika. 
damailah Bleki di sana....

p/s: total rawatan Bleki ialah RM360

8.5.13

BLEKI & MYCOPLASMOSIS: HITAM TAPI KUNING DAN VAKSIN PERTAMA BUAT TAMA & COMOT


Bleki menyendiri.
tidak seperti biasa gagah berlari sana sini.

Bleki dalam bilik pemeriksaan

Bleki macam tahu bakal ditinggalkan.
Bleki merajuk taknak pandang kamera

Bleki kena jangkitan bakteria mycoplasmosis.
semalam hantar klinik sebab tengok kulit, mata dan telinga bertukar menjadi kuning.
lepas hantar Bleki tengahari tu, petang kami bawa Tama dengan Comot untuk divaksin buat kali pertama. dan melawat Bleki dalam wad kucing.
Bleki di bawah. atas tu kucing orang lain.
Nampak tak iv drip tu. ye Bleki masuk drip sebab berat turun dan dia tak mkn atau minum.
kos rawatan Bleki semalam:

ujian darah: RM150
masuk wad: RM100 untuk satu malam yang merangkumi penjagaan, rawatan dan masukkan iv drip tu
Ai baru bayar deposit RM100 untuk rawatan Bleki semalam.
lihat tangan Bleki yang masuk drip dibalut supaya Bleki tak jilat


ini Tama. anak saudara Bleki.
Comot tiada dalam gambar kerana kami letak dalam carrier


kos rawatan Tama dengan Comot pula:
vaksin : RM45 x 2 ekor
ubat cacing: RM2 x 2ekor
ubat kutu: RM20 x 2
Total: RM138


semoga Bleki cepat sembuh. kawan-kawan doakan ye

26.2.13

BLEKI NAK BUAT PHD?





itu Bleki. 
Bleki suka nak mengacau kalau Ai tengah buat kerja.
Bleki selalu buat muka comel. hihihihi
gambar satu hingga lima menunjukkan Bleki duduk atas jurnal paper yang Ai tengah baca.
Bleki nak cari port tidur laaa tu.
Bleki Bleki.

bila Ai marah Bleki, dia merajuk pergi turun ke bawah meja. alololo siannye


Bleki di luar rumah.
lepak la apa lagi.
mata sepet pasal sedang menghayati angin sepoi-sepoi bahasa.

semalam bawa Bleki ke klinik sebab kaki Bleki bengkak. sebelum check, timbang dulu. Berat Bleki ialah 3.9kg!!! wooo patutlah berat.

Bleki dapat injection sebab dia demam. nak balik Bleki dapat 2jenis pil iaitu pil untuk kurangkan radang dan antibiotik. doctor kata maybe sebab infection dari kucing yang bergaduh dengan Bleki minggu lepas.

semalam bawa juga Snowi. Snowi pun dapat ubat juga. Doctor kata fungus di kulit Snowi tu mungkin dapat masa Snowi di boarding house yang tak bertauliah tu. ye memang kami perasan lepas kami tinggalkan Snowi masa gi jepun tahun lepas, Snowi ade fungus. tapi semalam chcek Doctor kata dah tak nampak, maybe sebab kami dah sapukan ubat atas fungus tu.

owh total rawatan semalam ialah RM113.
2minggu lepas masa bawa arwah Chiki, Bleki n Snowi kena RM189+RM79

ye bulan ini memang bulan anak2 Ai sakit. 
semoga Bleki dan Snowi akan cepat sembuh.
Sian Bleki jalan terdengkot-dengkot

 

18.2.13

SELAMAT PERGI CHIKI & MIKI

salam buat readers.

readers yg ade dalam fb Ai maybe dah tahu yang Ai telah kehilangan 2 ekor anak kucing.

Chiki was born on 10 Jan 2013, died on 16 Februari 2013 (TOD around 4 pm)
Miki (awal2 panggil Miko) was born on 10 Jan 2013, died 17 Februari 2013 (TOD sebelum subuh)

sebelum ini  memang dah ada 2 ekor anak kucing yang mati. tapi itu mati sebelum Ai sempat bagi nama. cerita Snowi beranak di sini

dah 2 hari Chiki pergi tapi Ai masih bersedih. malam2 nk tidur masih teringat dan mmg menangis.
lagi2 kalau tengok gambar masa Chiki tengah sakit. kasihan Chiki.

ceritanya, Ai tinggalkan Bleki, Snowi dan anak2 di satu pusat penjagaan kucing. selalu Ai tinggalkan pada Vet yg bertauliah tapi kali ini tidak. 6 hari 5 malam Ai tinggalkan mereka kerana Ai pulang ke kampung halaman sempena cuti tahun baru Cina. Ai letak jumaat, dan Ai ambil pada rabu minggu depannya. masa Ai dan enJekjek ambil, Chiki kelihatan sangat lemah. termasuk Miki. so bila dah sampai rumah kami suapkan makanan pada Chiki dan Miki. keesokannya Miki kelihatan agak sihat tapi Chiki tidak.
kronologi Chiki & Miki seperti berikut:


13/2/13 (rabu)-
ambil Bleki, Snowi dan anak2. suara Bleki serak. Snowi pula kelihatan sangat kurus. masa ambil owner takde cuma pembantunya je ade. sampai di rumah, enJekjek suapkan air susu buat Chiki dan Miki. Miki kelihatan ok tapi Chiki hanya mampu berdiri.

yang longlai di kotak itu ialah Chiki. Chiki nak keluar dari kotak, nak main tapi hanya mampu setakat itu sahaja.

malam tu owner pusat penjagaan called. owner bagitahu memang kucingnya yang diletak di bahagian belakang tu ade yang demam. dan kebetulan memang Bleki & Snowi sekeluarga ditempatkan sama dengan mereka. I bagitahu keadaan Bleki, Snowi & Chiki. tapi owner tak bertauliah (buka petshop sebab minat) berulang2 kali mengatakan Snowi refused to BF kan Chiki. lepas tu dia terkejut bila dengar suara Bleki serak. bukan itu sahaja, Bleki sakit mata dan telah diberikan eye mo (ye eye mo utk manusia tu!). ada sedikit rasa terkilan dalam hati Ai. kalau dah tahu kucing tu sakit kenapa tak dihantar ke klinik? kos klinik caj saje dalam bil Ai.

14/2/13(khamis)- hantar Bleki, Snowi dan Chiki ke klinik haiwan. Vet telah diagnos Bleki ade ulser dan sakit tekak. Chiki pula disahkan hanya 'tunggu masa'. .Vet kata maybe kena jangkitan dari kucing lain yang sakit.

'it's a miracle if Chiki can survive," kata Vet.

Bleki dan Chiki diberikan injection dan ubat. Snowi diberikan multivitamin. Miki tidak dibawa ke klinik kerana kelihatan sihat dan boleh berlari ke sana ke mari

balik sahaja dari klinik, Ai mula suapkan makanan utk Chiki. Chiki dikuarantin. kami letakkan Chiki dalam kotak kasut yang dilapik tuala, diletakkan potongan2 suratkhabar dan ditutup dengan sapu tangan.

15/2/13 (jumaat)-  Chiki boleh bangun dan mula mengiau. menjelang petang, Ai suapkan air zam-zam lagi. tapi kali ini, air yang masuk terus keluar seperti kita masukkan air dalam botol yang berlubang di bahagian bawahnya. Ai bagi makan pun, makanan keluar ikut duburnya. Ai bagi ubat dan biarkan Chiki tidur.

16/2/13 (sabtu)- Chiki mula mengiau dan seperti ingin keluar dari kotak. mungkin Chiki tak nampak ahli keluarganya yang lain sbb Ai dah letakkan mereka di luar. MIL nak datang so letaklah mereka di luar. Chiki kelihatan sihat. jadi Ai letakkan Chiki dengan adik beradiknya yang lain dalam cage. Ai tinggalkan Chiki bermain dengan adik-beradiknya.

Chiki di pagi sabtu




jam 2 petang Ai jenguk Chiki. Chiki terbaring lesu. mulut Chiki terbuka seperti kehausan. Ai bawa Chiki masuk dalam rumah. letak di tempat biasa. Ai suapkan air minuman tapi air meleleh keluar ikut mulut.

Chiki yg kelihatan nazak.

Ai dapat merasakan Chiki tersnyum mengucapkan terima kasih krn menjaganya.
Ai dah start cry cry. Ai tunggu enJekjek balik (iye hari sabtu enJekjek jadi fasilitator robotik negeri). bila enJekjek balik, keadaan Chiki memang dah semakin nazak. Chiki sukar untuk bernafas. memang boleh dengar kesusahan Chiki nak bernafas. tak lama kemudian, PIL dan SIL sampai. kami tinggalkan Chiki seketika untuk entertain mereka.

jam 4.30 petang, SIL ke dapur. Snowi pula mengiau-ngiau. Snowi seperti tahu anaknya sudah tiada. Ai pegang badan Chiki, masih panas. bermakna Chiki baru sahaja meninggalkan kami. empangan airmata Ai pecah. tak mampu nak ditahan. enJekjek kebumikan Chiki di bawah pokok pisang.

Chiki dah takde

enJekjek tgh gali kubur Chiki
gambar enjekjek Ai gelapkan sebab dia pakai seluar hawaii oren, kelakar pula. enjekjek sedang menggali lubang untuk menanam Chiki. semua kotak dan sapu tangan yang berkaitan Chiki kami kebumikan dalam satu liang lahad.

Miki pula pergi meninggalkan kami ahad pagi sebelum subuh. maybe sedih dengan pemergian Chiki.
semoga Chiki & Miki tenang di sana.

pengajaran: Jika ingin pergi bercuti atau balik kampung, pastikan kucings dihantar kepadaVets yang bertauliah. yang tahu perkara yang patut dibuat jika kucing jatuh sakit atau nampak sakit sewaktu dalam jagaannya.

6.2.13

SANTAI SI BLEKI

TIANG SATU HUJUNG KANAN

tiang dua sebelah tiang satu hujung kanan


hihi saje je kasi readers pening dengan caption gambar.
gambar di atas adalah tempat lepak Bleki yang baru.
alhamdulillah tembok belakang rumah dah siap bina.
cat?
nanti cat sendiri. jimat bajet woooo.
ni nak naik tembok pun dah 6tahun duduk rumah ni baru mampu nak buat 
(^_^)

3.2.13

HADIAH BLEKI BUAT Ai

bagi hadiah memang hobi Bleki.

masa kecik2 Bleki suka bawa rumput, ranting kayu dan batu masuk rumah. oh tak ketinggalan juga katak bersaiz kecik.

tapi minggu lepas Bleki bawa ini masuk rumah


iye seekor burung yang masih hidup cuma tak boleh nak terbang je.
Bleki masuk rumah, buh burung ni kat meja laptop enJekjek lepas tu Bleki mengiau-ngiau pada Ai. 
torkojot den sbb masa tu tengah layan The Wedding Band.

Ai kesian dengan burung tu so Ai pun letakkan burung tu di tembok belakang rumah dengan harapan burung tu boleh terbang. amboiiii mak kau Bleki punyelah marah. lagi kuat Bleki mengiau sampai sakit telinga Ai.

29.1.13

PINDAH LAGI?

bukan Ai laaaa...
ni haaa si Snowi ni dok usung anak2nye g ke ruang tamu pula.
kejadian ini berlaku malam tadi.

enJekjek dah masuk tidur sementara Ai membuat kerja di bilik kerja Ai. bila nak masuk tidur lalu ruang tamu Ai terdengar anak kucing mengiau. Ai pasang lampu nampaklah Snowi tengah menyusukan anak2nya sementara Chiki berada di bawah. aduhai Snowi.
 janganle buat camtu lagi. Chiki dah kuat untuk berjalan. Ai rasa maybe Chiki jatuh dari sofa kot.
haish kalau Ai tak nampak ni agak2 esok pagi kat manalah Chiki?
Bleki? dia reti tengok je. coffee table tu mmg port Bleki. sbb tu Bleki ada kat situ.


lepas tu tengahari tadi Snowi migrate lagi. kali ni di ceruk banat kat kaki kipas tepi meja komputer.
sila abaikan dinding rumah Ai yang terkopek2 tu. dinding ni bersebelahan dengan bilik air. kelembapan membuatkan cat tertanggal. uish jenuh Ai nak alihkan Snowi dan anak2nya dalam kotak semula.

esok nak pindah mana lagi Snowi?

25.1.13

AMANAH ALLAH

salam jumaat readers.
semoga Jumaat ini membawa keberkatan kepada kita semua.

short updates of my little Snowi & Bleki (hahahah little la sangat dah jadi mak pak)

 februari ini Snowi & Blek akan berusia setahun. aish Snowi tak setahun lagi dah beranak 7 tapi tinggal 5 ekor. Snowi pandai bela anak2 nya. pandai nak susukan, pandai mandikan, pandai bersihkan dan yang penting pandai sorokkan anak-anaknya daripada pandangan kami. jenuh cari kat tepi komputerlah, belakang dekoder astrolah, bawah almari bukulah, belakang peti sejuklah. tak pasal2 Ai kena rajin sedut bahagian2 tu yg kadang2 sebulan sekali je kot vacum. hihihihih


dalam gambar hanya ada Tama, Chiki and Rayyan. Toby dan Miko masih belum buka mata dan tak reti nak duduk diam bila nak tangkap gambar. Bleki itu adalah abang kepada Snowi tapi biasalah sumbang mahram antara binatang. anak2 Snowi baru berusia 15hari. heee baru 2minggu baru pandai buka mata. jalan tak berapa lagi.

itu sahaja. nanti2 update lagi.
babai.

15.1.13

PETS OWN MILK

hi readers.

manusia perempuan yang mengandung kena minum susu yang special buatnya,
manusia perempuan yang menyusukan baby kena minum susu yang special buatnya,
 manusia perempuan yang nak jaga tulang kena minum susu yang special buatnya,
  manusia perempuan yang nak jaga jantung kena minum susu yang special buatnya,
habis kalau ibu kucing yang bunting atau menyusukan anak-anaknya kena minum apa?

minumlah ini!!! 

pets own milk ataupun POM. 

Ai blikan khas untuk Snowy yg sedang menyusukan anak2nya. susu ni lactose free so that kucing yg minum takdelah cirit birit. harganya? 250ml berharga RM9.80. sbb dah kenal dgn tuan punya pet shop maka dia bagi RM9 shj. ini adalah kotak yang kedua dan ketiga. Ai akan bagi Snowy minum tatkala sedang menyusukan anak2nya. bagi minum guna bekas yg kecik kt tepi tu. sehari bagi 3kali je sudah tapi masa kotak yg pertama tu habis dalam masa 3hari je. Aiyo kopak la beta kalu gini. hihihi

Biasalah kan. Ai kan belum ada anak lagi so that duit tabur pada kucinglah. peace no war (^_^)V

11.1.13

KELUARGA SNOWI & BLEKI

salam readers.

Kucing peliharaan Ai, si Snowi dah selamat beranak pagi semalam (10 Jan 2013) antara jam 4-5pagi. enJekjek bangun jam 5.30pagi then dia tgk Snowi dah duduk dalam carrier bersama dengan anak2nya sebanyak 7 ekor!!!

warna anak2? hahahha seekor pun langsung takde kaler Snowi- putih. semua kaler hitam tompok putih, kaler belang2 oren. ish tgk sendirilah

masa mula2 dijumpai. Snowi dah bersihkan anak2nya. nilah carrier Snowi n Bleki. ade sediakan kotak beralaskan kain tapi Snowi tak beranak dalam tu.
7 ekor semuanya


ini yang Ai nak simpan. yang lain dah dicop orang. meow meow

cak! hahah Snowi bajet comel. boleh plak gtu
oh Ai nak share tanda-tanda kucing sewaktu nak bersalin. ini pengalaman Ai ye. yang lain boleh cari di web.

1. ada keluar cecair coklat. mula2 Ai perasan ada cairan coklat atas lantai ruang tamu. bagitau enJekjek so kami cek. Ai perasan bontot Snowi macam berselepat kami sangka tahi tapi bila diamati cecair.

2. Snowi sangat amat manja nak minta dibelai sentiasa. lepas tu dia tak mengiau cuma duduk kelepet macam keletihan.

3. Snowi mula menghidu2 tempat macam nak cari port untuk beranak.

tapi pagi tadi ada sekor yang dah mati. maka tinggallah 6. huhuhu

p/s: Snowi pun tau sayang anak2nya. memang Ai tak faham manusia yang beranak then campak anak merata!

12.12.12

CAKAR KUCING?

heee saje buat entry ni khas buat sahabat mayaku irtiyah.
beliau tanya tips utk elak kucen cakar kusyen.
haaa dua benda inilah yg Ai bli. dua2 boleh dibeli di pet shop.




tak dinafikan memang Snowi dan Bleki kaki mencakar. tapi kat mana 'diaorang' cakar?
tempat cakar

masa mula2 Bleki n Snowi 'tiba' di rumah kami, mereka comel sangat. nak ambil masa mereka lahir kesian cerai susu. so amik masa dah besar sikit. ade Ai buh kat entry pendek di sini.

awal2 sampai tu memang Ai hari2 latih depa ni utk cakar kat tempat cakar tu. tiap2 pagi Ai akan pegang kaki2 kucen tu dan cakap dgn Bleki n Snowi. sambil cakap sambil kite gerakkan kaki2 kucen tu kat tempat cakar. lama jugaklah nak melatihnya.

tiap kali depa dok cakar sofa tu, mmg Ai babap la depa. Ai marah Bleki & Snowi. so that dia faham kite tak suke perangai tu. tempat cakar tu dalam RM50-60 mcm tu la. harga betul tak berapa ingat. ia diperbuat daripada tali tangsi kot.




semburan elak kucen cakar
yang semburan tu Ai sembur pada sofa. hehehhe baunya macam serai sikit2. mmg klu sembur Snowi n Bleki tak dekat. selamat sofa Ai. hehehhe. semburan ni boleh dibeli di pet shop ataupun Aeon.

so skrg ni Bleki n Snowi tau kt mana nk cakar. sesekali tu ade gak sengal nk cakar sofa tpi mmg Ai babap la. Snowi akan suka mencakar kt tempat cakarnya tu setiap kali bangun tidur dan sebelum melangkah keluar dari rumah. Snowi pandai (maybe sbb gigirl kot tu yg dgr cakap). hehehhe

masa tengah taip entry ni, Bleki bangun dan terus mengada panjat meja kemudian letak kepala kat tangan Ai macam dalam gmbr. Bleki mmg shuke mengada camtu. cepat2 Ai amik handset snap. berat wooo kepala Bleki ni. big boy lah katakan. Snowi pula masih lena diulit mimpi. syiokkkk tidur.

BLEKI & SNOWI

bestnye jadi kucen. tidur, makan, main, mengiau, lompat sana sini.

tidur sini

camni pun buleh?

hahahh Bleki klu tidur mmg suke sandarkan kepala mcm tu

mengerekot


suke je tidur gaya gini bila aircond dipasang. yang pasti di mana aku berada, di situ mereka ada.
petang2 ni depa tidurla. siapla malam karang. pintu bilik kena tutup. jika tidak, habisla takkan dpat tidur yg berkualiti.
hiihihih